Agensi Pelaksana |
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri |
Tajuk |
KERJA-KERJA PENYEDIAAN PAMERAN DI SEPULUH (10) RUANG SIMPANAN (STOREROOM) DAN SATU (1) BILIK ORIENTASI DAN TEATER KOTA CORNWALLIS, GEORGE TOWN, PULAU PINANG |
Tempat hantar |
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Seksyen Perolehan , Paras 30, KOMTAR 10503 Pulau Pinang
|
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi |
04-6505100 / 5836 / 5838 |
Bahagian/Unit bertanggungjawab |
Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang |
Pegawai yang bertanggungjawab |
Nurul Amira Binti Md Isa |
Nombor Telefon Pertanyaan |
04-6505709 |
Syarat-syarat |
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan CIDB dalam Gred G4, Kategori B Pengkhususan B07 (Hiasan Dalaman), mempunyai perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah tempoh lakunya bagi menyertai tender berikut:
KERJA-KERJA PENYEDIAAN PAMERAN DI SEPULUH (10) RUANG SIMPANAN (STOREROOM) DAN SATU (1) BILIK ORIENTASI DAN TEATER KOTA CORNWALLIS, GEORGE TOWN, PULAU PINANG
2. Syarikat-syarikat yang ingin untuk turut serta dalam tender ini adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak yang akan diadakan seperti ketetapan berikuit:
Tarikh: 07 Mei 2024 (Khamis) Masa: 10.00 pagi Tempat: Tapak Kota Cornwallis (Pintu utama), Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, George Town, 10200 Pulau Pinang Kehadiran: Pemilik Syarikat Sahaja (wakil perlu mengemukakan surat kuasa) Tambahan: Sila bawa Cop Syarikat
3. Syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai tawaran ini dikehendaki mendaftar dengan Sistem (sysP) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam bidang berkaitan dan tuan/puan adalah DIWAJIBKAN membawa bersama dokumen salinan asal dan salinan fotostat (tidak akan dikembalikan).
4. Borang tawaran yang telah Iengkap diisi berserta profail syarikat dan maklumat pengalaman serta salinan sijil SPKK, CIDB dan STB dalam kod bidang yang berkaitan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditandakan Tajuk Tender di sebelah kanan atas sampul surat. Dokumen Tender tersebut mestilah sampai sebelum atau pada 23 Mei 2024 (Khamis) jam 12.00 tengah hari dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Seksyen Perolehan, Paras 30 KOMTAR, 10503 Pulau Pinang. Tawaran yang dikemukakan selepas masa dan tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
5. Dokumen tender boleh dibeli dengan harga RM50.00 secara dalam talian (online) dan dimuat turun melalui Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (Sys P) mulai 07 Mei 2024 6. Bukti Penghantaran Tidak Dianggap Sebagai Bukti Penerimaan dan semua kos berkaitan dengan Tawaran Tender di atas adalah menjadi tanggungjawab petender. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah/tertinggi atau sebarang tawaran. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut. 7. Setiap tawaran harga adalah sah bagi tempoh 180 hari dari tarikh peti tender ditutup. Iklan ini juga boleh diakses melalui laman web http://ep.penang.gov.my.
|
G4 - B - B07 | Keupayaan tidak melebihi RM3,000,000.00 Pembinaan Bangunan( Hiasan Dalaman) | |