LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENAMBAHBAIKAN SISTEM sysP
Senarai Penambahbaikan & Fungsi Baharu
 

PEROLEHAN TENDER

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Jabatan Pengairan & Saliran
Nombor Rujukan
JPS/N/PP/PB/PR/1/2021
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Tender
Tajuk
Perkhidmatan Perunding bagi Rekabentuk Terperinci bagi Mengurangkan Risiko Banjir di Lembangan Sungai Junjung Mati, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
Tarikh Iklan
19 - Nov - 2021
Tarikh Jual
1 - Dec - 2021
Tarikh Tutup
29 - Dec - 2021
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Peti Tender di Unit Tender,
JPS Pulau Pinang,
Tingkat 55, Bangunan KOMTAR,
Jalan Penang, 10000 Pulau Pinang
*tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 29 Disember 2021 (Rabu).
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 100.00
Syarat-syarat
Taklimat adalah DIWAJIBKAN (Dengan Pematuhan SOP – Status My Sejahtera Low Risk) pada 26 November 2021 (Jumaat). Masa Pendaftaran : 10.00 pagi – 10.45 pagi. Tempat Pendaftaran : Dewan JPS SPT, Jalan Bukit Tengah, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang (koordinat - 5.3330162, 100.4434728). Taklimat akan bermula tepat jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat JPS SPT. Pendaftaran selepas jam 10.45 pagi tidak akan diterima.

Syarat-syarat, Arahan dan Maklumat lanjut mengenai pelawaan ini adalah dijelaskan di dalam Dokumen Pelawaan dan boleh mendapatkan Dokumen Pelawaan di Bahagian Pengurusan Banjir, JPS Pulau Pinang, Tingkat 55, Bangunan KOMTAR, Jalan Penang, 10000 Pulau Pinang bermula pada 1 Disember 2021 (Rabu) jam 12.00 tengah hari hingga 22 Disember 2021 (Rabu) jam 12.00 tengah hari. Dokumen Pelawaan adalah dijual dengan kadar RM100.00 bagi setiap satu (1) set. Bayaran hendaklah dibuat dalam Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (SysP).

Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berasingan yang berlakri dan ditandakan ”Cadangan Teknikal” dan ”Cadangan Kos” di sebelah kiri setiap sampul surat berkenaan dan dialamatkan kepada Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang.

Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Unit Tender, JPS Pulau Pinang, Tingkat 55, Bangunan KOMTAR, Jalan Penang, 10000 Pulau Pinang tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 29 Disember 2021 (Rabu). Dokumen cadangan Teknikal dan Cadangan Kos yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Hanya penama seperti di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Firma Perunding (SAPFP) sahaja boleh menghadiri sesi taklimat. Firma perunding tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama di dalam SAPFP. Dokumen pelawaan hanya akan dijual kepada penama firma yang sah sahaja. Untuk maksud ini penama firma hendaklah membawa SAPFP
YANG MASIH SAH dan satu SALINAN untuk menghadiri taklimat dan membeli dokumen pelawaan.
 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
330101 Perkhidmatan Perunding Fizikal-BIDANG KEJURUTERAAN(Kejuruteraan Awam)DAN
330102 Perkhidmatan Perunding Fizikal-BIDANG KEJURUTERAAN(Kejuruteraan Struktur)
 
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
26 Nov 202111:00 amBilik Mesyuarat JPS SPT,
Jalan Bukit Tengah,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang
 
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.