LOG MASUK

Email
Kata laluan
   

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
MAKLUMAN
Pelaksanaan Sijil Pematuhan Cukai (TCC)
Pelaksanaan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate- TCC) telah dikuatkuasakan di semua Agensi Kerajaan bagi Perolehan Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja.

Penguatkuasaan sepenuhnya dengan menjadikan pengemukaan TCC sebagai syarat tambahan wajib dalam semua tawaran perolehan Kerajaan di Negeri Pulau Pinang mulai 1 OKTOBER 2025.

Merujuk surat yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, semua Kontraktor/Syarikat perlu mengemukakan sijil Pematuhan Cukai (TCC) bersama-sama borang sebut harga/tender. Sekiranya pematuhan ini tidak dipatuhi, Kontraktor/Syarikat tersebut tidak layak dinilai dalam jawatankuasa penilaian sebut harga/tender.

Pemakluman ini adalah untuk mengingatkan agar pihak kontraktor/syarikat mengambil maklum dan mematuhi arahan ini.

Sekian, harap maklum.
PENAMBAHBAIKAN SISTEM sysP
Senarai Penambahbaikan & Fungsi Baharu

PEMAKLUMAN KAEDAH PEMBAYARAN
Dimaklumkan bahawa bermula 1 Februari 2026, sistem pembayaran MIGS (bayaran menggunakan Kad Debit / Kad Kredit) akan beralih sepenuhnya kepada MPGS. Peralihan ini adalah pelaksanaan yang ditetapkan oleh pihak bank bagi tujuan penambahbaikan keselamatan dan kelancaran transaksi.

Sehubungan dengan itu, kaedah pembayaran MIGS melalui sistem sysP tidak lagi disokong dan tidak boleh digunakan bagi sebarang transaksi. Semua pengguna adalah diminta untuk menggunakan kaedah pembayaran melalui Online Banking (FPX) buat sementara waktu sebagai kaedah rasmi yang disediakan dalam sistem sysP.

Pembukaan semula kaedah pembayaran menggunakan Kad Debit / Kad Kredit akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Kerjasama daripada semua pengguna amatlah dihargai bagi memastikan peralihan ini berjalan dengan lancar.

Sekian, harap maklum.
 

HEBAHAN

Maklumat Hebahan
 
PENGUMUMAN
KEPUTUSAN SEBUT HARGA(MUKTAMAD): PDC PPPP/PHV/B/Q14/2025
NUR ZULAIKHA BINTI ZULKIFLI
03 Feb 2026 03:10 PM
 
CADANGAN PEMBINAAN TAPAK ‘TNB COMPACT SUBSTATION’ DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI ATAS LOT 12154, MUKIM 12, MEDAN BAYAN LEPAS, TAMAN PERINDUSTRIAN BEBAS BAYAN LEPAS FASA IV, DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG UNTUK TETUAN PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG.
 

Keputusan SEBUT HARGA PDC MUKTAMAD:

Nama Syarikat: HAZ RIZQ ENTERPRISE
Alamat Syarikat: 217-W (L1) JALAN BURMA,  10050 GEORGETOWN PULAU PINANG
Harga Tawaran: RM99,894.00

Tiada sebarang bantahan diterima sepanjang tempoh bantahan.

Sila lihat di bahagian keputusan muktamad untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.
 
 
 
 

© 2026 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.