Agensi Pelaksana |
Majlis Bandaraya Pulau Pinang |
Nombor Rujukan |
MBPP.T.NO.61/2026(K)(RFP) |
Tajuk |
REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) BAGI MEMBINA DAN MENYELENGGARA SEBUAH JEJANTAS PEJALAN KAKI DI JALAN LARUT, PULAU PINANG. |
Tempat hantar |
Peti Tender berhadapan Ruang Legar Kaunter Bersepadu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang Sebelum jam 12.00 Tengah Hari. |
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi |
04-2592236 / 04-2592 |
Bahagian/Unit bertanggungjawab |
Jabatan Kejuruteraan |
Pegawai yang bertanggungjawab |
EN. MUHAMMAD AMIRUL BIN AZIZAN |
Nombor Telefon Pertanyaan |
04-2292227 |
Syarat-syarat |
1. Request For Proposal (RFP) ini adalah dipelawa daripada syarikat yang berdaftar dengan kelayakan yang dinyatakan dalam kelas yang berkenaan yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan masih dibenarkan untuk menyertai RFP.Syarikat mesti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta mempunyai modal berbayar (paid up capital) sekurang-kurangnya RM100,000.00 (Ringgit Malaysia: Seratus Ribu Sahaja)
2. Pemilik syarikat pembida atau wakil sah yang dilantik diwajibkan menghadiri taklimat sebelum membeli dokumen RFP. Syarikat pembida yang tidak menghadiri taklimat atau hadir selepas masa pendaftaran tidak layak mengambil bahagian dalam RFP ini.
3. Syarikat pembida perlu berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web https://ep.penang.gov.my untuk menyertai RFP. Dokumen RFP hanya dijual secara 'on-line' melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun Perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
4. Dokumen meja boleh dilihat di Kaunter Urusetia Tender, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 17, KOMTAR pada waktu pejabat. [9.00 pagi – 4.00 petang].
5. Dokumen RFP yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang terletak di Ruang Legar Kaunter Bersepadu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 12.00 tengah hari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada RFP yang lewat diterima.
6. Syarikat pembida yang menyertai RFP diwajibkan melengkapkan Surat Akuan Petender.
7. Salinan lesen pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hendaklah disertakan bersama dengan dokumen RFP.
8. Salinan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate, TCC) daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hendaklah disertakan bersama dengan dokumen RFP.
9. Salinan Sijil Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP) wajib disertakan bersama dengan dokumen sebut harga.
10. Syarikat pembida dikehendaki menyemak status tunggakan dalam aplikasi PEARL. Sekiranya terdapat tunggakan, pihak syarikat pembida hendaklah menjelaskan tunggakan tersebut dan kegagalan berbuat demikian menyebabkan syarikat pembida tidak layak untuk ditawarkan.
11. Majlis tidak terikat untuk menerima mana-mana cadangan sepenuhnya atau sebahagian daripadanya atau sebarang RFP. Majlis juga tidak terikat untuk memberi apa-apa sebab penolakan serta tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perbelanjaan oleh pihak yang mengemukakan RFP.
12. Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan petender akan menyebabkan RFP tersebut ditolak serta merta. |