LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENAMBAHBAIKAN SISTEM sysP
Senarai Penambahbaikan & Fungsi Baharu
 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
PDT Daerah Seberang Perai Utara
Nombor Rujukan
PDTSPU/PD/100/15/4/1-2/2020
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG UNTUK TEMPOH DUA(2) TAHUN
Tarikh Iklan
18 - Jun - 2020
Tarikh Jual
18 - Jun - 2020
Tarikh Tutup
25 - Jun - 2020
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
BAHAGIAN PENGURUSAN DAERAH, PEJABAT DAERAH DAN TANAH, SEBERANG PERAI UTARA
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
1. Tawaran ini adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal
berkelayakan yang berdaftar dengan Sistem Perolehan Negeri
Pulau Pinang (sysP) dan Kementerian Kewangan Malaysia serta
masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja
berikut.

2. Maklumat sebut harga serta kelayakan asas pembekal adalah
seperti berikut:

2.1 Perkhidmatan Pembersihan Bangunan Pejabat Daerah dan
Tanah Seberang Perai Utara 13200 Kepala Batas, Pulau
Pinang mulai 01 Ogos 2020 hingga 31 Julai 2022 (2 Tahun).

Kod Bidang Kementerian Kewangan: 221001 (Pembersihan
Bangunan)

3. Penyebut Harga hendaklah memuat naik dokumen-dokumen
berikut :
a) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat daripada Kementerian
Kewangan / Sijil Virtual yang lengkap menyatakan Kod
Bidang berkaitan;
b) Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera dari Kementerian
Kewangan.

4. Lawatan tapak tidak akan diadakan, walau bagaimanapun
penyebut harga boleh melihat sendiri kawasan atau tapak
berkaitan. Dokumen Sebut Harga yang dilengkapkan hendaklah
dimasukkan ke dalam Sampul Surat yang berlakri serta bertanda
dengan nombor dan tajuk sebut harga. Dokumen sebut harga
yang dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut
Harga yang dikhaskan di tempat dan sebelum waktu yang
ditetapkan seperti di atas.

5. Bukti penghantaran tidak dianggap sebagai bukti penerimaan dan
semua kos berkaitan dengan tawaran sebut harga di atas adalah
menjadi tanggungjawab Penyebut Harga.

6. Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara tidak tertakluk
untuk menerima mana-mana tawaran terendah, tertinggi atau
sebarang tawaran. Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai
Utara berhak untuk membatalkan atau menunda atau
menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan
masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan
tersebut.

7. Tawaran sebut harga tidak akan dipertimbangkan sekiranya
Penyebut Harga :
a) LEWAT mengemukakan tawaran sebut harga;
b) GAGAL mengemukakan dokumen wajib seperti yang
dinyatakan dalam dokumen dan Borang Sebut Harga; dan
c) GAGAL menghadiri taklimat sebut harga.

8. Iklan ini juga boleh diakses melalui laman web
http://ep.penang.gov.my.


Pegawai Daerah
Pejabat Daerah dan Tanah
Seberang Perai Utara


 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
221001 Perkhidmatan-Khidmat Kebersihan Dan Rawatan(Pembersihan Bangunan dan Pejabat)
 
 
 
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.