LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENAMBAHBAIKAN SISTEM sysP
Senarai Penambahbaikan & Fungsi Baharu
 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri
Nombor Rujukan
PSUKPP/16/2021
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN DI DEWAN SRI PINANG
Tarikh Iklan
19 - Apr - 2021
Tarikh Jual
19 - Apr - 2021
Tarikh Tutup
26 - Apr - 2021
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG, SEKSYEN PEROLEHAN, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, PARAS 30 KOMTAR, 10503 PULAU PINANG
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP) dan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang 221001 dan 221002 dalam bidang perkhidmatan dibenarkan menyertai sebut harga berikut :

“PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN DEWAN SRI PINANG ”

2. Syarikat-syarikat yang ingin untuk turut serta dalam sebut harga ini adalah TIDAK DIWAJIBKAN untuk menghadiri lawatan tapak. Sekiranya Kontraktor ingin mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan fizikal di tapak boleh menghubungi Pegawai berkenaan bagi tujuan penilaian sendiri. Amalan penjarakkan perlu diamalkan sebagai langkah kawalan pandemik COVID-19.

3. Syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai tawaran ini dikehendaki mendaftar dengan Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang berkaitan. Hanya syarikat-syarikat yang telah mendaftar dengan Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang boleh mendapatkan borang sebut harga melalui laman Portal Rasmi Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang.

4. Dokumen sebut harga boleh dibeli dengan harga RM10.00 secara atas talian (online) dan dimuat turun melalui Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP) mulai 19 April 2021 (Isnin).

5. Dokumen Sebut harga yang dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditandakan Nombor dan Tajuk Sebut harga di sebelah kanan atas sampul surat. Dokumen Sebut harga tersebut mestilah sampai sebelum atau pada 26 April 2021 (Isnin) jam 12.00 tengah hari dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Seksyen Perolehan, Paras 30, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang.

6. Bukti Penghantaran Tidak Dianggap Sebagai Bukti Penerimaan dan semua kos berkaitan dengan Tawaran Sebut Harga di atas adalah menjadi tanggungjawab kontraktor terbabit. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah, tertinggi atau sebarang tawaran. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau

menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.

7. Setiap tawaran harga adalah sah bagi tempoh 90 hari dari tarikh peti sebut harga ditutup. Iklan ini juga boleh diakses melalui laman web http://ep.penang.gov.my
 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
221001 Perkhidmatan-Khidmat Kebersihan Dan Rawatan(Pembersihan Bangunan dan Pejabat)DAN
221002 Perkhidmatan-Khidmat Kebersihan Dan Rawatan(Membersih Kawasan)
 
 
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 2 Dokumen Meja 2
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.