LOG MASUK

Email
Kata laluan

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENGUMUMAN
Tiada Pengumuman Setakat Ini

PEROLEHAN TENDER

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Pejabat Tanah dan Galian
Nombor Rujukan
PTGPP/TENDER/1/2023
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Tender
Tajuk
Membekal, Menghantar, Memasang, Mengkonfigurasi, Migrasi, Mengintegrasi, Mengujilari, Mentauliah, Melatih, Menyelenggara, Khidmat Sokongan Perkakasan Pelayan Dan Perisian Bagi Sistem e-Tanah Pulau Pinang
Tarikh Iklan
4 - Sep - 2023
Tarikh Jual
4 - Sep - 2023
Tarikh Tutup
25 - Sep - 2023
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
PEJABAT TANAH DAN GALIAN PULAU PINANG
TINGKAT 22, KOMTAR
10000 PULAU PINANG
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 50.00
Syarat-syarat

ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT TENDER

PENDAHULUAN

1.1 Semua syarikat yang hendak menyertai tender ini hendaklah terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi skop kerja untuk tender ini.

1.2 Hanya tender-tender yang dikemukakan oleh syarikat-syarikat yang membeli borang tender melalui Sistem Perolehan Kerajaan Negeri (SysP) yang diakui melalui resit rasmi sahaja akan diterima untuk menyertai tender ini.

1.3 Pelawaan ini adalah terikat kepada Arahan Kepada Penender dan syarat-syarat yang dikembarkan bersama-sama ini.

1.4 Penender-penender hendaklah mematuhi sepenuhnya semua syarat-syarat ini apabila menyertai tender. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan, membolehkan tender tersebut tidak dapat dipertimbangkan dan terus ditolak.

2. SYARAT-SYARAT AM

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di lain-lain tempat dalam pelawaan ini, syarat am yang berikut hendaklah dipakai melainkan setakat mana syarat-syarat am itu boleh ditolak secara tertentu atau diubah oleh penender.

2.1   Keadaan barang-barang

Semua barang-barang mestilah baharu dan belum diguna.

2.2    Diskaun

Tiap-tiap diskaun termasuk diskaun-diskaun perniagaan, tunai dan bayaran cepat yang diberi atas sesuatu harga, mestilah ditunjukkan.

2.3    Bekalan Sebahagian

Tender boleh disampaikan bagi satu-satu butiran atau bagi sebahagian kuantiti butiran-butiran itu.

2.4      Barang-barang Samanilai

Tawaran boleh disampaikan bagi barang-barang setara yang sesuai, dengan syarat butir-butir penuh diberi.

2.5   Setuju Terimaan

i. Tender yang rendah sekali atau mana-mana tender tidaklah semestinya disetujuterima.

ii. Tiap-tiap satu butiran akan ditimbangkan sebagai satu tender yang berasingan.

2.6    Pemeriksaan

i. Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah berhak mengarahkan barang-barang itu diperiksa atau diuji oleh seorang pegawai yang dilantiknya semasa ianya diserah atau pada bila-bila masa yang lain sebelum/setelah diserah.

ii. Penender hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.

2.7    Perakuan Mematuhi Penentuan

Penender-penender adalah dikehendaki memperakui bahawa barang-barang perkhidmatan  yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut penentuan atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam tawaran ini.

2.8    Penolakan

i. Pembekalan barang-barang yang  kualitinya rendah ataupun yang  berlainan dari yang dinyatakan di dalam cadangan tender akan ditolak.

ii.  Apabila diminta, penender hendaklah memindahkan barang-barang yang ditolak itu atas risiko dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang segala perbelanjaan yang telah dilakukan atas barang yang ditolak itu.

iii. Fasal kecil (i) dan (ii) di atas, adalah tanpa menyentuh apa-apa hak terhadap ganti rosak kerana melanggar kontrak.

2.9 Pengiklanan

Tiada iklan mengenai setujuterima terhadap mana-mana tender boleh disiarkan di dalam akhbar, majalah atau lain-lain perantaraan iklan tanpa kelulusan terlebih dahulu daripada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang.

