LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

NOTIS PENANGGUHAN URUSAN KAUNTER SYSP

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 yang telah dikuatkuasakan oleh Kerajaan, semua URUSAN KAUNTER SISTEM PEROLEHAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG adalah ditangguhkan sepanjang tempoh Fasa Dua (2) Pelan Pemulihan Negara (PPN)

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh dikemukakan melalui emel ep@penang.gov.my

Keputusan ini akan dikemaskini berdasarkan arahan dari semasa ke semasa.



 

PEROLEHAN SEBUT HARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Nombor Rujukan
PPPP/B/Q10 (R1)/2021
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Sebut Harga
Tajuk
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN BANGUNAN KILANG, PERUMAHAN DAN HARTA PDC SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG.
Tarikh Iklan
8 - Sep - 2021
Tarikh Jual
15 - Sep - 2021
Tarikh Tutup
05 - Oct - 2021
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Bahagian Perolehan, Paras 3
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi
04-6340111
Bahagian/Unit bertanggungjawab
BAHAGIAN PENGURUSAN BANGUNAN
Pegawai yang bertanggungjawab
CIK NADZIRAH
Nombor Telefon Pertanyaan
04-6340111
Syarat-syarat
Sebut harga adalah terbuka kepada kontraktor tempatan yang memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Perakuan Pendaftaran CIDB dengan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah untuk Gred G1, Kategori B dan Pengkhususan B04

2. Beroperasi di Daerah Seberang Perai Tengah sahaja

Kontraktor yang ingin menyertai sebut harga ini perlu kemukakan dokumen-dokumen seperti di atas melalui e-mel: sofiah@pdc.gov.my dan loghanesh@pdc.gov.my sehingga 14 September 2021, jam 12.00 tengah hari untuk pendaftaran sesi taklimat.

Maklumat yang tidak lengkap tidak akan diproses. Sebarang permohonan selepas daripada tarikh tutup tidak akan dilayan.

Kontraktor adalah DIGALAKKAN untuk melawat sendiri cadangan tapak projek berkenaan. Kontraktor yang lulus pendaftaran akan diberi pautan (melalui e-mel syarikat) untuk taklimat sebut harga secara online (DIWAJIBKAN) mulai 14 September 2021, jam 12.00 tengah hari. Pautan ini hanya sah sehingga 15 September 2021, jam 12.00 tengah hari. Kontraktor perlu mengisi Borang Pengesahan Taklimat Sebut Harga melalui pautan tersebut untuk tujuan pembelian dokumen tambahan.

Kontraktor yang LAYAK SAHAJA (melepasi saringan wajib) akan menerima e-mel untuk membuat pembayaran secara atas talian.

Kontraktor yang layak hendaklah membuat pembayaran Yuran Dokumen RM10.00 (dibayar melalui Sistem Perolehan) dan bayaran Dokumen Tambahan berjumlah RM50.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) dibayar secara transaksi segera (Instant Transfer) dalam tempoh tiga (3) hari selepas menerima e-mel yang mengandungi nombor akaun untuk tujuan pembayaran. Selepas tempoh ini sebarang pembayaran tidak akan diterima.

Hanya kontraktor yang layak dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima pautan muat turun melalui e-mel pada 22 September 2021 untuk memuat turun Dokumen Sebut harga.

Dokumen Sebut harga boleh dikemukakan secara serahan tangan atau pos berdaftar/kurier. Dokumen Sebut harga yang dihantar hendaklah di dalam sampul surat yang berlakri dan ditulis Nombor dan Tajuk Sebut harga. Dokumen Sebut harga hendaklah dimasukkan di dalam peti tawaran yang disediakan. Dokumen Sebut harga yang dihantar melalui pos hendaklah sampai sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan. Sebarang kelewatan disebabkan masalah pos tidak akan dilayan.

Tarikh tutup penerimaan sebut harga ini ialah pada 05 Oktober 2021, jam 12.00 tengah hari di:-

Bahagian Perolehan, Paras 3
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang

“Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan penyebut harga akan menyebabkan sebut harga tersebut ditolak serta merta”.

 
 
Kod Bidang CIDB
Kod
Keterangan
Syarat
G1 - B - B04 Keupayaan tidak melebihi RM200,000.00
Pembinaan Bangunan( Bangunan Am dan Penyenggaraan)
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
14 Sep 202112:00 pmSILA SEMAK SYARAT-SYARAT DALAM IKLAN BAGI LAWATAN TAPAK/TAKLIMATSILA SEMAK SYARAT-SYARAT DALAM IKLAN BAGI LAWATAN TAPAK/TAKLIMATWAJIB
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
14 Sep 202112:00 pmSILA SEMAK SYARAT-SYARAT DALAM IKLAN BAGI TAKLIMAT
 
 
 

© 2021 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.