Agensi Pelaksana |
Majlis Bandaraya Pulau Pinang |
Tajuk |
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN DAN PEMOTONGAN RUMPUT (PADANG BOLA) DI STADIUM BANDARAYA, PULAU PINANG BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN MULAI 01 OKTOBER 2024 HINGGA 30 SEPTEMBER 2026. |
Tempat hantar |
Peti Sebut Harga di Ruang Legar Bilik Minda MBPP, Tingkat 4, KOMTAR, Pulau Pinang. |
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi |
04-2592236 / 04-2592 |
Bahagian/Unit bertanggungjawab |
JABATAN PENGURUSAN KORPORAT DAN KOMUNITI |
Pegawai yang bertanggungjawab |
NUR FATIHAH BINTI SOHAIMI |
Nombor Telefon Pertanyaan |
04-2262959 |
Syarat-syarat |
1. Sebut harga adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar (di bahagian Pulau, Pulau Pinang sahaja) dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) di bawah kod bidang bekenaan serta dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan masih dibenarkan untuk menyertai sebut harga.
2. Syarikat diwajibkan menghadiri taklimat sebelum membeli dokumen sebutharga. Syarikat yang tidak menghadiri taklimat atau hadir selepas masa pendaftaran tidak layak mengambil bahagian dalam sebut harga ini.
3. Syarikat perlu berdaftar dengan Sistem ePerolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk menyertai sebutharga. Dokumen sebutharga dijual secara 'on-line' melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun ePerolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
4. Dokumen meja boleh dilihat di Kaunter Urusetia Tender, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 17, KOMTAR pada waktu pejabat [9.00 pagi – 4.00 petang].
5. Dokumen sebut harga yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Ruang Legar Bilik Minda MBPP, Tingkat 4, KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 11.00 pagi pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada sebut harga yang lewat diterima.
6. Syarikat yang menyertai sebut harga diwajibkan melengkapkan Surat Akuan Pembida.
7. Salinan sijil pendaftaran daripada Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) hendaklah disertakan bersama dengan dokumen sebut harga.
8. Majlis tidak terikat untuk menerima sebutharga yang paling terendah harganya atau sebarang sebutharga. |
221002 | Perkhidmatan-Khidmat Kebersihan Dan Rawatan(Membersih Kawasan) | |