2.10   Tafsiran

Tender ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah ditafsirkan mengikut dan tertakluk kepada undang-undang Malaysia, dan penender bersetuju patuh kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah Malaysia dalam apa-apa jenis pertikaian atau perselisihan yang timbul mengenai tender ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

2.11   Insurans

Tiada apa-apa insurans atas barang-barang dalam perjalanan dari negeri pembekal atau dalam Malaysia boleh dimasukkan dalam tender.

2.12   Cukai

Melainkan jika ditunjukkan berasingan, harga hendaklah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.

2.13  Pembungkusan

i. Melainkan jika ditunjukkan berasingan, harga hendaklah diertikan   sebagai termasuk belanja pembungkus atau membungkus.

ii. Apa-apa kehilangan atau kerosakan akibat pembungkus atas pembungkusan yang tidak cukup atau cacat, hendaklah diganti oleh penender.

2.14   Pengenalan

Jika berkenaan, nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri atau tempat asal barang-barang itu hendaklah ditunjukkan.

3. SYARAT-SYARAT TAMBAHAN

3.1   Dokumen Tender

i. Hanya borang asal diterima untuk maksud tender ini. Borang-borang tambahan yang hendak digunakan mestilah mempunyai ukuran yang sama, mengandungi ruang yang sama dan serupa dengan borang asal.

ii. Borang Jadual Penentuan - Spesifikasi Teknikal Peralatan
(Lampiran E) dan Borang Jadual Harga (Lampiran F) hendaklah ditaip dan ditandatangani di dalam dokumen tender.  (Softcopy dalam bentuk Pendrive WAJIB diberikan bersama dokumen tender). Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan penyertaan penender DITOLAK.

iii.  Hanya tender yang lengkap sahaja akan diproses. Tender yang tidak lengkap atau tidak ditandatangani akan ditolak secara automatik.

iv.  Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dan ditandatangan ringkas dan tarikh hendaklah dicatatkan dengan terang setentang dengan apa-apa perubahan yang dibuat. Penggunaan pemadam dakwat adalah tidak dibenarkan.
v. Kesemua penender yang menghantar dokumen tender hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Format Surat Akuan Pembida adalah seperti di Lampiran C. Surat Akuan Pembida adalah dokumen WAJIB yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran penender.

3.2 Spesifikasi

i. Penentuan (spesifikasi) alat-alat yang dikehendaki adalah sepertimana yang dinyatakan dalam Jadual Penentuan - Spesifikasi Teknikal Peralatan (Lampiran E) yang dikembarkan bersama-sama ini.

ii.     Sebarang tuntutan kenaikan harga bagi mana-mana alat yang timbul akibat daripada perbezaan di antara pentafsiran Kerajaan Negeri dengan penender mengenai spesifikasi alat-alat yang berkenaan tidak akan dilayan.

3.3    Cagaran Keselamatan

i. Penender-penender yang berjaya, dikehendaki memberi Cagaran Keselamatan untuk memastikan kontrak dilaksanakan mengikut syarat-syarat dalam kontrak. Bagi kontrak bekalan yang dinilainya tidak melebihi RM500,000/- setahun, cagaran Kontrak akan dikenakan dengan kadar 2.5% daripada jumlah kontrak. Bagi kontrak bekalan yang bernilai RM500,000/- atau lebih setahun, penender-penender yang berjaya dikehendaki memberi Cagaran Kontrak dengan kadar 5% daripada jumlah kontrak. Cagaran Kontrak ini hendaklah dalam bentuk jaminan bank daripada Bank-Bank yang berdaftar di Malaysia yang diluluskan. Bagi kontrak-kontrak yang bernilai tidak lebih daripada RM500,000/- Jaminan Insuran daripada Syarikat Insuran yang berdaftar di Malaysia yang diluluskan bolehlah diterima selain daripada jaminan bank.

ii. Cagaran Keselamatan akan dikembalikan setelah kontrak dilaksanakan dengan memuaskan. Sekiranya kontrak itu tidak dilaksanakan dengan memuaskan, maka cagaran Kontrak itu akan dirampas.

iii. Cagaran Keselamatan hendaklah dikemukakan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh surat setujuterima tawaran dikeluarkan.

iv. Penender hendaklah menggunakan format cagaran keselamatan yang telah disediakan tanpa pindaan. Tempoh sahlaku cagaran ini hendaklah tamat satu (1) tahun selepas kontrak tersebut.

