Agensi Pelaksana |
PDT Daerah S.Perai Selatan |
Tajuk |
MEMBEKAL,MEMASANG, MEMGUJI SERTA MENGUJI TERIMA ALAT PENGHAWA DINGIN
UNTUK PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEBERANG PERAI SELATAN TAHUN 2023 |
Tempat hantar |
BAHAGIAN PENGURUSAN DAERAH
PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEBERANG PERAI SELATAN
14200 SUNGAI JAWI
PULAU PINANG |
Syarat-syarat |

SYARAT-SYARAT AM

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini,
syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat
am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga.
1. KEADAAN BARANG
Semua barang yang dibekalkan hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.
2. HARGA
Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos
tambahan yang berkaitan.
3. SEBUT HARGA SEBAHAGIAN
Sebut harga boleh ditawarkan bagi semua bilangan item dan bukan sebahagian bilangan
item.
4. BARANG SETARA
Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir
penuh diberi.
5. PERSETUJUAN
(i) Kerajaan tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah atau mana-mana
sebut harga; dan
(ii) Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu sebut harga yang berasingan
6. PEMERIKSAAN
(i) Kerajaan sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk memeriksa dan menguji
bekalan itu semasa tempoh pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan
bekalan tersebut; dan
(ii) Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila
dikehendaki.
7. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI
Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan/perkhidmatan yang dibekalkan
oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam
pelawaan ini.
8. PENOLAKAN
(i) Barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan yang telah
dipersetujui sebut harganya boleh ditolak;
(ii) Apabila diminta, penyebut harga hendaklah menyebabkan barang yang ditolak itu
dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar
balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai bekalan yang
ditolak itu; dan
iii) Fasal-kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk
mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.
9. PENGIKLANAN
Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh
disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan
Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu.
10. TAFSIRAN
Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan
mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut harga bersetuju
tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa
pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau
apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
11. INSURANS
Tiada apa-apa insurans atas barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau
dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.
BARANG-BARANG EX-STOK ATAU BARANG-BARANG
KELUARAN MALAYSIA
12. CUKAI
Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.
13. PEMBUNGKUSAN
(i) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan
belanja pembungkusan; dan
(ii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak
mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh penjual.
14. PENGENALAN
Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal
barang itu, jika berkenaan, hendaklah ditunjukkan.
BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA
15. CUKAI
Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai dan unsur-unsur cukai
adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.
16. MATA WANG
Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM)
17. PEMBUNGKUSAN
(i) Barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia melainkan jika
mengikut norma perdagangan bekalan itu dieksport dengan tidak membungkus;
(ii) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan
belanja pembungkusan; dan
(iii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak
mencukupi atau cacat hendaklah diganti oleh penyebut harga.