LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENAMBAHBAIKAN SISTEM sysP
Senarai Penambahbaikan & Fungsi Baharu
 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri
Nombor Rujukan
PSUKPP /42/2016
Klasifikasi Perolehan
BEKALAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
SEBUTHARGA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN
Tarikh Iklan
1 - Jun - 2016
Tarikh Jual
1 - Jun - 2016
Tarikh Tutup
22 - Jun - 2016
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
BAHAGIAN PENGURUSAN DAN KEWANGAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG PARAS 25 KOMTAR
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA


1.0 Hak Kerajaan Untuk Menerima/Menolak Sebutharga

Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima Sebutharga yang terendah atau mana-mana Sebutharga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu Sebutharga. Keputusan Jawatankuasa Sebutharga adalah muktamad

2.0 Cara-Cara Melengkapkan Dokumen Sebutharga

2.1 Penyediaan Sebutharga

Penyebutharga adalah diwajibkan mengisi segala maklumat berikut dengan sepenuhnya oleh ;

Pemilik Syarikat;

a) Tawaran sebutharga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebutharga Pelupusan Aset Alih Kerajaan (KEW-PA25) yang boleh diperolehi di laman web Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (sysP) sahaja

b) Taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Wakil syarikat tidak dibenarkan untuk menghadiri taklimat sebutharga. Sila bawa bersama cop Syarikat semasa lawatan tapak berkenaan.Kenderaan boleh dilihat pada 8 JUN 2016 (Selasa) di antara 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari di Depo Simpanan Kenderaan Kerajaan, bersebelahan 40 Lebuhraya Peel 10350 Pulau Pinang. *Sila bawa cop syarikat semasa sesi taklimat tapak.

c) Makluman kemampuan kewangan dalam bentuk penyata akaun bank untuk 3 bulan yang ditetapkan iaitu Januari 2016,Februari 2016 dan Mac 2016.

d) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dari Kementerian Malaysia.

e) Penyebutharga adalah dikehendaki menyertakan deposit sebutharga sebanyak 10% daripada harga tawaran bagi setiap aset atau RM 5,000.00 mengikut mana yang terendah. Deposit sebutharga hendaklah dalam bentuk kiriman wang/wang pos/ draf bank atau Cashiers Order sahaja atas nama Bendahari Negeri Pulau Pinang.Tertakluk kepada harga simpanan.


Individu ;

f) Taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan.

g) Tawaran sebutharga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebutharga Pelupusan Aset Alih Kerajaan (KEW-PA25) yang boleh diperolehi di alamat:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan
Paras 25,Komtar,10503 Pulau Pinang.
h) Tempoh penjualan Borang sebutharga adalah daripada 9 Jun 2016 sehingga 15 Jun 2016. Dokumen tidak akan dijual selepas tempoh ini.

i) Penyebutharga adalah dikehendaki menyertakan deposit sebutharga sebanyak 10% daripada harga tawaran bagi setiap aset atau RM 5,000.00 mengikut mana yang terendah. Deposit sebutharga hendaklah dalam bentuk kiriman wang/wang pos/ draf bank atau Cashiers Order sahaja atas nama Bendahari Negeri Pulau Pinang.Tertakluk kepada harga simpanan.

Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas, Penyebutharga hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan.

2.2 ‘Integrity Pact’

a) Penyebutharga wajib mengemukakan Surat Akuan Pembida seperti di Lampiran G di mana ia berwaad untuk tidak menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu lain sebagi sogokan untuk dipilih dalam tawaran ini. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida ini hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak Syarikat.

b) Surat Akuan Pembida tersebut adalah menjadi salah satu dokumen wajib dalam penilaian sebutharga peringkat pertama. Sekiranya pembida gagal mengemukakan Surat Akuan tersebut yang telah ditandatangani oleh pegawai Syarikat yang bertauliah, pembida tersebut akan dinilai sebagai gagal dalam penilaian peringkat pertama (gagal mengemukakan dokumen wajib) dan penilaian seterusnya tidak akan dilaksanakan.

c) Kontraktor yang berjaya wajib mengemukakan Surat Akuan Pembida Berjaya seperti di Lampiran H beserta dengan Borang Perjanjian Inden Kerja yang telah ditandatangani di mana ia berwaad tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida ini hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak Syarikat. Suart Akuan ini akan menjadi sebahagian daripada Perjanjian Sebutharga.


2.3 Penyerahan Dokumen Sebutharga

a) Dokumen Sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan bilangan Sebutharga PSUKPP/42/2016 serta tajuk Sebutharga dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam Kenyataan Sebutharga.

b) Jika Dokumen Sebutharga tidak diserahkan dengan tangan, Kontraktor hendaklah menghantar Dokumen tersebut dengan pos supaya tiba pada atau sebelum masa dan di tempat yang ditetapkan.

c) Sebutharga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan atas sebab apa sekalipun, tidak akan dipertimbangkan.


2.4 Penjelasan Lanjut

Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebutharga yang tidak jelas atau bercanggah, Penyebutharga boleh menghubungi Puan Fazilah Binti Karim Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan Paras 25,Komtar Pulau Pinang di talian 046505125 untuk penjelasan lanjut.

3.0 Perbelanjaan Penyediaan Sebutharga

Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebutharga ini hendaklah ditanggung oleh Penyebutharga sendiri.


4.0 Tempoh Sah Sebutharga

Sebutharga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup Sebutharga. Penyebutharga tidak boleh menarik balik sebutharganya sebelum tamat tempoh sah. Pengesyoran tindakan tatatertib akan diambil sekiranya Penyebutharga menarik balik sebutharganya sebelum tamat tempoh sebutharga.


5.0 Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah

Semua penyebutharga adalah diingatkan supaya tidak terlibat dalam aktiviti jenayah rasuah berkaitan dengan perolehan ini. Sehubungan dengan itu, para penyebutharga diberi peringatan berikut:

a) Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

b) Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau member apa-apa suapan kepada mana-mana anggota perkhidmatan awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat adua dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

c) Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

d) Mana-mana kontraktor yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
08 Jun 20169:00 amKenderaan boleh dilihat pada 8 hb Jun 2016 Rabu diantara jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Depo Simpanan Kenderaan Kerajaan, bersebelahan 40 Lebuhraya Peel,10350 Pulau Pinang. Pegawai yang bolDepo Simpanan Kenderaan Kerajaan, bersebelahan 40 Lebuhraya Peel,10350 Pulau Pinang.WAJIB
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
08 Jun 20169:00 amDepo Simpanan Kenderaan Kerajaan, bersebelahan 40 Lebuhraya Peel,10350 Pulau Pinang.
9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 1 Dokumen Meja 1
Dokumen Meja 2 Dokumen Meja 2
Dokumen Meja 3Dokumen Meja 3
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.