|
|
|
HARI | WAKTU OPERASI |
Isnin - Khamis | 8.30 pagi hingga 1.00 petang |
| 2.00 petang hingga 4.30 petang |
Jumaat | 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari |
| 2.45 petang hingga 4.30 petang |
Sabtu, Ahad & Cuti Umum | Tutup |
|
|
PEROLEHAN SEBUTHARGA
|
Agensi Pelaksana |
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri |
Nombor Rujukan |
PSUKPP/10/2021 |
Klasifikasi Perolehan |
KERJA |
Jenis Perolehan |
Sebutharga |
Tajuk |
KERJA-KERJA MENGGANTIKAN KABINET DAPUR YANG ROSAK DAN LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DI 48 UNIT BLOK 68 PANGSAPURI MESRA, DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG |
Tarikh Iklan |
10 - Mar - 2021 |
Tarikh Jual |
10 - Mar - 2021 |
Tarikh Tutup |
17 - Mar - 2021 |
Masa Tutup |
12:00 pm |
Tempat hantar |
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang,
Seksyen Perolehan,
Paras 30, KOMTAR,
10503 Pulau Pinang |
Perolehan dibuka untuk |
Bumiputera |
Harga Dokumen |
RM 10.00 |
Syarat-syarat |
Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam bidang perkhidmatan di bawah kod bidang GRED G2, KATEGORI CE, PENGKHUSUSAN CE21 (Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam) yang masih sah tempoh lakunya bagi menyertai sebut harga berikut:-
''KERJA-KERJA MENGGANTIKAN KABINET DAPUR YANG ROSAK DAN LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DI 48 UNIT BLOK 68 PANGSAPURI MESRA, DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG''
2. Syarikat-syarikat yang ingin untuk turut serta dalam sebut harga ini adalah TIDAK DIWAJIBKAN untuk menghadiri lawatan tapak. Sekiranya Kontraktor ingin mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan fizikal di tapak boleh menghubungi Pegawai berkenaan bagi tujuan penilaian sendiri. Amalan penjarakkan perlu diamalkan sebagai langkah kawalan pandemik COVID-19.
3. Syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai tawaran ini dikehendaki mendaftar dengan Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam bidang berkaitan. Hanya syarikat-syarikat yang telah mendaftar dengan ePerolehan boleh mendapatkan borang sebut harga melalui laman Portal Rasmi Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang.
4. Borang tawaran yang telah lengkap diisi berserta profail syarikat dan maklumat pengalaman serta salinan sijil SPKK, CIDB dan STB dalam kod bidang yang berkaitan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditandakan Tajuk Sebut Harga disebelah kanan atas sampul surat. Dokumen sebut harga tersebut mestilah sampai pada atau sebelum jam 12.00 tengah hari pada 17 Mac 2021 dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga Bil. PSUKPP/10/2021 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Seksyen Perolehan, Paras 30, KOMTAR, Pulau Pinang. Tawaran yang dikemukakan selepas masa dan tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
5. Bukti Penghantaran Tidak Dianggap Sebagai Bukti Penerimaan dan semua kos berkaitan dengan Tawaran Sebut Harga di atas adalah menjadi tanggungjawab kontraktor terbabit. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah, tertinggi atau sebarang tawaran. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.
6. Setiap tawaran harga adalah sah bagi tempoh 90 hari dari tarikh peti sebut harga ditutup. Iklan ini juga boleh diakses melalui laman web http://ep.penang.gov.my |
|
|
Kod |
Keterangan |
Syarat |
G2 - CE - CE21 | Keupayaan tidak melebihi RM500,000.00 Pembinaan Kejuruteraan Awam(Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam) | |
|
|
Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.
|