SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN DAN KESELURUHAN KAWASAN DI PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN, (SPS) PULAU PINANG
(NO SEBUT HARGA : VPP(S)/03/07/16-2024)
1. Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang:
221001-PEMBERSIHAN BANGUNAN DAN PEJABAT 221002-MEMBERSIH KAWASAN 221003-MENGANGKAT SAMPAH
2. Butiran sebut harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
BIL. 1 KOD SEBUT HARGA : VPP(S)/03/07/16-2024 KOD BIDANG : 221001, 221002 & 221003 Tarikh/Masa Tutup Sebut harga : 05 JULAI 2024 (JUMAAT)Masa : Sebelum jam 12.00 tengahari
Tarikh Taklimat Sebut Harga : 28 JUN 2024 (JUMAAT) Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang
3. Dokumen sebut harga boleh dibeli dengan harga RM 10.00 secara atas talian dan dimuat turun melalui Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP) di alamat url http://ep.penang.gov.my mulai 28 JUN 2024 (JUMAAT).
4. Kehadiran (nama ahli seperti yang tertera di dalam Sijil MOF) untuk taklimat adalah DIWAJIBKAN (WAKIL TIDAK DIBENARKAN) dan diadakan dalam beberapa sesi mengikut jumlah kehadiran syarikat bagi mengelakkan kesesakan dan mengamalkan penjarakkan sosial. Syarikat digalakkan untuk mengadakan lawatan sendiri ke kawasan pejabat dalam tempoh pelawaan sebut harga. Syarikat juga DIWAJIBKAN membawa sijil-sijil dokumen asal semasa pendaftaran pada hari lawatan tapak.
5. Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal hendaklah dikemukakan sebanyak 1 DOKUMEN ASAL bagi setiap tawaran di mana setiap satu bersama dokumen sokongan yang lain dan dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlainan serta dicatatkan perkataan TAWARAN KEWANGAN (bagi sampul tawaran kewangan Penyebut harga) dan TAWARAN TEKNIKAL (bagi sampul tawaran teknikal Penyebut harga) dan NO SEBUT HARGA : VPP(S)/03/07/16-2024 pada penjuru atas sebelah kiri sampul sebelum atau pada tarikh tutup sebut harga seperti di atas. Kedua-dua sampul surat yang berlainan tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat utama dan dialamatkan kepada pihak Urus setia seperti berikut:-
· Muka Hadapan Sampul Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal
SULIT - NO SEBUTHARGA : VPP(S)/03/07/16- 2024 (TAWARAN KEWANGAN )
Pengarah,
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang,
Jalan Bukit Tengah
14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang
SULIT - NO SEBUTHARGA : VPP(S)/03/07/16- 2024 (TAWARAN TEKNIKAL )
Pengarah,
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang,
Jalan Bukit Tengah
14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang
· Muka Hadapan Sampul Surat Utama
Pengarah,
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang,
Jalan Bukit Tengah
14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang
dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga sebelum pukul 12.00 tengahari pada atau sebelum 05 JULAI 2024 (JUMAAT). Tawaran sebut harga yang lewat diterima sama ada secara pos atau serahan tangan TIDAK akan dipertimbangkan. Setiap tawaran harga adalah sah bagi tempoh 90 hari dari tarikh peti sebut harga ditutup. Dokumen sebut harga boleh dimasukkan ke dalam peti sebut harga yang ditempatkan di Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang, Jalan Bukit Tengah 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang.
6. Kerajaan tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran sebut harga.
7. Penyebut harga dikehendaki mengemukakan SEMUA dokumen seperti yang diminta oleh pihak Kerajaan di dalam dokumen sebut harga. Penyebut harga yang gagal mengemukakan kesemua dokumen-dokumen yang diminta, maka Kerajaan mempunyai hak untuk tidak menilai tawaran Penyebut harga.
8. Bukti Penghantaran Tidak Dianggap Sebagai Bukti Penerimaan dan semua kos berkaitan dengan Tawaran Sebut Harga di atas adalah menjadi tanggungjawab penyebut harga terbabit. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah, tertinggi atau sebarang tawaran. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut. |