LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENAMBAHBAIKAN SISTEM sysP
Senarai Penambahbaikan & Fungsi Baharu
 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri
Nombor Rujukan
CMI
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
Dokumen Permohonan Bagi Mengusahakan Tanah Milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) Bagi Tujuan Pertanian
Tarikh Iklan
11 - Apr - 2017
Tarikh Jual
11 - Apr - 2017
Tarikh Tutup
24 - Apr - 2017
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI)
Tingkat 47, KOMTAR
10503, Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 0.00
Syarat-syarat
1. Individu / orang perseorangan yang terdiri daripada anak kelahiran Negeri Pulau Pinang dan pengundi berdaftar di Negeri Pulau Pinang yang berumur antara21 hingga 40 tahun atau syarikat adalah dipelawa untuk mengemukakan Dokumen Permohonan ini. Projek ini adalah bertujuan untuk menggalak penyertaan generasi muda dalam bidang pertanian selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam membangunkan Usahawan Tani Muda.

2. Dokumen Permohonan haruslah mengandungi maklumat seperti berikut :

(i) Cadangan Tanaman / Jenis Tanaman yang akan diusahakan ;
(ii) Cadangan Pemasaran ;
(iii) Profail Syarikat (Syarikat mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ;
(iv) Sekiranya individu / orang perseorangan hendaklah mengemukakan Pengesahan Daftar Mengundi
(v) Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi Tiga (3) Tahun Terakhir / Akaun yang telah diaudit bagi syarikat ; dan
(vi) Senarai Kakitangan / Pekerja

3. Dokumen lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul bertutup yang ditulis di bahagian sudut atas kanan Dokumen Permohonan Mengusahakan Tanah Milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Di Lot 398 Dan Lot 411, Mukim 19, Jalan Penanti Ara Kuda, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, Malaysia. Cadangan lengkap tersebut hendaklah dihantar sebelum 12.00 tengah hari pada 24 April 2017 kepada :

Sekretariat,
Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI),
Tingkat 47, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang
MALAYSIA

4. Maklumat lanjut berkaitan projek ini juga boleh diperolehi daripada pegawai seperti berikut :

Encik Shahbani Bin Ismail
Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang
04-5372144

atau

Cik Nur Amalina Binti Shaik Abdul Rahman
Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang
04-6505709

5. Dokumen yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SSI) tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran.
 
 
 
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.