LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENAMBAHBAIKAN SISTEM sysP
Senarai Penambahbaikan & Fungsi Baharu
 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri
Nombor Rujukan
PSUKPP/tender/4/2009
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
Penjualan Tanah Bagi Pembangunan dan Pengurusan Pusat Perubatan Pakar Di Lot 305, 306, 313 dan 314, Jalan Zainal Abidin/ Lorong Selamat, Seksyen 16, Bandar Georgetown, Pulau Pinang
Tarikh Iklan
30 - Nov - -0001
Tarikh Jual
10 - Aug - 2009
Tarikh Tutup
10 - Dec - 2009
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Pejabat Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Tingkat 26, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), 10503 Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 100.00
Syarat-syarat
1. Kelayakan Memasuki Tender

1.1 Petender-petender tempatan dan antarabangsa yang berminat untuk menyertai tawaran ini perlu berpengalaman di dalam sebarang bidang perubatan dan pengurusan Pusat Perubatan Pakar.

1.2 Petender hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat tersebut apabila menyertai tender ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat akan menyebabkan tender tidak dipertimbangkan.

2. Dokumen Tender

2.1 Hanya Dokumen Tender yang dimuat turun melalui Sistem ePerolehan, Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang sahaja akan diterima. Salinan borang tidak diterima kecuali sebagai dokumen sokongan kepada Dokumen Tender.

3. Harga Tawaran

3.1 Harga tawaran adalah termasuk semua kos yang dinyatakan oleh petender di dalam Jadual Harga Tawaran.

3.2 Harga-harga yang ditawarkan dalam tender ini adalah tetap dan tidak boleh dipinda selepas tender ini ditutup. Tender ini sah selama 90 hari dari tarikh tutup tender. Petender tidak boleh menarik balik tendernya sebelum tamat tempoh sah tender.

4. Spesifikasi Tender

4.1 Petender adalah dinasihatkan membaca dengan teliti spesifikasi bagi pembelian tanah dan pelaksanaan kerja-kerja berkaitan pembangunan dan pengurusan Pusat Perubatan Pakar supaya tidak timbul masalah kesilapan dalam meletakkan harga tawaran. Spesifikasi berkaitan pembangunan dan pengurusan Pusat Perubatan Pakar adalah seperti yang dinyatakan di Lampiran F, Dokumen Tender.

5. Lawatan Tapak

5.1 Lawatan tapak adalah diwajibkan kepada semua petender yang berminat menyertai tender ini. Kehadiran petender atau wakil petender akan direkodkan. Kegagalan menghadiri lawatan tapak akan mengakibatkan tender petender ditolak. Tarikh lawatan tapak ialah pada 10 September 2009, jam 9.30 pagi. Dokumen tender hanya boleh dibeli selepas lawatan tapak dibuat dengan memuat turun dari Sistem ePerolehan.

6. Tempoh Sahlaku Tender

6.1 Tempoh sahlaku tender ini adalah selama 90 hari bermula daripada tarikh tender ditutup.

7. Setuju Terima Tender

7.1 Kerajaan Negeri tidak terikat untuk menerima tawaran harga pembelian tanah yang tertinggi atau mana-mana tender. Keputusan adalah muktamad dan Kerajaan Negeri tidak akan melayan sebarang surat rayuan daripada petender berhubung sebab-sebab tender mereka tidak berjaya.
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
10 Sep 20099:30 amLot 305, 306, 313 dan 314, Jalan Zainal Abidin/ Lorong Selamat, Seksyen 16, Bandar Georgetown, Pulau Pinang (Berhadapan Hotel Tune, Jalan Burmah)Lot 305, 306, 313 dan 314, Jalan Zainal Abidin/ Lorong Selamat, Seksyen 16, Bandar Georgetown, Pulau PinangWAJIB
 
 
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.