HARI | WAKTU OPERASI |
Isnin - Khamis | 8.30 pagi hingga 1.00 petang |
| 2.00 petang hingga 4.30 petang |
Jumaat | 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari |
| 2.45 petang hingga 4.30 petang |
Sabtu, Ahad & Cuti Umum | Tutup |

PEROLEHAN CABUTAN UNDI

Agensi Pelaksana |
Jabatan Pengairan & Saliran |
Nombor Rujukan |
JPS/N/UNDI/DTL/1/2024 |
Klasifikasi Perolehan |
KERJA |
Jenis Perolehan |
Cabutan Undi |
Tajuk |
SESI CABUTAN UNDI BAGI PEROLEHAN KERJA JPS DTL BIL 1/2024 |
Tarikh Iklan |
8 - Feb - 2024 |
Tarikh Cabutan Undi |
27 - Feb - 2024 |
Masa Cabutan Undi |
11:00 am |
Tempat Cabutan Undi |
SECARA LANGSUNG MELALUI LAMAN FACEBOOK JPS PULAU PINANG & JPS DAERAH TIMUR LAUT |
Perolehan dibuka untuk |
Bumiputera |
Syarat-syarat |

1. Terbuka kepada semua kontraktor G1 Daerah Timur Laut yang memenuhi syarat dan telah mendaftar dengan Sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (sysP).

2. Kontraktor yang telah berjaya memperoleh kerja bernilai RM50,000.00 ke atas dengan JPS Daerah Timur Laut pada tahun 2024 adalah TIDAK LAYAK untuk mendaftar bagi kerja-kerja undi ini kerana ingin memberi peluang kepada kontraktor lain yang belum mempunyai kerja dengan JPS Daerah Timur.

3. WAKIL ADALAH TIDAK DIBENARKAN.(WALAUPUN BERSURAT)

4. Pendaftaran akan diadakan pada tarikh dan masa seperti di berikut :

• Tarikh : 14 FEBRUARI 2024 (RABU)

• Masa : 9.30 PAGI – 11.30 PAGI (PENDAFTARAN)

• Lokasi: Kolam Takungan S18, Lebuh Macallum, Pulau Pinang

5. Kontraktor – kontraktor yang ingin menyertai cabutan undi ini hendaklah mengemukakan dokumen berikut pada hari pendaftaran :-

i. Sijil Pendaftaran Sistem e-Perolehan Negeri Pulau Pinang;

ii. Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) di bawah Gred G1, Kategori CE, Pengkhususan CE06, CE21 DAN CE36. (WAJIB ADA KETIGA-TIGA PENGKHUSUSAN);

iii. Sijil Asal Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 ( SSM ) yang masih sah tempoh laku;

iv. Sijil Asal Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah tempoh laku; dan

v. Sijil Asal Kontraktor Kerja Taraf bumiputera ( BPKU ) yang masih sah tempoh laku.

6. Kebenaran Khas dari Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) bagi yang tidak mempunyai pengkhususan adalah TIDAK DIBENARKAN. (Sila rujuk surat arahan KP JPS Bil.3/2022 bertarikh 12 Januari 2022).

7. Kegagalan membawa semua dokumen tersebut akan menyebabkan kontraktor tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sesi cabutan undi ini.

8. Sila pastikan kontraktor mempunyai alamat e-mel yang sah untuk tujuan pendaftaran dan perlu diberikan pada hari pendaftaran.

9. SILA BAWA BERSAMA COP SYARIKAT UNTUK MELANCARKAN LAGI PROSES PENDAFTARAN.

10. Nombor cabutan undi akan diberikan pada hari pendaftaran.

11. Senarai pendek kontraktor yang layak menyertai kerja undi berserta nombor undi akan dipaparkan di laman Facebook JPS Daerah Timur Laut.

12. Cabutan akan dibuat pada 27.02.2024 HARI SELASA jam 11.00 pagi secara langsung melalui laman sosial facebook JPS Pulau Pinang dan JPS Daerah Timur Laut.

Kod |
Keterangan |
Syarat |
G1 - CE - CE06 | Keupayaan tidak melebihi RM200,000.00 Pembinaan Kejuruteraan Awam(Sistem Kawalan Pengairan dan Banjir) | DAN | G1 - CE - CE21 | Keupayaan tidak melebihi RM200,000.00 Pembinaan Kejuruteraan Awam(Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam) | DAN | G1 - CE - CE36 | Keupayaan tidak melebihi RM200,000.00 Pembinaan Kejuruteraan Awam(Kerja Tanah) | |

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.