3.4  Anggaran Keperluan/Kuantiti

Kuantiti yang diperlukan bagi tujuan tender ini adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Harga (Lampiran F) yang dikembarkan bersama-sama ini. Kerajaan Negeri tidak menjamin dalam apa cara sekalipun bahawa kuantiti yang disebutkan dalam pelawaan sebutharga ini akan dipesan kesemuanya, kurang atau lebih tetapi penender yang berjaya mesti sedia membekalkan semua pesanan sekiranya pesanan-pesanan melebihi kuantiti-kuantiti yang dianggarkan ini dengan harga dan syarat-syarat yang sama.

3.5 Katalog dan Contoh

i. Bagi setiap butir yang ditawarkan, mestilah disertakan dengan KATALOG. Bagi SALINAN ASAL Dokumen Tender (Bahagian Teknikal), lampirkan dengan KATALOG ASAL sementara bagi satu (1) salinan Dokumen Tender (Bahagian Teknikal) yang lain, salinan fotostat katalog adalah memadai.

ii. Semua katalog/risalah mestilah di dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris.

iii. Semua katalog atau risalah mestilah ditulis nombor tender dan kod butir yang dimasukinya. Nama penender tidak boleh dicatitkan di atas katalog atau risalah yang disertakan.

iv. Penender dikehendaki mengemukakan contoh butir yang ditawarkan apabila diminta. Segala perbelanjaan berhubung dengan penghantaran contoh adalah atas tanggungan penender sendiri.

v. Tawaran yang tidak disertai dengan katalog ASAL atau contoh butir (apabila diminta) boleh menyebabkan tawaran tidak dipertimbangkan.

3.6  Penghapusan Deposit Tender/Menarik Balik Tawaran

Penender-penender tidak diperlukan untuk mengemukakan deposit tender. Walaubagaimanapun, andainya ada penender yang menarik balik tawaran sebelum tender dipertimbangkan atau yang menolak tawaran setelah tawaran dibuat, tindakan untuk menggantung pendaftaran syarikat tersebut akan diambil seperti berikut:-

i. Dua (2) tahun bagi kesalahan kali pertama.

ii. Lima (5) tahun bagi kesalahan kali kedua.

iii. Pendaftaran akan dibatalkan terus bagi kesalahan berikutnya.

3.7  Setujuterima Tender

i. Kerajaan Negeri adalah berhak menyetuju terima tender tersebut     sama ada kesemuanya ataupun sebahagian daripadanya. Kerajaan Negeri tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling murah atau sebarang tawaran.

ii.  Kerajaan Negeri juga berhak untuk memilih lebih daripada satu  penender untuk satu-satu kontrak jika difikirkan memberi faedah  kepada Kerajaan Negeri.

iii. Keputusan Kerajaan Negeri adalah muktamad. Kerajaan Negeri tidak akan melayan sebarang surat menyurat yang berupa rayuan dari penender-penender mengenai sebab-sebab tawaran mereka tidak berjaya.

3.8 Kontrak

i. Penender yang berjaya adalah diwajibkan mengikat satu Kontrak dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

ii. Syarat dalam penentuan tender dan syarat-syarat dalam surat tawaran adalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat kontrak.

iii. Penender yang berjaya dikehendaki menyediakan Kontrak Asal serta salinan-salinan fotostat kontrak dan distemkan. Perbelanjaan tersebut akan ditanggung oleh penender yang berjaya.

3.9      Tempoh Kontrak

Tempoh kontrak adalah bermula daripada tarikh perjanjian ditandatangani. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri berhak menentukan tempoh kontrak yang sebenarnya.

