LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENAMBAHBAIKAN SISTEM sysP
Senarai Penambahbaikan & Fungsi Baharu
 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri
Nombor Rujukan
PSUKPP/37/2020
Klasifikasi Perolehan
BEKALAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
MEMBEKAL, MENGUKUR, MENJAHIT DAN MENGHANTAR PAKAIAN SERAGAM BAGI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2021
Tarikh Iklan
15 - Jun - 2020
Tarikh Jual
15 - Jun - 2020
Tarikh Tutup
29 - Jun - 2020
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Dokumen sebut harga tersebut mestilah sampai sebelum @ pada 29 Jun 2020 (Isnin) jam 12.00 tengah hari dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Bahagian Khidmat Pengurusan, Paras 25, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 20.00
Syarat-syarat

LAMPIRAN C

ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

1. PERIHAL SEBUT HARGA

Sebut harga ini adalah bagi perkhidmatan “Membekal, Mengukur, Menjahit dan Menghantar Pakaian Seragam Bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2021”.

2. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/ MENOLAK SEBUT HARGA

Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah/ tertinggi atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.

3. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA

Penyediaan Sebut Harga

3.1 Penyebut harga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat dalam dokumen sebut harga serta menyemak kandungan dokumen sebut harga dengan teliti sebelum mengisi borang-borang sebut harga. Satu resit pembelian sebut harga hanya dibenarkan bagi satu dokumen sebut harga sahaja dan setiap syarikat yang menyertai hanya boleh mengemukakan satu dokumen sebut harga dengan satu tawaran harga sahaja. Sekiranya terdapat lebih daripada satu dokumen sebut harga dikemukakan maka hanya dokumen yang terawal dibuka oleh Jawatankuasa Pembuka Peti Sebut Harga diterima untuk penilaian selanjutnya. Penyebut Harga diminta mengemukakan hanya satu tawaran harga sebut harga sahaja.

3.2. Borang sebut harga hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas mengikut ruangan-ruangan yang disediakan. Borang-borang tersebut hendaklah seboleh-bolehnya ditaip. Jika ditulis tangan, tulisan hendaklah jelas dan boleh dibaca.

3.3. Penyebut harga perlu mengemukakan contoh kain (jenama dan warna) yang akan ditawarkan bersama-sama dengan dokumen sebut harga.

4. BORANG MAKLUMAT DIRI PEMILIK SYARIKAT (LAMPIRAN F)

Penyebut Harga adalah dikehendaki mengisi dan menandatangani borang ini. Sekiranya borang ini tidak diisi dan ditandatangani oleh pemilik syarikat, tawaran penyebut harga menjadi tidak sah dan dengan sendirinya tertolak.



5. LAMPIRAN Q (LAMPIRAN H)

Borang ini perlu ditandatangani dan dicop oleh pemilik syarikat sebagai penyebut harga. Borang yang tidak bertandatangan atau tidak ditandatangani oleh pemilik syarikat atau tidak bercop adalah tidak sah dan akan ditolak.


6. PEMBETULAN DAN PINDAAN KESILAPAN

6.1 Semua pembetulan/pindaan ke atas kesilapan-kesilapan yang dibuat terutamanya dalam Jadual Harga hendaklah ditandatangani ringkas oleh orang yang menandatangani dokumen sebut harga serta dicopkan dengan cop penyebut harga (syarikat). Tandatangan ringkas ini hendaklah dibuat setentang dengan kesilapan yang dibetulkan/dipinda. Pembetulan/pindaan hendaklah dibuat dengan jelas supaya mudah dibaca.

6.1.9 Penyata Akaun Bank terkini Syarikat (3 bulan berturut-turut) bagi bulan Mac 2020, April 2020 dan Mei 2020.

6.1.10 Salinan profail syarikat yang lengkap yang menunjukkan pengalaman, jumlah pekerja dan kepakaran berkaitan dengan tawaran sebut harga.

6.1.11 Contoh pakaian/kain dengan jenama dan warna yang ditawarkan oleh Penyebut harga

7. PENYERAHAN DOKUMEN SEBUT HARGA

7.1 Dokumen sebut harga yang telah di isi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan yang dicatatkan dengan bilangan sebut harga Bil PSUKPP/37/2020 serta tajuk sebut harga dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam Notis Sebut Harga. Bahagian atas sampul surat dilengkapkan dengan butir-butir berikut :-

Bil Sebut Harga : Bil PSUKPP/37/2020

Tajuk Sebut Harga : Membekal,Mengukur, Menjahit dan Menghantar Pakaian Seragam Bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang TAHUN 2021

Alamat : Y.B. Setiausaha Kerajaan Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri
Bahagian Khidmat Pengurusan
Paras 25, KOMTAR
10503 PULAU PINANG

8.2 Jika Dokumen Sebut Harga tidak diserahkan dengan tangan, Penyebut Harga hendaklah menghantar Dokumen tersebut dengan pos supaya tiba pada atau sebelum masa dan di tempat yang ditetapkan

8.3 Sebut harga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit dari sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan.

9. PENJELASAN LANJUT

Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga yang tidak jelas atau bercanggah, Penyebut Harga boleh menghubungi Pegawai Inden untuk penjelasan lanjut.


10. PERINGATAN MENGENAI RASUAH

Selaras dengan usaha kerajaan untuk mencegah dan membendung perlakuan rasuah, berikut disenaraikan peringatan mengenai kesalahan rasuah :

10.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

10.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota perkhidmatan awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

10.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

10.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).


11. PELAKSANAAN INTEGRITI PACT

11.1 Kesemua penyebut harga yang menghantar dokumen sebut harga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. PTJ hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida juga dijadikan sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran penyebut harga adalah seperti di Lampiran J. Surat Akuan Pembida dan Surat Perwakilan Kuasa adalah dokumen wajib yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran penyebut harga.

11.2 Penyebut harga yang berjaya menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Format Surat Akuan Pembida Berjaya adalah seperti di Lampiran K. PTJ hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida Berjaya juga dijadikan sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan bersama Surat Setuju Terima/Pesanan Tempatan.


12. TEMPOH SAH SEBUT HARGA

Sebut harga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga. Penyebut harga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga. Tindakan akan diambil sekiranya penyebut harga menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga.















 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
020801 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK-PAKAIAN DAN KELENGKAPAN(PAKAIAN)DAN
020804 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK-PAKAIAN DAN KELENGKAPAN(PAKAIAN KESELAMATAN, KELENGKAPAN DAN AKSESORI)DAN
222401 Perkhidmatan-Perkhidmatan Menjahit Dan Baik Pulih(Menjahit Pakaian Dan Kelengkapan)
 
 
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 1 Dokumen Meja 1
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.