Agensi Pelaksana |
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang |
Tajuk |
CADANGAN KERJA-KERJA NAIKTARAF DAN UBAHSUAI DALAMAN SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI PARAS 3, BANGUNAN PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG, BAYAN LEPAS, PULAU PINANG. (BIM STUDIO DAN SDG) |
Tempat hantar |
Bahagian Perolehan, Paras 3
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
|
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi |
04-6340111 |
Bahagian/Unit bertanggungjawab |
Bahagian Pengurusan Bangunan |
Pegawai yang bertanggungjawab |
SUHAIB |
Nombor Telefon Pertanyaan |
045103571 |
Syarat-syarat |
Sebut harga adalah terbuka kepada semua kontraktor tempatan yang berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Sijil Pendaftaran Syarikat WAJIB disertakan dan berdaftar dengan CIDB, Memegang Perakuan Pendaftaran DAN Memegang Perakuan Pendaftaran dengan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah untuk Gred G3, Kategori B dan Pengkhususan B04 untuk mengemukakan tawaran bagi sebut harga di atas.
Yuran Dokumen: RM10.00 (dibayar melalui Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang). Mesti kemukakan salinan resit bayaran Sistem Perolehan semasa membeli dokumen tambahan.
Taklimat dan Lawatan Tapak akan diadakan pada 10 Julai 2024 (DIWAJIBKAN), jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan Bangunan, Paras 1, Bangunan PDC, Bandar Bayan Baru, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.
Dokumen Tambahan: boleh diperolehi mulai 11 Julai 2024 di Bahagian Pengurusan Bangunan, Paras 1, Bangunan Tun Dr. Lim Chong Eu, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dengan bayaran RM50.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN). Kaedah bayaran adalah melalui kad debit/ kad kredit/ e-wallet/ QR Pay/ pemindahan secara atas talian (instant transfer) ke atas nama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.
Sebut harga yang dihantar hendaklah di dalam sampul surat yang berlakri dan ditulis Nombor dan Tajuk Sebut Harga. Sampul tersebut hendaklah dimasukkan di dalam peti tawaran yang disediakan sebelum tarikh dan masa tutup yang telah ditetapkan.
Tarikh tutup penerimaan tawaran ini ialah pada 18 Julai 2024, jam 12.00 tengah hari di:-
Bahagian Perolehan, Paras 3 PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru 11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
“Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan penyebut harga akan menyebabkan sebut harga tersebut ditolak serta merta”. |
G3 - B - B04 | Keupayaan tidak melebihi RM1,000,000.00 Pembinaan Bangunan( Bangunan Am dan Penyenggaraan) | |