Agensi Pelaksana |
Majlis Bandaraya Pulau Pinang |
Nombor Rujukan |
MBPP.T.NO.60/2026(K)(RFP) |
Tajuk |
(REQUEST FOR PROPOSAL) CADANGAN PAJAKAN, MEMBAIKPULIH DAN PENGOPERASIAN PREMIS MBPP NO. 126, LEBUH ARMENIAN, PULAU PINANG YANG TERLETAK DIATAS LOT 376, SEKSYEN 18, BANDAR GEORGE TOWN, DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG. |
Tempat hantar |
Peti Tender yang terletak di Ruang Legar Kaunter Bersepadu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 12.00 tengah hari pada tarikh tutup yang berkenaan |
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi |
04-2592236 / 04-2592 |
Bahagian/Unit bertanggungjawab |
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta |
Pegawai yang bertanggungjawab |
PUAN NURUL AKMAR BINTI MUSTAFFA |
Nombor Telefon Pertanyaan |
04-2592287 |
Syarat-syarat |
1. Syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang dimiliki sepenuhnya oleh Warganegara Malaysia dan masih dibenarkan untuk penyertaan adalah dipelawa untuk mengemukakan pelan cadangan ‘Request For Proposal’ (RFP). 2. Pengarah syarikat DIWAJIBKAN menghadiri sesi penjelasan secara bersemuka sebelum mendapatkan dokumen RFP. Pengarah syarikat yang tidak menghadiri sesi taklimat RFP tidak layak mengambil bahagian. Lawatan tapak adalah wajib dan sila bawa bersama cop syarikat sebagai pengesahan kehadiran.
3. Masa Pendaftaran ialah pada 2.30 petang – 3.00 petang dan jika sesiapa yang hadir selepas tamat tempoh pendaftaran adalah tidak layak dipertimbangkan untuk menghadiri taklimat ini. Pengarah syarikat yang hadir perlu membawa bersama salinan dokumen mengikut kelayakan yang terkini (jika berkaitan).
4. Syarikat perlu berdaftar dengan Sistem e-perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk penyertaan. Bayaran pembelian dokumen RFP perlu dibuat secara atas talian (on-line) dan dimuat turun (download) melalui laman web tersebut sebagai pengesahan pembelian.
5. Naskah dokumen RFP boleh dilihat di Kaunter Urusetia Tender, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 17, KOMTAR pada waktu pejabat [9.00 pagi hingga 4.00 petang].
6. Semua Dokumen dan Pelan Cadangan yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang terletak di Ruang Legar Kaunter Bersepadu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada dokumen RFP yang lewat diterima.
7. Syarikat dikehendaki menyemak status tunggakan dalam aplikasi PEARL. Sekiranya terdapat tunggakan, pihak syarikat hendaklah menjelaskan tunggakan tersebut dan kegagalan berbuat demikian menyebabkan syarikat tidak layak untuk ditawarkan.
8. MBPP tidak terikat untuk menerima mana-mana cadangan sepenuhnya atau sebahagian daripadanya atau sebarang RFP. MBPP juga tidak terikat untuk memberi apa-apa sebab penolakan serta tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perbelanjaan oleh pihak yang mengemukakan RFP.
9. Salinan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate - TCC) WAJIB disertakan bersama dengan dokumen tender.
10. Syarikat yang menyertai ‘Request For Proposal’ (RFP) diwajibkan melengkapkan Surat Akuan Pembida.
11. Salinan sijil pendaftaran daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) hendaklah dikemukakan bersama dengan dokumen RFP.
12. MBPP tidak terikat untuk menerima RFP yang paling tinggi harganya atau sebarang RFP.
|