LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENAMBAHBAIKAN SISTEM sysP
Senarai Penambahbaikan & Fungsi Baharu
 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri
Nombor Rujukan
PSUKPP/60/2017
Klasifikasi Perolehan
BEKALAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
MEMBEKAL DAN MEMASANG ALAT TAMAN PERMAINAN KANAKKANAK BAGI KEGUNAAN KUARTERS KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG DI DAERAH TIMUR LAUT
Tarikh Iklan
14 - Aug - 2017
Tarikh Jual
14 - Aug - 2017
Tarikh Tutup
21 - Aug - 2017
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, TINGKAT 25, KOMTAR
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUT HARGA
Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah, tertinggi atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.

2. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA

2.1 Penyediaan Sebut Harga
Pemilik Syarikat adalah dikehendaki mengisi dengan dakwat hitam
dengan jelas segala maklumat berikut dengan sepenuhnya:-
(a) Harga dan tandatangan pemilik syarikat di Ringkasan Sebut
Harga,
(b) Harga, tempoh dan tandatangan dalam Borang Sebut Harga,
(c) Senarai Kerja Dalam Tangan,
(d) Jadual Kadar Harga (jika ada),
(f) Mengemukakan salinan penyata kewangan dari bank yang diiktiraf di
Malaysia dari MEI 2017, JUN 2017 dan JULAI 2017
(e) Butir-butir Spesifikasi (jika ada).
Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas, pemilik
syarikat hendaklah menandatangani ringkas semua pindaan yang
dilakukan.

2.2 Penyerahan Dokumen Sebut Harga
(a) Dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah
dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan
dengan bilangan sebut harga Bil. PSUKPP/60/2017 serta tajuk
sebut harga dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga
pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam Notis Sebut Harga.
(b) Jika Dokumen Sebut Harga tidak diserahkan dengan tangan,
Penyebut Harga hendaklah menghantar Dokumen tersebut dengan
pos supaya tiba pada atau sebelum masa dan di tempat yang
ditetapkan.
(c) Sebut harga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan,
berbangkit dari sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan.

2.3 Penjelasan Lanjut
Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga yang tidak
jelas atau bercanggah, pemilik syarikat boleh menghubungi Urus Setia
untuk penjelasan lanjut.

3. BAYARAN DOKUMEN SEBUT HARGA *
Dokumen Sebut Harga ini dijual dengan harga RM10.00 (Ringgit Malaysia:
Sepuluh sahaja).

4. PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUT HARGA
Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah ditanggung oleh Penyebut Harga sendiri.

5. PERINGATAN MENGENAI RASUAH

Selaras dengan usaha kerajaan untuk mencegah dan membendung perlakuan
rasuah, berikut disenaraikan peringatan mengenai kesalahan rasuah :
5.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau
memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada
dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu
kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 (Akta 694).

5.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan
kepada mana-mana anggota perkhidmatan awam, maka pihak yang
ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera
ke pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran.
Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di
bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694).

5.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan
rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009
(Akta 694).

5.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran
berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan
dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan
diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan
tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694).

6. PELAKSANAAN INTEGRITI PACT

6.1 Kesemua penyebut harga yang menghantar dokumen sebut harga
hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan
menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan
kontrak. PTJ hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida juga dijadikan
sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran
penyebut harga adalah seperti di Lampiran I. Surat Akuan Pembida
adalah dokumen wajib yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran
penyebut harga.

6.2 Penyebut harga yang berjaya menandatangani Surat Akuan Pembida
Berjaya bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Format Surat Akuan Pembida Berjaya adalah
seperti di Lampiran J. PTJ hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida
Berjaya juga dijadikan sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan
bersama Surat Setuju Terima/Pesanan Tempatan.

5. TEMPOH SAH SEBUT HARGA
Sebut harga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga. Penyebut harga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga. Tindakan akan diambil sekiranya penyebut harga menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga.
 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
030501 SUKAN REKREASI DAN ALAT MUZIK (PERALATAN, BEKALAN DAN AKSESORI SUKAN DAN REKREASI)-PERALATAN SUKAN PADANG, GELANGGANG, REKRIASI, TAMAN PERMAINAN, KECERGASAN DAN SUKAN AIR(PERALATAN SUKAN)
 
 
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 2 Dokumen Meja 2
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.