3.10    Perubahan Syarat-Syarat

i. Kerajaan Negeri sentiasa berhak mengubah dari semasa ke semasa syarat-syarat yang terkandung dalam kontrak dan mulai dari tarikh yang dinyatakan oleh Kerajaan Negeri barang-barang yang dikehendaki itu hendaklah mengikut perubahan-perubahan tersebut.

ii. Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan perbelanjaan bagi pengeluaran atau tempoh pengeluaran, maka harga barang-barang yang terlibat dengan perubahan itu hendaklah dibuat dengan kedua-dua pihak secara bertulis.

3.11   Iklan

Tiada maklumat mengenai kontrak boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar, majalah atau alat pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telahpun dihantar kepada dan diluluskan oleh Kerajaan Negeri terlebih dahulu.

3.12   Penamatan Persetujuan

i.    Dengan memberi notis bertulis kepada penender dan dengan tiada apa-apa tindakan selanjutnya Kerajaan Negeri boleh terus menamatkan persetujuan ini.

a. Jika penender melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat yang terdapat dalam persetujuan ini;

b. Jika penender itu sebagai orang perseorangan atau, apabila penender itu adalah suatu firma, mana-mana pekongsi firma itu pada bila-bila  masa menjadi bankrap, atau suatu perintah penerimaan atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat suatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi faedah sepiutang-sepiutang, atau jika pembekal itu adalah syarikat, meluluskan suatu perintah bahawa syarikat itu digantung (bukan suatu penggulungan ahli bagi maksud  penyusunan atau penyatuan) atau pengurus bagi pihak seseorang  sipiutang dilantik atau jika timbul keadaan-keadaan yang memberi hak kepada mahkamah membuat sesuatu perintah penggulungan.

atau

c. Jika Kerajaan Negeri mempunyai sebab mempercayai bahawa penender atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan penender) melakukan perbuatan rasuah. Dengan sentiasa bersyarat bahawa menamatan persetujuan ini tidak menyentuh hak-hak Kerajaan Negeri untuk mendapatkan balik ganti rosak.

3.13 Pertikaian

Apa-apa pertikaian yang terbit di antara Kerajaan Negeri dengan mengenai pentafsiran, pengertian atau kuatkuasa persetujuan, atau penender hak dan tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit darinya atau yang berhubung dengannya hendaklah kecuali selainnya dipersetujui dengan tertentu dengan bertulis di antara Kerajaan Negeri dengan Penender, dirujukkan kepada penimbangtaraan dua orang, seorang dilantik oleh Kerajaan Negeri dan seorang oleh penender. Tiap-tiap seorang yang dilantik itu hendaklah bebas daripada pihak-pihak yang membuat persetujuan ini.

3.14 Undang-Undang

Persetujuan ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh Undang-Undang Malaysia.

3.15   Jaminan

i. Sekiranya dalam tempoh sewaan, Kerajaan Negeri mendapati  barang-barang tersebut tidak memuaskan atau rosak bukan disebabkan oleh penyalahgunaan atau kecuaian Kerajaan Negeri, penender hendaklah membaiki dan jika perlu mengganti mana-mana alat atau alat-alat yang tidak berfungsi dengan memuaskan dalam tempoh sewaan tersebut tanpa apa-apa bayaran tambahan.

ii. Sekiranya penender gagal mengganti/membaiki alat-alat berkenaan dengan memuaskan maka Kerajaan Negeri boleh sama ada:

a. Mendapatkan mana-mana orang berkelayakan bagi mengganti/membaiki alat-alat itu di mana semua kos yang kena bayar bagi tujuan tersebut hendakah ditanggung oleh penender;

atau

b. Memulangkan alat berkenaan dan penender hendaklah membayar denda, pampasan dan kos-kos yang terlibat dengan pemulangan itu.

iii. Sekiranya kelambatan penggantian atau pembaikan mana-mana
alat yang tidak mengikut spesifikasi dengan memuaskan maka Kerajaan Negeri boleh mengenakan denda terhadap penender sebanyak satu peratus (1%) daripada harga alat itu pada setiap (7) hari kelambatan  tetapi tidak melebihi lima peratus (5%) harga alat itu.

