LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENAMBAHBAIKAN SISTEM sysP
Senarai Penambahbaikan & Fungsi Baharu
 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri
Nombor Rujukan
PSUKPP BIL.38/2018
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
PERKHIDMATAN MENGAMBIL GAMBAR PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2018
Tarikh Iklan
7 - Jun - 2018
Tarikh Jual
7 - Jun - 2018
Tarikh Tutup
20 - Jun - 2018
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI, PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG, PARAS 49, KOMTAR,PULAU PINANG
Perolehan dibuka untuk
Bumiputera
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
1. Tawaran hanya dibuka kepada syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang seperti berikut:

221302 - Rakaman, atau
221303 - Fotografi

2. Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan yang masih sah tempoh lakunya hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan Borang Tawaran Sebut Harga – Lampiran D.

3. Berdaftar dengan e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

4. Satu salinan profil syarikat yang lengkap yang menunjukkan pengalaman dalam kerja-kerja yang ditawarkan dan jumlah pekerja serta penyata bank tiga bulan terkini hendaklah dikemukakan bersama Tawaran Sebut Harga – Lampiran D.

5. Arahan Pengiriman:

* Tawaran Sebut Harga hendaklah dihantar dengan tangan dan dimasukkan ke dalam peti Sebut Harga PSUKPP 38/2018 di Bahagian Dewan Undangan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Paras 49,KOMTAR, 10503 Pulau Pinang pada 27 Jun 2018 sebelum jam 12.00 tengah hari. Tawaran yang lewat tidak akan dipertimbangkan. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak terikat menerima tawaran Sebut Harga yang terendah atau mana-mana tawaran.

6. Tempoh sah tawaran

* Sah selama 90 hari.

7. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUT HARGA

Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima Sebut Harga yang terendah/tertinggi atau mana-mana Sebut Harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu Sebut Harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.

8. BAYARAN

Bayaran bagi setiap keping gambar yang diambil dan diproses akan dicajkan kepada penerima-penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Pulau Pinang berdasarkan kepada harga tawaran yang telah dipersetujui. Urusan tempahan dan bayaran adalah di antara pembekal yang berjaya dengan penerima berkenaan.


9. SUMBANGAN

Pembekal perlu menawarkan bayaran sumbangan kepada Kerajaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh hari pertama Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan pingat Kehormatan Negeri Tahun 2018 sebagai pulangan hasil atas penggunaan ruang dewan dan utiliti yang disediakan.


10. DEPOSIT

Deposit sebanyak RM 10,000.00 akan dikenakan kepada pembekal yang berjaya membida sebut harga. Wang deposit tersebut akan dikembalikan tidak lewat daripada 18 Oktober 2018 iaitu 3 hari selepas tempahan disempurnakan. Wang deposit tidak akan dikembalikan sekiranya pembekal tidak menyempurnakan tempahan dalam tempoh yang ditetapkan.


11. PENYEMPURNAAN PERKHIDMATAN

Cetakan dan edaran gambar perlu disempurnakan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas dari tarikh hari pertama Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan pingat Kehormatan Negeri Tahun 2018 iaitu pada 14 Julai 2018 sehingga 14 Oktober 2018.


12. PENJELASAN LANJUT

Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga yang tidak jelas atau bercanggah, Kontraktor boleh menghubungi Pegawai Inden untuk penjelasan lanjut.


13. PERINGATAN MENGENAI RASUAH

Selaras dengan usaha kerajaan untuk mencegah dan membendung perlakuan rasuah, berikut disenaraikan peringatan mengenai kesalahan rasuah;

13.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa - apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana - mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

13.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana - mana anggota perkhidmatan awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke Pejabat Badan Pencegah Rasuah atau Balai Polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

13.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraikan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

13.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana - mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).


14. PELAKSANAAN INTEGRITI PACT


14.1 Kesemua penyebut harga yang menghantar dokumen Sebut Harga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. PTJ hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida juga dijadikan sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran penyebut harga. Surat Akuan Pembida dan Surat Perwakilan Kuasa adalah dokumen wajib yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran penyebut harga.


14.2 Penyebut harga yang berjaya hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya dan berikrar bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Format Surat Akuan Pembida Berjaya adalah seperti di Lampiran F. PTJ hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida Berjaya juga dijadikan sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan bersama Surat Setuju Terima/Pesanan Tempatan.
 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
221302 (Bumiputera)Perkhidmatan-Kesenian, Hiburan Dan Pelancongan(Rakaman)DAN
221303 (Bumiputera)Perkhidmatan-Kesenian, Hiburan Dan Pelancongan(Fotografi)
 
 
 
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.