LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENAMBAHBAIKAN SISTEM sysP
Senarai Penambahbaikan & Fungsi Baharu
 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri
Nombor Rujukan
PSUKPP/11/2017
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
PERKHIDMATAN MEMBEKAL DAN MENYELENGGARA PERALATAN HYGIENIC/KEBERSIHAN DAN PERSEKITARAN UNTUK PEJABAT KETUA MENTERI, PEJABAT EXCO DAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN, KOMTAR PULAU PINANG
Tarikh Iklan
23 - Mar - 2017
Tarikh Jual
23 - Mar - 2017
Tarikh Tutup
06 - Apr - 2017
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Bahagian Khidmat Pengurusan, Paras 25, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang.
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

1. PERIHAL SEBUT HARGA
Sebut harga ini adalah “P erkhidmatan Membekal dan Menyelenggara Peralatan Hygienic/Kebersihan Persekitaran Untuk Kegunaan Pejabat Ketua Menteri, Pejabat EXCO dan Pejabat Setiausaha Kerajaan, KOMTAR Pulau Pinang BagiTahun 2017/2018”

2. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA / MENOLAK SEBUT HARGA
Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah/tertinggi atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad. Kerajaan boleh menerima tawaran harga secara keseluruhan bilangan item atau sebahagian bilangan item yang ditawarkan oleh Penyebut Harga.

3. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA

Penyediaan Sebut Harga
3.1 Penyebut harga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat dalam dokumen sebut harga serta menyemak kandungan dokumen sebut harga dengan teliti sebelum mengisi borang-borang sebut harga. Satu resit pembelian sebut harga hanya dibenarkan bagi
satu dokumen sebut harga sahaja dan setiap syarikat yang menyertai
hanya boleh mengemukakan satu dokumen sebut harga sahaja. Sekiranya terdapat lebih daripada s a t u dokumen s e bu t ha r g a
dikemukakan maka hanya dokumen yang terawal dibuka oleh Jawatankuasa Pembuka Peti Se b u t Ha r g a diterima untuk penilaian
selanjutnya.
3.2. Borang sebut harga hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas mengikut ruangan-ruangan yang disediakan. Borang-borang tersebut hendaklah seboleh-bolehnya ditaip. Jika ditulis tangan, tulisan hendaklah jelas dan boleh dibaca.

4. BORANG MAKLUMAT DIRI PEMILIK SYARIKAT (LAMPIRAN G)
Penyebut Harga adalah dikehendaki mengisi dan menandatangani borang ini. Sekiranya borang ini tidak diisi dan ditandatangani tawaran penyebut harga menjadi tidak sah dan dengan sendirinya tertolak.

5. BORANG SEBUT HARGA LAMPIRAN Q (LAMPIRAN I)
Borang ini perlu ditandatangani dan dicop oleh pemilik syarikat sebagai
penyebut harga. Borang yang tidak bertandatangan oleh pemilik syarikat atau tidak bercop adalah tidak sah dan akan ditolak.

6. PEMBETULAN DAN PINDAAN KESILAPAN

6.1 Semua pembetulan/pindaan ke atas kesilapan-kesilapan yang dibuat terutamanya dalam Jadual Harga hendaklah ditandatangani ringkas oleh orang yang menandatangani dokumen sebut harga serta dicopkan dengan cop penyebut harga (syarikat). Tandatangan ringkas ini hendaklah dibuat setentang dengan kesilapan yang dibetulkan/dipinda. Pembetulan/pindaan hendaklah dibuat dengan jelas supaya mudah dibaca.

7. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

7.1 Penyebut Harga adalah dikehendaki mengembalikan dokumen sebut
harga yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh
pemilik syarikat. Senarai dokumen perlu dikembalikan iaitu :

7.1.1 Borang Maklumat Diri Pemilik Syarikat (LAMPIRAN G)
7.1.2 Kedudukan Kewangan Pemilik Syarikat (LAMPIRAN H)
7.1.3 Borang Sebut Harga Lampiran Q (LAMPIRAN I)
7.1.4 Borang Asas Perkiraan Harga (LAMPIRAN J)
7.1.5 Senarai Perkhidmatan Yang Sedang Dilaksanakan (LAMPIRAN K)
7.1.6 Surat Akaun Pembida (LAMPIRAN L)
(SPP bertarikh 16 Disember 2010)
7.1.7 Salinan fotostat resit pembelian dokumen Sebut Harga dari sysP.
7.1.8 Salinan Sijil Kementerian Kewangan dan Sijil Pendaftaran Syarikat
yang masih sah tempoh lakunya.
7.1.9 Penyata Akaun Bank terkini Syarikat (3 bulan berturut-turut) bagi
bulan Disember 2016, Januari 2017 dan Februari 2017.
7.1.10 Salinan profail syarikat yang lengkap yang menunjukkan
pengalaman dan kepakaran berkaitan dengan tawaran sebut
harga.
7.1.11 Sampel Setiap Item Yang Akan Ditawarkan. [Kemukakan
salinan sampel gambar berwarna] dan [Kemukakan
sampel dalam kotak berasingan].
7.1.12 Bukti Pendaftaran GST/CBP daripada Jabatan Kastam DiRaja
Malaysia (jika berkaitan).
7.1.13 Brosur / Risalah berkaitan produk (Jika Berkaitan)
 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
020402 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK-PERALATAN DAN PERKAKAS DOMESTIK(PERKAKASAN DAN BAHAN KEBERSIHAN DIRI DAN MANDIAN, KELENGKAPAN BILIK AIR DAN AKSESORI)
 
 
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 2 Dokumen Meja 2
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.