Agensi Pelaksana |
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang |
Tajuk |
MENAIKTARAF 22 UNIT INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SEDIA ADA UNTUK USAHAWAN BUMIPUTERA DI SUNGAI KELUANG, TAMAN PERINDUSTRIAN BAYAN LEPAS, FASA 4, MUKIM 12, DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG. (TENDER SEMULA) |
Tempat hantar |
Bahagian Perolehan, Paras 3
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang |
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi |
04-6340111 |
Bahagian/Unit bertanggungjawab |
BAHAGIAN PENGURUSAN BANGUNAN |
Pegawai yang bertanggungjawab |
ENCIK SUHAIB |
Nombor Telefon Pertanyaan |
045103571 |
Syarat-syarat |
TENDER : PPPP/B/T7/2024
MENAIKTARAF 22 UNIT INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) SEDIA ADA UNTUK USAHAWAN BUMIPUTERA DI SUNGAI KELUANG, TAMAN PERINDUSTRIAN BAYAN LEPAS, FASA 4, MUKIM 12, DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG. (TENDER SEMULA)
Tender adalah terbuka kepada semua kontraktor tempatan yang berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Sijil Pendaftaran Syarikat Wajib disertakan dan berdaftar dengan CIDB, Memegang Perakuan Pendaftaran ATAU Memegang Perakuan Pendaftaran dengan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang masih sah untuk Gred G4, Kategori B, Pengkhususan B04 DAN Kategori CE, Pengkhususan CE21 untuk menender kerja berikut:-
Kontraktor yang ingin menyertai tender ini perlu kemukakan dokumen-dokumen seperti di atas melalui email kepada wanis@pdc.gov.my sehingga 11 Jun 2024, jam 12.00 tengah hari untuk pendaftaran sesi taklimat.
Maklumat yang tidak lengkap tidak akan diproses. Sebarang permohonan selepas daripada tarikh tutup tidak akan dilayan.
Yuran Dokumen: RM10.00 (dibayar melalui Sistem Perolehan). Mesti kemukakan salinan resit bayaran Sistem Perolehan semasa membeli dokumen tambahan.
Dokumen Tambahan (untuk kontraktor yang menyertai taklimat sahaja): boleh diperolehi mulai 11 Jun 2024 di Bahagian Pengurusan Bangunan, Paras 1, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dengan bayaran RM100.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) secara tunai/e-wallet/kredit kad/debit kad.
Taklimat dan Lawatan Tapak akan diadakan pada 11 Jun 2024 (DIWAJIBKAN), jam 10.00 pagi di Bilik AV, Paras 2, Bangunan PDC, Bandar Bayan Baru, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Pemilik syarikat atau wakil dari kalangan Pegawai Teknikal yang sah sahaja dibenarkan (perlu kemukakan sijil kelulusan yang diiktiraf). Permohonan untuk wakil syarikat perlu dikemukakan kepada PDC sekurang - kurangnya tiga (3) hari sebelum hari lawatan tapak untuk kelulusan. Pemilik syarikat yang hadir perlu kemukakan Borang 49 yang terkini dan disahkan oleh Setiausaha Syarikat.
Tender yang dihantar hendaklah di dalam sampul surat yang berlakri dan ditulis Nombor dan Tajuk Tender. Tender hendaklah dimasukkan di dalam peti tawaran yang disediakan.
Tarikh tutup penerimaan tender ini ialah pada 10 Julai 2024, jam 12.00 tengah hari di pejabat:-
Bahagian Perolehan, Paras 3 PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru 11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Harga Indikatif Jabatan : RM1,980,000.00
“Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan petender akan menyebabkan tender tersebut ditolak serta merta”. |
G4 - B - B04 | Keupayaan tidak melebihi RM3,000,000.00 Pembinaan Bangunan( Bangunan Am dan Penyenggaraan) | DAN |
G4 - CE - CE21 | Keupayaan tidak melebihi RM3,000,000.00 Pembinaan Kejuruteraan Awam( Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam) | |