LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENAMBAHBAIKAN SISTEM sysP
Senarai Penambahbaikan & Fungsi Baharu
 

PEROLEHAN TENDER

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri
Nombor Rujukan
PSUKPP/TENDER/2/2021
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Tender
Tajuk
MEMBAIKPULIH, PINDAAN DAN TAMBAHAN KEPADA BANGUNAN PUSAT PENJAJA 1 TINGKAT SEDIA ADA (KOMPLEKS MUTIARA SELERA) JALAN TANJONG BUNGAH DI ATAS LOT1633, MUKIM 18, DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG UNTUK TETUAN PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG (CMI)
Tarikh Iklan
25 - May - 2021
Tarikh Jual
25 - May - 2021
Tarikh Tutup
06 - Jul - 2021
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
UNIT PERBADANAN KETUA MENTERI
PULAU PINANG
PARAS 47, KOMTAR
10503 PULAU PINANG
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 50.00
Syarat-syarat
1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kelayakan CIDB Kelas G5 dengan kelayakan B04. Syarikat tempatan (T1) yang 100% milik warganegara tempatan bagi menyertai Tender ini.

2. Lawatan tapak dan taklimat di tapak adalah tidak diwajibkan dan dimohon mengamalkan penjarakkan fizikal, penggunaan hand sanitizer dan pemakaian full mask semasa lawatan diadakan.

3. Syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai tawaran ini dikehendaki mendaftar dengan sistem e-Perolehan Jabatan Kewangan Negeri Pulau. Hanya syarikat-syarikat yang telah mendaftar dengan sistem e-Perolehan boleh mendapatkan borang Tender melalui laman web e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di http://ep.penang.gov.my/.

4. Dokumen tender boleh dibeli dengan harga RM50.00 secara online dan dimuat turun melalui Sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mulai 21 Mei 2021. Dokumen tender perlu dikepilkan bersama resit bayaran pembelian. Sila pastikan dokumen tender yang dimuat turun dicetak dengan lengkap dan mengandungi semua borang-borang yang perlu diisikan.

5. Borang tawaran yang telah lengkap diisi berserta profil syarikat dan maklumat pengalaman serta salinan sijil CIDB Kelas G5 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditandakan tajuk Tender disebelah kanan atas sampul surat. Dokumen Tender tersebut mestilah sampai pada atau sebelum jam 12.00 tengahari pada 6 Julai 2021 (Selasa) dan dimasukkan ke dalam Peti Tender PSUKPP/TENDER/2/2021 di Unit Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Paras 47, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang. Tawaran yang dikemukakan selepas masa dan tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

6. Syarikat-syarikat yang menyertai tender ini perlu juga menyediakan ‘Earnest Money’ yang berjumlah RM10,000.00 secara bank draft kepada Bendahari Negeri Pulau Pinang dan jumlah ini akan dikembalikan kepada pihak syarikat setelah pembida yang Berjaya menjelaskan bayaran Bon Pelaksanaan.

7. Bukti Penghantaran Tidak Dianggap Sebagai Bukti Penerimaan dan semua kos berkaitan dengan tawaran Tender di atas adalah menjadi tanggungjawab penender terbabit. Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah, tertinggi atau sebarang tawaran. CMI berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.


 
 
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 1 Dokumen Meja 1
Dokumen Meja 2 Dokumen Meja 2
Dokumen Meja 3Dokumen Meja 3
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.