Agensi Pelaksana |
Majlis Bandaraya Pulau Pinang |
Tajuk |
LESEN MENDUDUKI BAGI PENSWASTAAN PENGURUSAN TAPAK PENJAJA DI ATAS LOT 7551 MUKIM 12, JALAN TENGAH, DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG
|
Tempat hantar |
Peti Sebut Harga yang terletak di Ruang Legar Kaunter Bersepadu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang |
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi |
04-2592236 / 04-2592 |
Bahagian/Unit bertanggungjawab |
Jabatan Pelesenan |
Pegawai yang bertanggungjawab |
Puan Sharmila |
Nombor Telefon Pertanyaan |
042638818 |
Syarat-syarat |
- Sebut harga adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat Malaysia yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
2. Pengarah/ pemilik syarikat diwajibkan menghadiri taklimat sebelum membeli Dokumen Sebut Harga. Syarikat yang tidak menghadiri taklimat atau hadir selepas masa pendaftaran tidak layak mengambil bahagian dalam sebut harga ini. Kehadiran akan diambil setelah sesi taklimat berakhir.
3. Syarikat perlu berdaftar dengan Sistem e-perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk penyertaan. Bayaran pembelian dokumen sebut harga perlu dibuat secara ‘on-line’ dan dimuat turun (download) melalui akaun ePerolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
4. Dokumen Meja boleh dilihat di Kaunter Urusetia Tender di Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 17, KOMTAR pada waktu pejabat [9.00 pagi hingga 4.00 petang].
5. Semua dokumen sebut harga yang telah dilengkapi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang terletak di Ruang Legar Kaunter Bersepadu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 11.00 pagi pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada sebut harga yang lewat diterima.
6. Syarikat yang menyertai sebut harga diwajibkan melengkapkan Surat Akuan Pembida dan kesemua sijil-sijil kelayakan hendaklah disertakan bersama dengan dokumen sebut harga.
7. Majlis tidak terikat untuk menerima mana-mana cadangan sepenuhnya atau sebahagian daripadanya atau sebarang sebut harga. Majlis juga tidak terikat untuk member apa-apa sebab penolakan serta tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perbelanjaan oleh pihak yang mengemukakan sebut harga.
8. Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan Penyebut Harga akan menyebabkan sebut harga tersebut ditolak serta merta.
9. Salinan sijil pendaftaran daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan salinan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate-TCC) hendaklah dikemukakan bersama dengan dokumen sebut harga.
10. Sila kemukakan Sijil SST bersama dokumen sebut harga bagi membolehkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mendaftar syarikat/ kontraktor/ pembekal yang berjaya ke dalam Sistem Pengurusan SST.
11. Majlis tidak terikat untuk menerima sebut harga yang paling tinggi harganya atau sebarang sebut harga.
12. Harga tawaran adalah tidak termasuk segala cukai dan duti Kerajaan yang sedang berkuatkuasa pada masa ini iaitu SST pada kadar enam peratus (6%).
13. Syarikat dikehendaki menyemak status tunggakan di dalam aplikasi PEARL. Sekiranya terdapat tunggakan, pihak syarikat hendaklah menjelaskan tunggakan tersebut dan kegagalan berbuat demikianakan menyebabkan syarikat tidak layak untuk ditawarkan. |