3.16   Penyelenggaraan Dalam Tempoh Kontrak
Penender yang berjaya adalah dikehendaki memberi perkhidmatan penyelenggaraan bagi alat-alat yang dibekalkan dalam tempoh kontrak tanpa sebarang kos tambahan.

3.17  Cara Pesanan

Penender yang berjaya dikehendaki membekalkan semua bekalan dalam tempoh enam (6) minggu dari tarikh yang dinyatakan dalam surat setuju terima. Apa-apa pesanan tambahan bagi alat-alat yang tidak disenaraikan akan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri dalam tempoh masa kontrak berjalan. Bila pesanan demikian dikeluarkan, bekalan hendaklah dilaksanakan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh pesanan dikeluarkan.

3.18   Pemeriksaan Sebelum Penerimaan

i. Dokumen Akuan Penerimaan hendaklah ditandatangani  bersama oleh pihak Kerajaan Negeri dan Penender kepada kontrak ini jika didapati ianya menepati spesifikasi yang ditetapkan.

ii.  Dokumen Pengujian hendaklah ditandatangani bersama oleh pihak Kerajaan Negeri dan Penender jika didapati semua perkakasan/perisian menepati ujian yang ditetapkan dalam dokumen tersebut. Kandungan dan format Dokumen Pengujian akan ditentukan bersama oleh pihak Kerajaan Negeri dan Penender apabila tender telah ditawarkan.

iii. Jika barang-barang yang diperiksa didapati rosak atau  rendah  kualitinya, Kerajaan Negeri berhak menolak barang-barang itu dan  penender hendaklah membaiki atau menggantikan barang itu kepada yang lain di atas perbelanjaan dan kos yang ditanggungnya sendiri.

3.19 Tempat Dan Masa Penghantaran

i. Semua kuantiti yang dipesan hendaklah dihantar, dipasang dan diuji di  semua tempat yang terbabit. Sebelum membuat penghantaran penender dikehendaki menghubungi pihak penerima iaitu Ketua Pegawai Teknologi Maklumat, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang secara bersurat untuk memberitahu jadual penghantaran. Penyerahan hendaklah dibuat semasa waktu pejabat.

ii. Penender yang berjaya adalah dikehendaki menyempurnakan   pembekalan dan penghantaran semua alat-alat berkenaan tidak lewat daripada enam (6) minggu daripada tarikh surat setuju terima.

3.20 Pembekalan, Pemasangan & Pengujian

Penender yang berjaya dikehendaki melaksanakan skop kerja seperti berikut:

i. Membekal, menghantar dan memasang perkakasan pelayan dan perisian di Pusat Data, Tingkat 24, KOMTAR.

ii. Mengkonfigurasi, migrasi, mengintegrasi, mengujilari, dan mentauliah perkakasan pelayan di Pusat Data, Tingkat 24, KOMTAR.

iii. Melaksana pengujian da mmenyediakan laporan seperti yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri.

iv. Melaksanakan sesi latihan, menyediakan nota latihan dan lain-lain perkara yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri.

v. Menyelenggara dan memberi khidmat sokongan teknikal perkakasan dan perisian mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri.

3.21    Harga

i. Harga bagi tiap-tiap alat yang ditawarkan hendaklah dalam Ringgit Malaysia sahaja dan hendaklah termasuk semua kos Membekal, Menghantar, Memasang, Mengkonfigurasi, Migrasi, Mengintegrasi, Mengujilari, Mentauliah, Melatih, dan Menyelenggara (dimana perlu) serta mestilah harga yang sudah termasuk SST bagi sepanjang tempoh kontrak.

ii. Harga yang ditawarkan hendaklah harga tetap.

iii. Penender yang menawarkan harga dalam mata wang asing atau mengikut kadar perubahan mata wang asing tidak akan dipertimbangkan.

