Agensi Pelaksana |
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri |
Tajuk |
KERJA-KERJA MENUKAR BUMBUNG DAN NAIK TARAF KUARTERS 18E JALAN MASJID NEGERI, DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG |
Tempat hantar |
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Seksyen Perolehan, Paras 30, KOMTAR
10503 Pulau Pinang |
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi |
04-6505100 / 5836 / 5838 |
Bahagian/Unit bertanggungjawab |
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN |
Pegawai yang bertanggungjawab |
ENCIK ABQARI BIN ABD WAHAB |
Nombor Telefon Pertanyaan |
04-6505834 |
Syarat-syarat |
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berkelayakan dan memenuhi syarat di bawah:
i) berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang beralamat di Pulau Pinang di bawah kod bidang berikut yang masih sah tempoh lakunya:
- Gred G1;
- Kategori CE; dan
- Pengkhususan CE21 (Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam).
ii) Mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari CIDB yang beralamat di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang yang masih sah tempoh lakunya;
2. Syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai tawaran sebut harga ini adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri taklimat/lawatan tapak yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 09 Julai 2024 (Selasa)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Auditorium A, Paras 5 KOMTAR
Kehadiran : Pemilik Syarikat Sahaja (Wakil tidak dibenarkan)
3. Tuan/Puan adalah diminta untuk membawa bersama dokumen-dokumen seperti senarai di bawah (dokumen asal dan satu (1) salinan fotostat) semasa sesi taklimat/lawatan tapak bagi tujuan semakan urusetia.
i) Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (CIDB);
ii) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (CIDB); dan
iii) Cop Syarikat.
4. Dokumen sebut harga boleh dibeli dengan harga RM10.00 secara atas talian dan dimuat turun melalui Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP) mulai 9 Julai 2024 (Selasa). Hanya syarikat-syarikat yang berdaftar dengan sysP serta menghadiri taklimat/lawatan tapak sahaja boleh membeli dokumen sebut harga.
5. Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditandakan No. Sebut Harga di sebelah kanan atas sampul surat. Dokumen sebut harga tersebut mestilah sampai sebelum atau pada 16 Julai 2024 (Selasa) jam 12.00 tengah hari dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Seksyen Perolehan, Paras 30 KOMTAR, 10503 Pulau Pinang. Tawaran yang dikemukakan selepas masa dan tarikh yang ditetapkan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
6. Bukti Penghantaran Tidak Dianggap Sebagai Bukti Penerimaan dan semua kos berkaitan dengan tawaran Sebut Harga di atas adalah menjadi tanggungjawab kontraktor terbabit. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah, tertinggi atau sebarang tawaran. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.
7. Setiap tawaran harga adalah sah bagi tempoh 90 hari dari tarikh peti sebut harga ditutup. Iklan ini juga boleh diakses melalui laman web http://ep.penang.gov.my. |
G1 - CE - CE21 | Keupayaan tidak melebihi RM200,000.00 Pembinaan Kejuruteraan Awam( Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam) | |