Agensi Pelaksana |
Majlis Bandaraya Pulau Pinang |
Nombor Rujukan |
MBPP.T.NO.28/2024(RFP)(P) |
Tajuk |
REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) CADANGAN MENAIKTARAF, MENGURUS DAN MENYELENGGARA PREMIS MAJLIS DI ATAS LOT 977, SEKSYEN 3, BANDAR GEORGE TOWN, DAERAH TIMUR LAUT, JALAN AYER ITAM, PULAU PINANG (PASAR DATO KERAMAT)
|
Tempat hantar |
Peti Tender yang terletak di Ruang Legar Bilik Minda MBPP, Tingkat 4, KOMTAR, |
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi |
04-2592236 / 04-2592 |
Bahagian/Unit bertanggungjawab |
JABATAN PELESENAN |
Pegawai yang bertanggungjawab |
PN.SYAFIQAH NASUHA BINTI MUBARAK |
Nombor Telefon Pertanyaan |
042638818 |
Syarat-syarat |
1. Syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang dimiliki sepenuhnya oleh Warganegara Malaysia dan masih dibenarkan untuk penyertaan adalah dipelawa untuk mengemukakan pelan cadangan Request For Proposal (RFP) .
2. Syarikat diwajibkan menghadiri taklimat Request For Proposal (RFP) dan lawatan tapak sebelum membeli dokumen Request For Proposal (RFP). Syarikat yang tidak menghadiri taklimat Request For Proposal (RFP) dan lawatan tapak tidak layak mengambil bahagian.
3. Syarikat perlu berdaftar dengan Sistem ePerolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk penyertaan. Pembelian dokumen Request For Proposal (RFP) perlu dibuat bayaran secara ‘on-line’ melalui laman web tersebut dan dimuat turun (download) melalui akaun ePerolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
4. Dokumen Meja boleh dilihat di Kaunter Urusetia Tender di Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 17, KOMTAR pada waktu pejabat [9.00 pagi hingga 4.00 petang].
5. Semua pelan cadangan yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang terletak di ruang legar Bilik Minda MBPP, Tingkat 4, KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada dokumen Request For Proposal (RFP) yang lewat diterima.
6. Majlis tidak terikat untuk menerima mana-mana cadangan sepenuhnya atau sebahagian daripadanya atau sebarang Request For Proposal (RFP). Majlis juga tidak terikat untuk memberi apa-apa sebab penolakan serta tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perbelanjaan oleh pihak yang mengemukakan Request For Proposal (RFP).
7. Syarikat yang menyertai Request For Proposal (RFP) diwajibkan melengkapkan Surat Akuan Pembida.
8. Salinan sijil pendaftaran daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hendaklah dikemukakan bersama dengan dokumen Request For Proposal (RFP).
9. Sila kemukakan Sijil SST bersama dokumen Request For Proposal (RFP) bagi membolehkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mendaftar syarikat/ kontraktor/ pembekal yang berjaya ke dalam Sistem Pengurusan SST.
10. Majlis tidak terikat untuk menerima Request For Proposal (RFP) yang paling terendah harganya atau sebarang Request For Proposal (RFP).
11. Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan pembida akan menyebabkan Request For Proposal (RFP) tersebut ditolak serta merta. |