LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENGUMUMAN
Tiada Pengumuman Setakat Ini
 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Jabatan Mufti Negeri
Nombor Rujukan
JMNPP/SH/05/2021
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR, PANTAI ACHEH, BALIK PULAU BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN MULAI 1 JANUARI 2022 - 31 DISEMBER 2023
Tarikh Iklan
23 - Nov - 2021
Tarikh Jual
27 - Nov - 2021
Tarikh Tutup
02 - Dec - 2021
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG
TINGKAT 48, KOMTAR,
10000 PULAU PINANG.
Perolehan dibuka untuk
Bumiputera
Harga Dokumen
RM 0.00
Syarat-syarat
1. Syarikat hendaklah :-

a) Berdaftar dengan Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP) dan masih aktif.

b) Berdaftar di bawah Kod Bidang 220801 Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempoh lakunya.

2. Jabatan tidak terikat untuk menerima sebutharga yang paling rendah harganya atau sebarang sebutharga serta memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran sebut harga.

3. Lawatan tapak dan taklimat adalah diwajibkan pada 26 November 2021 (Jumaat) di Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh, Balik Pulau pada jam 10.00 pagi. Pemilik syarikat / wakil (serahkan salinan Surat Perwakilan Kuasa) diwajibkan menghadiri lawatan, membawa cop syarikat serta menyerahkan salinan :-

a) Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

b) Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan

c) Sijil Akuan Bumiputera dari Kementerian Kewangan

d) Sijil Pendaftaran Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Pemilik / wakil syarikat mesti mendaftar kehadiran dan mematuhi SOP yang ditetapkan Kerajaan semasa lawatan dan taklimat tapak.

4. Sila sertakan maklumat syarikat & senarai perkhidmatan kawalan keselamatan tahun semasa dan 5 tahun ke belakang (maklumat yang perlu disenaraikan : agensi, alamat agensi, tempoh kontrak, nilai kontrak & nama serta no. telefon pegawai agensi yang boleh dirujuk) - sila sertakan salinan surat tawaran & surat penghargaan jika ada.

5. Sebut harga mestilah dimasukkan dalam satu sampul berlakri beserta sijil-sijil berkaitan yang ditanda :-
"SEBUT HARGA PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR (1 JANUARI 2022 - 31 DISEMBER 2023) - JMNPP/SH/05/2021 ke dalam peti sebut harga ''SEBUT HARGA PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR (1 JANUARI 2022 - 31 DISEMBER 2023) - JMNPP/SH/05/2021''

6. Tawaran sebut harga yang lewat diterima sama ada secara pos atau serahan tangan TIDAK akan dipertimbangkan. Dokumen sebut harga boleh dimasukkan ke dalam peti sebut harga yang ditempatkan di Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, KOMTAR.

7. Penyebut harga dikehendaki mengemukakan SEMUA dokumen seperti yang diminta oleh pihak Urus setia di dalam dokumen sebut harga. Penyebut harga yang gagal mengemukakan kesemua dokumen-dokumen yang diminta, maka Urus setia mempunyai hak untuk tidak menilai tawaran Penyebut harga.

8. Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.
 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
220801 (Bumiputera)Perkhidmatan-Pertahanan dan Keselamatan(Kawalan Keselamatan (perlu lesen KDN))
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
26 Nov 202110:00 amPUSAT FALAK SHEIKH TAHIR
PANTAI ACHEH,
11010 BALIK PULAU,
PULAU PINANG.
PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR
PANTAI ACHEH,
11010 BALIK PULAU,
PULAU PINANG.
WAJIB
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
26 Nov 202110:00 amDEWAN SYARAHAN ULUGH BEGH
PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR
PANTAI ACHEH,
11010 BALIK PULAU,
PULAU PINANG.
 
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.