|
|
|
||||||||||||||||||||
FAQ
1. Bagaimanakah cara untuk saya membeli dokumen sebutharga atau tender?
Pembelian dokumen sebutharga atau tender boleh dibeli secara online dengan mendaftar di portal rasmi Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP)
2. Bagaimanakah cara untuk menjadi syarikat yang berdaftar di portal rasmi Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang?
Mendaftar secara online di aplikasi online sysP > DAFTAR sysP
Tuan/Puan perlu menghantar dokumen seperti Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Sijil Badan Profesional / Ikhtisas melalui emel ke alamat ep@penang.gov.my bagi tujuan pengesahan pendaftaran.
Sekiranya Syarikat mempunyai Sijil Kementerian Kewangan (MOF) dan CIDB, sila sertakan bersama. Pastikan kesemua kod bidang MOF dan CIDB telah diisi di dalam sysP sebelum menghantar dokumen tersebut. Tuan/Puan perlu log masuk sysP untuk mengisi kod bidang di laman Menu Kontraktor > Sijil > Kementerian Kewangan / CIDB
Selepas pihak kami mengesahkan dokumen yang dihantar oleh tuan/puan, bayaran pendaftaran sebanyak RM50.00 perlu dilakukan bagi mengaktifkan akaun. Bayaran boleh dilakukan terus melalui akaun sysP tuan/puan di laman Menu Kontraktor > Bayaran Pendaftaran. Tuan/Puan akan menerima Sijil Pendaftaran dan Resit Rasmi Perolehan selepas pembayaran dilakukan.
3. Bilakah tempoh waktu operasi kaunter di Unit Perolehan dan Aset, Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang,Tingkat 18, KOMTAR?
Hari Isnin - Khamis
: 8.30 pagi hingga 1.00 petang
: 2.00 petang hingga 4.30 petang
Hari Jumaat
: 8.30 pagi hingga 12.15 tengahari
: 2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
: Tutup
4. Berapakah bayaran pendaftaran sysP?
Bayaran pendaftaran sysP ialah RM50.00 untuk 12 bulan.
5. Adakah saya perlu mendaftar semula akaun sysP selepas genap tempoh 12 bulan?
Tidak perlu. Syarikat hanya perlu melakukan bayaran pembaharuan sebanyak RM50.00 untuk tempoh 12 bulan bagi mengaktifkan semula akaun sysP.
6. Bagaimanakah cara untuk melakukan bayaran pendaftaran/pembaharuan sysP?
Bayaran pendaftaran atau pembaharuan sysP boleh dilakukan terus melalui akaun sysP menerusi sistem eBayar Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sila rujuk panduan pembayaran http://ep.penang.gov.my/manual/PEMBAYARAN.pdf
7. Berapa lamakah tempoh aktif akaun sysP yang telah didaftarkan?
Tempoh aktif akaun sysP yang telah didaftarkan adalah 12 bulan dari tarikh bayaran pendaftaran.
8. Berapa lamakah tempoh aktif akaun sysP yang telah diperbaharui?
Sekiranya bayaran pembaharuan dibuat sebelum tarikh tamat tempoh asal, tempoh baharu akaun aktif adalah 12 bulan dari tarikh tamat tempoh asal.
Sekiranya bayaran pembaharuan dibuat selepas tarikh tamat tempoh asal, tempoh baharu akaun aktif adalah 12 bulan dari tarikh bayaran pembaharuan dibuat.
9. Saya telah membuat pendaftaran dan bayaran akaun sysP, tetapi tidak pernah membuat sebarang pembelian dalam tempoh 4 bulan. Adakah akaun sysP saya akan luput?
Tidak. Akaun sysP akan kekal aktif selama 12 bulan dari tarikh bayaran pendaftaran dilakukan tanpa mengambil kira sama ada pembelian dibuat ataupun tidak.
|
||||||||||||||||||||||
© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini. Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768. |