LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENGUMUMAN
Tiada Pengumuman Setakat Ini
 

PEROLEHAN TENDER

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Nombor Rujukan
PPPP/I/T2/2024
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Tender
Tajuk
CADANGAN PEMBINAAN TANGKI AIR BERISIPADU 45 JUTA LITER (10M GAL), TANGKI SEDUTAN, RUMAH PAM, PENCAWANG TNB DAN LAIN-LAIN KERJA YANG BERSANGKUTAN DENGANNYA DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 126 & 280, MUKIM 13, BATU KAWAN, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG.
Tarikh Iklan
5 - Apr - 2024
Tarikh Jual
19 - Mar - 2024
Tarikh Tutup
29 - Apr - 2024
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Bahagian Perolehan, Paras 3
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi
04-6340111
Bahagian/Unit bertanggungjawab
BAHAGIAN PENGURUSAN INFRASTRUKTUR
Pegawai yang bertanggungjawab
PUAN RAJESWARY
Nombor Telefon Pertanyaan
045103545
Syarat-syarat

Tender adalah terbuka kepada semua kontraktor tempatan yang berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Sijil Pendaftaran Syarikat WAJIB disertakan dan berdaftar dengan CIDB, Memegang Perakuan Pendaftaran ATAU Memegang Perakuan Pendaftaran dengan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah untuk Gred G7, Kategori CE & B Pengkhususan CE20, CE21 & B04 dan Permit SPAN C1 untuk menender kerja berikut:-


NO. TENDER:  PPPP/I/T2/2024


CADANGAN PEMBINAAN TANGKI AIR BERISIPADU 45 JUTA LITER (10M GAL), TANGKI SEDUTAN, RUMAH PAM, PENCAWANG TNB DAN LAIN-LAIN KERJA YANG BERSANGKUTAN DENGANNYA DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 126 & 280, MUKIM 13, BATU KAWAN, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG.


 


Kontraktor yang ingin menyertai tender ini perlu kemukakan :


Perakuan pendaftaran CIDB, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Permit SPAN C1 yang masih sah untuk Gred G7, Kategori CE & B Pengkhususan CE20, CE21 & B04  (dalam format pdf) melalui email chongchia@pdc.gov.my dan ririn@pdc.gov.my sehingga 14 Mac 2024 jam 12.00 tengahari untuk pendaftaran sesi taklimat.


Maklumat yang tidak lengkap tidak akan diproses. Sebarang permohonan selepas daripada tarikh tutup tidak akan dilayan. Kontraktor yang lulus pendaftaran akan diberi pautan (melalui email syarikat) untuk taklimat tender secara online (DIWAJIBKAN) mulai 14 Mac 2024, jam 12.00 tengah hari. Pautan ini hanya sah sehingga 15 Mac 2024, jam 12.00 tengah hari. Kontraktor perlu mengisi Borang Pengesahan Taklimat Tender melalui pautan tersebut sebelum hadir lawatan tapak.


Lawatan Tapak akan diadakan pada 18 Mac 2024 (DIWAJIBKAN), jam 10.00 pagi di Galeri PDC, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.


Pemilik syarikat ATAU wakil dari kalangan Pegawai Teknikal yang sah sahaja dibenarkan (perlu kemukakan sijil kelulusan yang diiktiraf). Permohonan untuk wakil syarikat perlu dikemukakan bersama-sama dokumen-dokumen untuk pendaftaran seperti di atas untuk kelulusan.  


Yuran Dokumen: RM10.00 (dibayar melalui Sistem Perolehan). Mesti kemukakan salinan resit bayaran Sistem Perolehan semasa membeli dokumen tambahan.


Dokumen Tambahan: boleh diperolehi mulai 19 Mac 2024 di Bahagian Pengurusan Infrastruktur, Paras 4, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dengan bayaran RM1,000.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN). Kaedah bayaran adalah melalui kad debit / kad kredit/ e-wallet/ QR Pay/ pemindahan atas talian (instant transfer) ke atas nama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.


Kontraktor yang berminat untuk menyertai tender ini perlu melayari laman sesawang PDC di www.pdc.gov.my untuk maklumat lanjut. 


Tender yang dihantar hendaklah di dalam sampul surat yang berlakri dan ditulis Nombor dan Tajuk Tender. Tender hendaklah dimasukkan di dalam peti tawaran yang disediakan. 


Tarikh tutup penerimaan tender ini ialah pada 29 April 2024, jam 12.00 tengah hari di:- 


Bahagian Perolehan, Paras 3 


PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG 


Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu 


No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru 


11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang 


“Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan petender akan menyebabkan tender tersebut ditolak serta merta

 
 
Kod Bidang CIDB
Kod
Keterangan
Syarat
G7 - CE - CE20 Tiada had
Pembinaan Kejuruteraan Awam( Saluran Paip Air)
DAN
Keperluan Sijil SPKK
Perlu Sijil SPKK
G7 - CE - CE21 Tiada had
Pembinaan Kejuruteraan Awam( Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam)
DAN
Keperluan Sijil SPKK
Perlu Sijil SPKK
G7 - B - B04 Tiada had
Pembinaan Bangunan( Bangunan Am dan Penyenggaraan)
Keperluan Sijil SPKK
Perlu Sijil SPKK
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
18 Mar 202410:00 amGALERI PDC, BATU KAWAN, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANGGALERI PDC, BATU KAWAN, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANGWAJIB
 
 
 
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.