LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENAMBAHBAIKAN SISTEM sysP
Senarai Penambahbaikan & Fungsi Baharu
 

PEROLEHAN CABUTAN UNDI

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Jabatan Kerja Raya
Nombor Rujukan
PENGUMUMAN UNDI BIL. 2/2011
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Cabutan Undi
Tajuk
PENGUMUMAN CABUTAN UNDI BIL. 2/2011 DI PEJABAT JURUTERA DAERAH, JABATAN KERJA RAYA, DAERAH TIMUR LAUT, JALAN JKR, SUNGAI PINANG 11600 PULAU PINANG PADA 15 JUN 2011.
Tarikh Iklan
30 - Nov - -0001
Tarikh Cabutan Undi
15 - Jun - 2011
Masa Cabutan Undi
12:00 am
Tempat Cabutan Undi
-
Perolehan dibuka untuk
Bumiputera
Syarat-syarat
1. Cabutan Undi Bagi Perolehan Kerja Bil. 2/2011 ini HANYA terbuka kepada :

a) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Jabatan Kerja Raya, Daerah Timur Laut untuk Cabutan Undi Tahun 2011 dan tidak berjaya dalam Cabutan Undi Bil 1/2011.

b) Kontraktor Kelas F yang masih sah tempoh laku pendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

c) Berdaftar dengan sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

2. Kontraktor yang layak dan berminat untuk menghadiri cabutan undi ini diwajibkan membawa bersama perkara-perkara berikut untuk tujuan penyemakan iaitu:-

a) Sijil asal PKK yang masih sah tempoh laku;

b) Sijil asal CIDB yang masih sah tempoh laku;

c) Resit asal pembayaran untuk pendaftaran Sistem e-Perolehan. Dan

d) Cop Syarikat terkini.

3. Butiran terperinci berhubung semua projek yang akan diundi di dalam Cabutan Undi tersebut akan dipamirkan di papan kenyataan JKR.DTL.

4. Undian projek HANYA terbuka kepada kontraktor yang hadir sendiri untuk cabutan Undi ini. Sekiranya kontraktor yang tidak hadir telah mendapat projek maka keputusan undian tersebut akan terbatal secara automatik dan undian akan dibuat sekali lagi untuk pemilihan kontraktor baru.

5. Kegagalan untuk mematuhi tempoh masa yang ditetapkan dan syarat-syarat diatas akan menyebabkan syarikat tuan/puan tidak dibenarkan menyertai Cabutan Undi tersebut. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

6. Sebarang pertanyaan berhubung Cabutan Undi ini boleh dimajukan kepada Pn. Norijah / En. Sommai , Unit Ukur Bahan JKR.DTL. Pulau Pinang di talian 04-2831522 (Waktu Pejabat : 8.00pagi – 5.00 petang).
 
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.