![](img/ep_banner.jpg) |
|
|
HARI | WAKTU OPERASI |
Isnin - Khamis | 8.30 pagi hingga 1.00 petang |
| 2.00 petang hingga 4.30 petang |
Jumaat | 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari |
| 2.45 petang hingga 4.30 petang |
Sabtu, Ahad & Cuti Umum | Tutup |
|
|
PEROLEHAN TENDER
|
Agensi Pelaksana |
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri |
Nombor Rujukan |
PSUKPP/TENDER/9/2016 |
Klasifikasi Perolehan |
PERKHIDMATAN |
Jenis Perolehan |
Tender |
Tajuk |
TENDER PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN
DI MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG |
Tarikh Iklan |
15 - Sep - 2016 |
Tarikh Jual |
28 - Sep - 2016 |
Tarikh Tutup |
24 - Oct - 2016 |
Masa Tutup |
12:00 pm |
Tempat hantar |
Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Paras 25, KOMTAR, Pulau Pinang |
Perolehan dibuka untuk |
Semua |
Harga Dokumen |
RM 50.00 |
Syarat-syarat |
Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP) dan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 220801 (KAWALAN KESELAMATAN) dalam bidang perkhidmatan dibenarkan bagi menyertai tender berikut:-
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG
2. Syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai tawaran ini dikehendaki mendaftar dengan Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang berkaitan. Hanya syarikat-syarikat yang telah mendaftar dengan Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang boleh mendapatkan borang tender melalui laman Portal Rasmi Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang.
3. Syarikat-syarikat yang ingin untuk turut serta dalam tender ini adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri sesi Taklimat dan Lawatan Tapak yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh: 27 September 2016
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Cemerlang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Kehadiran : Pemilik Syarikat (Wakil Tidak Dibenarkan)
Dokumen : Sila bawa bersama sijil asal dan salinan SSM dan wajib KKM yang masih sah tempoh.
4. Dokumen tender boleh dibeli dengan harga RM50.00 secara online dan dimuat turun melalui Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang mulai 28 September 2016.
5. Dokumen tawaran tender yang telah lengkap diisi, berserta dokumen wajib ( Lampiran B ) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditandakan Tajuk Tender disebelah kanan atas sampul surat. Dokumen tender tersebut mestilah sampai pada atau sebelum jam 12.00 tengah hari pada 24 Oktober 2016 dan dimasukkan ke dalam Peti Tender PSUKPP/TENDER/9/2016 di Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Paras 25, KOMTAR, Pulau Pinang. Tawaran yang dikemukakan selepas masa dan tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
6. Bukti Penghantaran Tidak Dianggap Sebagai Bukti Penerimaan dan semua kos berkaitan dengan Tawaran Tender di atas adalah menjadi tanggungjawab kontraktor terbabit.
7.Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah, tertinggi atau sebarang tawaran. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut. |
|
Kod |
Keterangan |
Syarat |
220801 | Perkhidmatan-Pertahanan dan Keselamatan(Kawalan Keselamatan (perlu lesen KDN)) | |
|
Tarikh |
Masa |
Tempat Berkumpul |
Tempat Lawatan |
Kehadiran |
27 Sep 2016 | 10:00 am | Bilik Cemerlang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang | Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang | WAJIB |
|
Tarikh |
Masa |
Tempat Lawatan |
|
27 Sep 2016 | 10:00 am | Bilik Cemerlang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang |
|
|
Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.
|