Agensi Pelaksana |
Majlis Bandaraya Pulau Pinang |
Tajuk |
CADANGAN MENAIKTARAF PASAR AWAM BAYAN BARU SEDIAADA, DI BERSEBELAHAN LOT 12177, JALAN MAYANG PASIR 3, MUKIM 12, DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG (FASA 2)[JB/PR/P/B.BARU-FASA2]
|
Tempat hantar |
Berhadapan Kaunter Penerangan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Paras 3, KOMTAR, Pulau Pinang |
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi |
04-2592236 / 04-2592 |
Bahagian/Unit bertanggungjawab |
JABATAN KAWALAN BANGUNAN |
Pegawai yang bertanggungjawab |
En.Qais Qayyum |
Nombor Telefon Pertanyaan |
042592103 |
Syarat-syarat |
1. Tender adalah dipelawa daripada pembekal yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan masih dibenarkan untuk menyertai tender .
2. Syarikat perlu berdaftar dengan Sistem ePerolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terlebih dahulu melalui laman web ep.penang.gov.my untuk menyertai tender. Pembayaran untuk pembelian dokumen perlu dibuat secara ’on-line’ selepas penjelasan tapak pada 22hb April 2024. Harga dokumen tender adalah RM300.00/senaskah. Dokumen tender boleh dimuat turun (download) melalui akaun ePerolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
3. Kontraktor diwajibkan menghadiri penjelasan tapak sebelum membeli dokumen tender. Kontraktor yang tidak menghadiri penjelasan tapak atau hadir selepas masa pendaftaran, tidak layak mengambil bahagian dalam tender ini. Wakil diwajibkan membawa surat kebenaran daripada syarikat untuk menyertai penjelasan tapak.
4. Dokumen tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di bersebelahan Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR, George Town, Pulau Pinang sebelum jam 12.00 tengah hari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada tender yang lewat diterima.
5. Syarikat yang menyertai tender diwajibkan melengkapkan Surat Akuan Pembida.
6. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan hendaklah disertakan bersama dokumen tender.
7. Majlis tidak terikat untuk menerima tender yang paling terendah harganya atau sebarang tender.
8. Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain - lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan penyebut harga akan menyebabkan Sebut Harga tersebut ditolak serta merta. |
G5 - B - B04 | Keupayaan Tidak Melebihi RM 5,000,000.00 Pembinaan Bangunan( Bangunan Am dan Penyenggaraan) | DAN |
G5 - CE - CE21 | Keupayaan Tidak Melebihi RM 5,000,000.00 Pembinaan Kejuruteraan Awam( Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam) | |