LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENGUMUMAN
Tiada Pengumuman Setakat Ini
 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Jabatan Mufti Negeri
Nombor Rujukan
JMNPP/SH/01/2022
Klasifikasi Perolehan
BEKALAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
SEBUT HARGA MEMBEKAL DAN MENGGANTI KUBAH CERAPAN (DOME) ROBOTIK DI PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR, BALIK PULAU
Tarikh Iklan
12 - Apr - 2022
Tarikh Jual
12 - Apr - 2022
Tarikh Tutup
19 - Apr - 2022
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG
TINGKAT 48 KOMTAR,
10000 PULAU PINANG
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 0.00
Syarat-syarat
1. Syarikat hendaklah :-

a) Berdaftar dengan Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP) dan masih aktif.

b) Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang 060502 dan 060501 yang masih sah tempoh lakunya.

2. Dokumen Sebut Harga dan butiran lanjut boleh diperolehi melalui laman web Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (http://ep.penang.gov.my).

3. Lawatan tapak dan taklimat adalah diwajibkan pada 14 April 2022 (Khamis) di Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh, Balik Pulau pada jam 10.00 pagi. Pemilik syarikat / wakil (wakil syarikat mesti menyerahkan salinan Surat Perwakilan Kuasa). Pemilik syarikat/wakil syarikat adalah diwajibkan menghadiri lawatan tapak dan taklimat serta membawa cop syarikat serta menyerahkan salinan :-

a) Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

b) Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan

Pemilik / wakil syarikat mesti mendaftar kehadiran dan mematuhi SOP yang ditetapkan Kerajaan semasa lawatan dan taklimat tapak.

4. Sebut harga mestilah dimasukkan dalam satu sampul berlakri beserta sijil-sijil berkaitan yang ditanda :-

"SEBUT HARGA MEMBEKAL DAN MENGGANTI KUBAH CERAPAN (DOME)
ROBOTIK DI PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR, BALIK PULAU - JMNPP/SH/01/2022 dan MESTI dimasukkan ke dalam peti sebut harga :

''SEBUT HARGA MEMBEKAL DAN MENGGANTI KUBAH CERAPAN (DOME)
ROBOTIK DI PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR, BALIK PULAU - JMNPP/SH/01/2022 di :

JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG
TINGKAT 48 KOMTAR,
10000 PULAU PINANG

5. Tarikh tutup tawaran sebut harga adalah pada 19 April 2022 Jam 12.00 tengahari. Tawaran sebut harga yang lewat diterima sama ada secara pos atau serahan tangan TIDAK akan dipertimbangkan.

6. Penyebut harga dikehendaki mengemukakan SEMUA dokumen seperti yang diminta oleh pihak Urus setia di dalam dokumen sebut harga. Penyebut harga yang gagal mengemukakan kesemua dokumen-dokumen yang diminta, maka Urus setia mempunyai hak untuk tidak menilai tawaran Penyebut harga.

7. Jabatan tidak terikat untuk menerima sebut harga yang paling rendah harganya atau sebarang sebut harga serta memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran sebut harga.

8. Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.
 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
060502 KIMIA, BAHAN KIMIA DAN PERALATAN MAKMAL-PERALATAN MAKMAL(PERALATAN MAKMAL PENGUKURAN, PENCERAPAN DAN SUKAT)DAN
060501 KIMIA, BAHAN KIMIA DAN PERALATAN MAKMAL-PERALATAN MAKMAL(PERALATAN MAKMAL SERTA AKSESORI )
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
14 Apr 202210:00 amPusat Falak Sheikh Tahir
Pantai Acheh,
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
Pusat Falak Sheikh Tahir
Pantai Acheh,
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
WAJIB
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
14 Apr 202210:00 amPusat Falak Sheikh Tahir
Pantai Acheh,
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
 
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.