LOG MASUK

Email
Kata laluan
   

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENAMBAHBAIKAN SISTEM sysP
Senarai Penambahbaikan & Fungsi Baharu

⚠️ MAKLUMAN ⚠️

PEMAKLUMAN PROSES PENGESAHAN DAN PENGEMASKINIAN SYARIKAT

Tempoh proses pengesahan pendaftaran serta pengemaskinian sijil dan kebenaran khas dalam Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP)
 

PEROLEHAN TENDER

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Nombor Rujukan
PPPP/B/T12/2026
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Tender
Tajuk
PROJEK PEMBANGUNAN SEMULA DEWAN SRI PINANG (DSP) LEBUH LIGHT, GEORGETOWN, PULAU PINANG
Tarikh Iklan
23 - Nov - 2026
Tarikh Jual
1 - Dec - 2026
Tarikh Tutup
21 - Dec - 2026
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
melalui sistem e-Procurement PDC

DAN

Bahagian Perolehan, Paras 3
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi
04-6340111
Bahagian/Unit bertanggungjawab
BAHAGIAN TEKNIKAL
Pegawai yang bertanggungjawab
PUAN KU ROSILAWATI KU SHAARI
Nombor Telefon Pertanyaan
04-5106111
Syarat-syarat

NO. TENDER:  PPPP/B/T12/2026


 PROJEK PEMBANGUNAN SEMULA DEWAN SRI PINANG (DSP) LEBUH LIGHT, GEORGETOWN, PULAU PINANG.


 


1.      Tender adalah terbuka kepada semua kontraktor tempatan yang berdaftar dengan sistem e-Procurement PDC (https://eprocurement.pdc.gov.my), Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (sysP) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Syarikat WAJIB mengemukakan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate) berstatus PATUH.  


 


2.      Kontraktor juga hendaklah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), memegang Perakuan Pendaftaran CIDB dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih berkuatkuasa sekurang-kurangnya melebihi 3 bulan dari tarikh tutup tender bagi Gred G7, Kategori B, Pengkhususan B04 (Kerja-kerja Pembinaan Bangunan) untuk menender kerja berikut. Kebenaran khas daripada CIDB untuk kategori atau pengkhususan kerja yang ditetapkan adalah TIDAK diterima. Kontraktor berdaftar yang telah digantung oleh CIDB dari menyertai tender, TIDAK LAYAK untuk menyertai tender ini.


 


3.      Keutamanan tender ini diberikan kepada syarikat yang juga memiliki pengkhususan CIDB B03 (Pemulihan dan Pemuliharaan) dan berpengalaman menyiapkan sekurang-kurangnya dua (2) projek pemuliharaan atau pemulihan atau restorasi bangunan dalam tempoh 10 tahun.


 


4.      Kontraktor yang ingin menyertai tender ini perlu kemukakan dokumen-dokumen Perakuan Pendaftaran seperti di perenggan 1 dan 2 dalam bentuk PDF melalui e-mel kepada  alia@pdc.gov.my dan kurosilawati@pdc.gov.my untuk pendaftaran sesi taklimat. Kontraktor yang lulus pendaftaran akan diberi pautan (melalui e-mel syarikat) untuk taklimat tender secara online (DIWAJIBKAN) mulai 23 November 2026. Pautan ini hanya sah sehingga 27 November 2026 jam 12.00 tengahari. Kontraktor perlu mengisi Borang Pengesahan Taklimat Tender melalui pautan tersebut sebelum hadir lawatan tapak. Permohonan selepas dari tarikh tutup tidak akan dilayan.


 


5.      Pemilik syarikat ATAU wakil dari kalangan Pegawai Teknikal yang sah sahaja dibenarkan (perlu kemukakan sijil kelulusan yang diiktiraf) untuk hadir taklimat dan lawatan tapak (perlu kemukakan dokumen di perenggan 1). Permohonan untuk wakil Syarikat perlu dikemukakan kepada  alia@pdc.gov.my dan kurosilawati@pdc.gov.my sehingga 25 November 2026, sebelum jam 12.00 tengah hari untuk kelulusan. 


 


6.      Taklimat Tender akan diadakan pada 30 November 2026 (DIWAJIBKAN),  jam 10.00 pagi di Bilik Bunga Raya, Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu, No. 1 Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru, 11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang. Seterusnya kontraktor DIWAJIBKAN menghadiri Lawatan Tapak pada hari yang sama di Dewan Sri Pinang, Lebuh Light, Georgetown, Pulau Pinang.


 


7.      Harga Indikatif Jabatan : RM57,800,000.00.


Harga Indikatif Jabatan adalah merupakan suatu anggaran sahaja dan amaun tersebut tidak mengikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang atau mana-mana pihak lain juga bagi maksud mengelakkan kekeliruan yang mungkin berbangkit. Pihak Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang tidak menjamin bahawa syarikat akan dipilih atau boleh menyiapkan kerja dengan berdasarkan Harga Indikatif Jabatan.


 


8.      Yuran Penyertaan Tender : RM10.00 (dibayar melalui Sistem Perolehan sysP).


 


9.      Dokumen Tender : boleh diperolehi mulai 1 Disember 2026 melalui sistem e-Procurement dengan bayaran RM1,500.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN). Hanya Kontraktor yang LAYAK SAHAJA (melepasi saringan wajib), menghadiri taklimat dan lawatan tapak serta melaksanakan bayaran yuran penyertaan sebanyak RM10.00 di sysP boleh menyertai Tender ini. Kaedah bayaran adalah melalui pembayaran secara atas talian dalam sistem e-Procurement PDC.


 


10.    Dokumen tender serta lain-lain dokumen sokongan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui e-Procurement PDC (https://eprocurement.pdc.gov.my) sebelum tarikh tutup penerimaan tender ini. 


 


11.    Salinan hardcopy dokumen tender juga hendaklah dicetak, diisi dengan lengkap dan dikemukakan secara serahan tangan atau pos berdaftar/kurier. Dokumen Tender yang dihantar hendaklah di dalam sampul surat yang berlakri dan ditulis Nombor dan Tajuk Tender. Dokumen Tender yang dihantar melalui pos berdaftar/kurier hendaklah sampai ke alamat seperti dibawah sebelum tarikh tutup tender yang telah ditetapkan. Sebarang kelewatan disebabkan masalah pos tidak akan dilayan.


 


Bahagian Perolehan, Paras 3


PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu


No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang


12.    Tarikh tutup penerimaan tender ini ialah pada 21 Disember 2026, jam 12.00 tengah hari.


13.    Petender adalah DILARANG membuat sebarang pakatan harga/kartel dengan syarikat-syarikat lain sehingga proses tender selesai dilaksanakan.


“Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan petender akan menyebabkan tender tersebut ditolak serta merta”.

 
 
Kod Bidang CIDB
Kod
Keterangan
Syarat
G7 - B - B04 Tiada had
Pembinaan Bangunan( Bangunan Am dan Penyenggaraan)
Keperluan Sijil SPKK
Tidak Perlu Sijil SPKK
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
30 Nov 202610:00 amBILIK BUNGA RAYA, BANGUNAN TUN DR LIM CHONG EU, NO.1 PERSIARAN MAHSURI, BANDAR BAYAN BARU, 11909 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG.DEWAN SRI PINANG, LEBUH LIGHT, GEORGETOWN, PULAU PINANG.WAJIB
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
30 Nov 202610:00 am

BILIK BUNGA RAYA, BANGUNAN TUN DR. LIM CHONG EU, NO.1 PERSIARAN MAHSURI, BANDAR BAYAN BARU, 11909 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG.

 
 
 

© 2026 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.