Agensi Pelaksana |
Majlis Bandaraya Seberang Perai |
Tajuk |
SEBUT HARGA KERJA-KERJA MENAIKTARAF BUMBUNG, TEMPAT LETAK KERETA DAN KERJA BERKAITAN DI PASAR AWAM KG. VALDOR BATU KAWAN, SPS |
Tempat hantar |
SECARA ATAS TALIAN https://ep.mbsp.gov.my MELALUI SISTEM PEROLEHAN BERSEPADU (SPB) MBSP
|
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi |
04-5497555 |
Bahagian/Unit bertanggungjawab |
Jabatan Kejuruteraan |
Pegawai yang bertanggungjawab |
Puan Farissyaazwani binti Rozaimi |
Nombor Telefon Pertanyaan |
045497630 |
Syarat-syarat |
Sebut harga ini adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor tempatan (Pulau Pinang) yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), mempunyai Sijil Perolehan Kerajaan (SPKK) dan berdaftar di bawah gred dan kategori yang berkaitan sahaja (sekiranya tempoh sah laku kurang daripada dua (2) bulan, surat pembaharuan kepada CIDB hendaklah disertakan) & masih dibenarkan menyertai sebut harga seperti berikut:
Kontraktor-kontraktor hendaklah berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (sysP) melalui laman web ep.penang.gov.my dan telah disahkan sijil pendaftaran melalui mana-mana agensi adalah layak menyertai sebut harga ini. Dokumen Sebut Harga adalah dijual secara on-line melalui laman web tersebut.
Kontraktor diwajibkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak. Sila bawa bersama Sijil Asal Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) untuk pendaftaran. Hanya penama dalam sijil pendaftaran SPKK sahaja dibenarkan untuk menghadiri taklimat dan lawatan tapak ini. Wakil syarikat tidak dibenarkan.
Sebut harga akan ditutup pada tarikh seperti di atas jam 12.00 tengah hari. Penghantaran dokumen sebut harga adalah secara atas talian melalui Sistem Perolehan Bersepadu (SPB) MBSP. Kontraktor dikehendaki mendaftar melalui pautan https://ep.mbsp.gov.my.
Sebarang penghantaran dokumen secara fizikal tidak akan dinilai oleh pihak MBSP dan untuk pertanyaan lanjut berkaitan sistem, sila hubungi pegawai yang bertanggungjawab di talian 04-5497715. Pihak MBSP tidak akan terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau sebarang sebut harga. |
G2 - CE - CE21 | Keupayaan tidak melebihi RM500,000.00 Pembinaan Kejuruteraan Awam( Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam) | |