LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENAMBAHBAIKAN SISTEM sysP
Senarai Penambahbaikan & Fungsi Baharu
 

PEROLEHAN SEBUT HARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Jab. Perkhid. Veterinar Negeri
Nombor Rujukan
VPP(S) 03/07/15-2024
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Sebut Harga
Tajuk
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN DAN KESELURUHAN KAWASAN DI PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH (SPT), PULAU PINANG
Tarikh Iklan
20 - Jun - 2024
Tarikh Jual
26 - Jun - 2024
Tarikh Tutup
03 - Jul - 2024
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PULAU PINANG
JALAN BUKIT TENGAH, BUKIT MERTAJAM
14000 PULAU PINANG
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi
04-5084363
Bahagian/Unit bertanggungjawab
Bahagian Khidmat Pengurusan
Pegawai yang bertanggungjawab
Nurhusna Binti Ahmad Molkan dan Rozaini Binti Marjab
Nombor Telefon Pertanyaan
045084368
Syarat-syarat

 


SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN DAN KESELURUHAN KAWASAN DI PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH (SPT), PULAU PINANG


(NO SEBUT HARGA :  VPP(S) 03/07/15-2024)


1.    Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal tempatan yang berdaftar  dengan  Kementerian  Kewangan  Malaysia  di  bawah  kod  bidang: 


221001-PEMBERSIHAN BANGUNAN DAN PEJABAT
221002-MEMBERSIH KAWASAN
221003-MENGANGKAT SAMPAH


2.    Butiran sebut harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:-


BIL. 1
KOD SEBUT HARGA : VPP(S)03/07-15/2024
KOD BIDANG : 221001, 221002 & 221003
Tarikh/Masa Tutup Sebut harga : 03 JULAI 2024 (RABU) Masa : Sebelum jam 12.00 tengahari



Tarikh Taklimat/Lawatan Tapak Sebut Harga : 26 JUN 2024 (RABU) Masa : 10.00 Pagi
 Tempat : Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang


3.       Dokumen sebut harga boleh dibeli dengan harga RM 10.00 secara atas talian dan dimuat turun melalui Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP) di alamat url http://ep.penang.gov.my mulai 26 JUN 2024 (RABU).


4.      Kehadiran (nama ahli seperti yang tertera di dalam Sijil MOF) untuk taklimat adalah DIWAJIBKAN (WAKIL TIDAK DIBENARKAN) dan diadakan dalam beberapa sesi mengikut jumlah kehadiran syarikat bagi mengelakkan kesesakan dan mengamalkan penjarakkan sosial. Syarikat digalakkan untuk mengadakan lawatan sendiri ke kawasan pejabat dalam tempoh pelawaan sebut harga.  Syarikat juga DIWAJIBKAN membawa sijil-sijil dokumen asal semasa pendaftaran pada hari lawatan tapak.


5.       Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal hendaklah dikemukakan sebanyak 1 DOKUMEN ASAL bagi setiap tawaran di mana setiap satu bersama   dokumen   sokongan   yang   lain   dan dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlainan serta dicatatkan perkataan TAWARAN KEWANGAN (bagi sampul tawaran kewangan Penyebut harga) dan TAWARAN TEKNIKAL (bagi sampul tawaran teknikal Penyebut harga) dan NO SEBUT HARGA : VPP(S)/03/07/15-2024 pada penjuru atas sebelah kiri sampul sebelum atau pada tarikh tutup sebut harga seperti di atas. Kedua-dua sampul surat yang berlainan tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat utama dan dialamatkan kepada pihak Urus setia seperti berikut:- 


·        Muka Hadapan Sampul Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal


SULIT - NO SEBUTHARGA : VPP(S)/03/07/15- 2024  (TAWARAN KEWANGAN )


Pengarah,


Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang,


Jalan Bukit Tengah


14000 Bukit Mertajam


Pulau Pinang
 


SULIT - NO SEBUTHARGA : VPP(S)/03/07/15- 2024  (TAWARAN TEKNIKAL )


Pengarah,


Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang,


Jalan Bukit Tengah


14000 Bukit Mertajam


Pulau Pinang
 


·       Muka Hadapan Sampul Surat Utama


Pengarah,


Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang,


Jalan Bukit Tengah


14000 Bukit Mertajam


Pulau Pinang


dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga sebelum pukul 12.00 tengahari 
pada atau sebelum 03 JULAI 2024  (RABU). Tawaran sebut harga yang 
lewat diterima sama ada secara pos atau serahan tangan TIDAK akan 
dipertimbangkan. Setiap tawaran harga adalah sah bagi tempoh 90 hari dari tarikh peti sebut harga ditutup. Dokumen sebut harga boleh dimasukkan ke dalam peti sebut harga yang ditempatkan di Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang, Jalan Bukit Tengah 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 


6.        Kerajaan tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran sebut harga. 


7.      Penyebut harga dikehendaki mengemukakan SEMUA dokumen seperti yang diminta oleh pihak Kerajaan di dalam dokumen sebut harga. Penyebut harga yang gagal mengemukakan kesemua dokumen-dokumen yang diminta, maka Kerajaan mempunyai hak untuk tidak menilai tawaran Penyebut harga. 


8.       Bukti Penghantaran Tidak Dianggap Sebagai Bukti Penerimaan dan semua kos berkaitan dengan Tawaran Sebut Harga di atas adalah menjadi tanggungjawab penyebut harga terbabit. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah, tertinggi atau sebarang tawaran. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.


 

 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
221001 Perkhidmatan-Khidmat Kebersihan Dan Rawatan(Pembersihan Bangunan dan Pejabat)DAN
221002 Perkhidmatan-Khidmat Kebersihan Dan Rawatan(Membersih Kawasan)DAN
221003 Perkhidmatan-Khidmat Kebersihan Dan Rawatan(Mengangkat Sampah)
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
26 Jun 202410:00 amPejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Seberang Perai Tengah, Cherok Tok Kun, Jalan Kulim, 14000 Bukit Mertajam, Pulau PinangPejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Seberang Perai Tengah, Cherok Tok Kun, Jalan Kulim, 14000 Bukit Mertajam, Pulau PinangWAJIB
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
26 Jun 202410:00 am

Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Seberang Perai Tengah, Cherok Tok Kun, Jalan Kulim, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.


 

 
 
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.