Agensi Pelaksana |
Majlis Bandaraya Pulau Pinang |
Tajuk |
Perkhidmatan Pembersihan Dan Jetting Perangkap Minyak Di Pasar, Kompleks Makanan Dan Tapak Penjaja Majlis Bandaraya Pulau Pinang |
Tempat hantar |
Peti Tender yang terletak di Ruang Legar Bilik Minda MBPP, Tingkat 4, KOMTAR, |
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi |
04-2592236 / 04-2592 |
Bahagian/Unit bertanggungjawab |
JABATAN PELESENAN |
Pegawai yang bertanggungjawab |
PN.SYAFIQAH NASUHA BINTI MUBARAK |
Nombor Telefon Pertanyaan |
042638818 |
Syarat-syarat |
1. Tender adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam kod bidang berkenaan yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dibenarkan untuk menyertai TENDER.
2. Pengarah syarikat atau wakil yang mempunyai surat kuasa diwajibkan menghadiri taklimat sebelum membeli dokumen tender.
3. Syarikat yang tidak menghadiri taklimat atau hadir selepas masa pendaftaran tidak layak mengambil bahagian dalam tender ini. Kehadiran akan diambil setelah sesi taklimat berakhir. Kehadiran taklimat diwajibkan.
4. Syarikat perlu berdaftar dengan Sistem ePerolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk menyertai tender. Pembelian dokumen tender perlu dibuat bayaran secara ‘on-line’ melalui laman web tersebut dan kemudian dimuat turun (download) melalui akaun ePerolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
5. Dokumen Meja boleh dilihat di Kaunter Urusetia Tender di Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 17, KOMTAR pada waktu pejabat [9.00 pagi hingga 4.00 petang].
6. Dokumen tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang terletak di ruang legar Bilik Minda MBPP, Tingkat 4, KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 12.00 tengah hari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada tender yang lewat diterima.
7. Syarikat yang menyertai tender diwajibkan melengkapkan Surat Akuan Pembida dan kesemua sijil-sijil kelayakan hendaklah disertakan bersama dengan dokumen tender.
8. Majlis tidak terikat untuk menerima mana-mana cadangan sepenuhnya atau sebahagian daripadanya atau sebarang tender. Majlis juga tidak terikat untuk memberi apa-apa sebab penolakan serta tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perbelanjaan oleh pihak yang mengemukakan tender.
9. Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan petender akan menyebabkan tender tersebut ditolak serta merta.
10. Salinan sijil pendaftaran daripada Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) hendaklah dikemukakan bersama dengan dokumen tender.
11. Sila kemukakan Sijil SST bersama dokumen tender bagi membolehkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mendaftar syarikat/ kontraktor/ pembekal yang berjaya ke dalam Sistem Pengurusan SST.
12. Majlis tidak terikat untuk menerima tender yang paling terendah harganya atau sebarang tender.
|
221001 | Perkhidmatan-Khidmat Kebersihan Dan Rawatan(Pembersihan Bangunan dan Pejabat) | |