LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENAMBAHBAIKAN SISTEM sysP
Senarai Penambahbaikan & Fungsi Baharu
 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri
Nombor Rujukan
PSUKPP/18/2021
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN BAGI TAPAK GALERI WARISAN ARKEOLOGI GUAR KEPAH, DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
Tarikh Iklan
21 - Apr - 2021
Tarikh Jual
21 - Apr - 2021
Tarikh Tutup
05 - May - 2021
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Unit Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Paras 47, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 0.00
Syarat-syarat
1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 220801 : Perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang masih sah tempoh lakunya bagi menyertai sebut harga berikut:

No. Sebut Harga: PSUKPP/18/2021

Tajuk Sebut Harga: Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Bagi Tapak Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah, Daerah Seberang Perai Utara.

Tarikh Dibuka: 21 April 2021 (Rabu)

Tarikh Tutup: 05 Mei 2021 (Rabu)

2. Lawatan di tapak TIDAK DIWAJIBKAN. Syarikat digalakkan untuk mengadakan lawatan sendiri ke Tapak Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah dalam tempoh pelawaan sebutharga atau boleh menghubungi pegawai berkenaan untuk maklumat lanjut. Penjarakan fizikal, penggunaan hand sanitizer dan pemakaian facemask adalah diwajibkan sekiranya lawatan diadakan.

3. Syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai tawaran ini dikehendaki mendaftar dengan Sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang berkaitan. Hanya syarikat-syarikat yang telah mendaftar dengan Sistem e-Perolehan sahaja boleh mendapatkan borang Sebut Harga melalui laman web Sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di http://ep.penang.gov.my/ Borang hanya boleh di muat turun dari Sistem e-Perolehan setelah menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak.

4. Borang tawaran yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan wajib hendaklahdimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditandakan tajuk Sebut Harga di sebelah kanan atas sampul surat. Dokumen Sebut Harga tersebut mestilah sampai pada atau sebelum jam 12.00 tengahari pada 28 Mac 2019 (Khamis) dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti berikut:

PSUKPP/18/2021
Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI)
Paras 47, KOMTAR
10503 Pulau Pinang

Tawaran yang dikemukakan selepas masa dan tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

5. Bukti penghantaran tidak dianggap sebagai bukti penerimaan dan semua kos berkai-tan dengan penyediaan tawaran Sebut Harga di atas adalah menjadi tanggungjawab Penyebut Harga terbabit. CMI tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah, tertinggi atau sebarang tawaran. CMI berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.

6. Tempoh sah laku Sebut Harga adalah selama 90 hari dari tarikh Sebut Harga ditutup.
 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
220801 Perkhidmatan-Pertahanan dan Keselamatan(Kawalan Keselamatan (perlu lesen KDN))
 
 
 
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.