3.22    Pembayaran

i. Kerajaan Negeri akan memulakan pembayaran program selepas
semua perkakasan dan perisian dipasang dan beroperasi,  kontrak perjanjian ditandatangani dan dokumen-dokumen berikut  diterima oleh Kerajaan Negeri:

a. Inbois -  tiga (3) salinan; (termasuk satu (1) salinan asal).
b. Dokumen Akuan Penerimaan.
c. Dokumen Pengujian.

ii. Pembayaran yang dibuat tidak boleh dianggap sebagai perakuan  bahawa barang-barang itu adalah mengikut kualiti yang dikehendaki.
Bayaran oleh Kerajaan Negeri tidak melepaskan penender atas tanggungjawab yang berkaitan di dalam kontrak ini.

iii. Semua pembayaran adalah dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM).

3.23 Denda Lewat Bekal dan Pemasangan

i. Penender yang berjaya mestilah menyempurnakan kontrak pembekalan dan pemasangan dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam kontrak.

ii. Jika syarikat lewat menyerahkan perkakasan dan perisian dalam tempoh masa yang ditetapkan,Kerajaan boleh menerima peralatan tersebut dan mengenakan bayaran berdenda kepada syarikat sehingga peralatan tersebut sedia untuk digunakan di premis yang ditentukan oleh Kerajaan seperti formula denda berikut:

Kadar sehari : 0.225 / 365 X Harga Kontrak

3.24 Pelaksanaan Integrity Pact

i. Kesemua penender yang menghantar dokumen tender hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Surat Akuan Pembida seperti di Lampiran C adalah dokumen wajib yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran tender.

ii. Penender yang berjaya perlu menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Surat Akuan Pembida Berjaya adalah juga dokumen wajib yang perlu disertakan bersama Surat Setuju Terima/Pesanan Tempatan.

3.25 Tempoh Sah Laku

i. Semua harga yang ditawarkan hendaklah sah laku (valid) dalam tempoh tidak kurang daripada 180 hari daripada tarikh tender ditutup.

ii.    Mana-mana penender yang mengemukakan tempoh sah laku kurang  daripada masa yang ditetapkan (180 hari) tidak akan dipertimbangkan.

3.26 Dasar Keselamatan ICT Negeri Pulau Pinang

Penender perlu mematuhi Dasar Keselamatan ICT Negeri Pulau  Pinang  (DKICT)

Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
210102 ICT (INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY) (Bekalan Dan Perkhidmatan Bagi Sektor Teknologi Maklumat Dan Komunikasi)-Peralatan dan Kelengkapan Komputer, Perkakasan Dan Komponen(Hardware (high end techmology)- All types of server, mainframe, high end printers, storage area network (SAN, NAS) including maintenance)ATAU
210103 ICT (INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY) (Bekalan Dan Perkhidmatan Bagi Sektor Teknologi Maklumat Dan Komunikasi)-Peralatan dan Kelengkapan Komputer, Perkakasan Dan Komponen(Software- Supply all computer software, operating system, database, off-the shelf packages including maintenance)ATAU
210104 ICT (INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY) (Bekalan Dan Perkhidmatan Bagi Sektor Teknologi Maklumat Dan Komunikasi)-Peralatan dan Kelengkapan Komputer, Perkakasan Dan Komponen(Software/System development/customization and maintenance including data entry, data processing)ATAU
210105 ICT (INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY) (Bekalan Dan Perkhidmatan Bagi Sektor Teknologi Maklumat Dan Komunikasi)-Peralatan dan Kelengkapan Komputer, Perkakasan Dan Komponen(Telecommunication/networking-supply product, infrastructure, services including maintenance (LAN/WAN/Internet/wireless/satellite))ATAU
210106 ICT (INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY) (Bekalan Dan Perkhidmatan Bagi Sektor Teknologi Maklumat Dan Komunikasi)-Peralatan dan Kelengkapan Komputer, Perkakasan Dan Komponen(Data management - provide services including Disaster)ATAU
210107 ICT (INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY) (Bekalan Dan Perkhidmatan Bagi Sektor Teknologi Maklumat Dan Komunikasi)-Peralatan dan Kelengkapan Komputer, Perkakasan Dan Komponen(ICT Security and firewall, Encryption, PKI, Anti Virus )

Dokumen Meja
Dokumen Meja 1 Dokumen Meja 1

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.