LOG MASUK

Email
Kata laluan
   

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
MAKLUMAN
Pelaksanaan Sijil Pematuhan Cukai (TCC)
Pelaksanaan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate- TCC) telah dikuatkuasakan di semua Agensi Kerajaan bagi Perolehan Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja.

Penguatkuasaan sepenuhnya dengan menjadikan pengemukaan TCC sebagai syarat tambahan wajib dalam semua tawaran perolehan Kerajaan di Negeri Pulau Pinang mulai 1 OKTOBER 2025.

Merujuk surat yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, semua Kontraktor/Syarikat perlu mengemukakan sijil Pematuhan Cukai (TCC) bersama-sama borang sebut harga/tender. Sekiranya pematuhan ini tidak dipatuhi, Kontraktor/Syarikat tersebut tidak layak dinilai dalam jawatankuasa penilaian sebut harga/tender.

Pemakluman ini adalah untuk mengingatkan agar pihak kontraktor/syarikat mengambil maklum dan mematuhi arahan ini.

Sekian, harap maklum.
PENAMBAHBAIKAN SISTEM sysP
Senarai Penambahbaikan & Fungsi Baharu

PEMAKLUMAN KAEDAH PEMBAYARAN
Dimaklumkan bahawa bermula 1 Februari 2026, sistem pembayaran MIGS (bayaran menggunakan Kad Debit / Kad Kredit) akan beralih sepenuhnya kepada MPGS. Peralihan ini adalah pelaksanaan yang ditetapkan oleh pihak bank bagi tujuan penambahbaikan keselamatan dan kelancaran transaksi.

Sehubungan dengan itu, kaedah pembayaran MIGS melalui sistem sysP tidak lagi disokong dan tidak boleh digunakan bagi sebarang transaksi. Semua pengguna adalah diminta untuk menggunakan kaedah pembayaran melalui Online Banking (FPX) buat sementara waktu sebagai kaedah rasmi yang disediakan dalam sistem sysP.

Pembukaan semula kaedah pembayaran menggunakan Kad Debit / Kad Kredit akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Kerjasama daripada semua pengguna amatlah dihargai bagi memastikan peralihan ini berjalan dengan lancar.

Sekian, harap maklum.
 

HEBAHAN

Maklumat Hebahan
 
PENGUMUMAN
SEBUT HARGA: MPSP-S0426020
Nur Zamzarina Binti Othman
03 Feb 2026 03:09 PM
 
Hebahan mengenai tawaran perolehan oleh MPSP
 
SEBUT HARGA KERJA-KERJA MENAIKTARAF SISTEM PERPARITAN DAN KERJA BERKAITAN BAGI MENGURANGKAN RISIKO BANJIR DI JALAN GUAR PERAHU 2, TAMAN GUAR PERAHU, KUBANG SEMANG, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG
Tarikh Buka Perolehan: 12-02-2026
Tarikh Tutup Perolehan : 25-02-2026 12:00 pm
Sila lihat di bahagian iklan untuk maklumat lanjut.
 
 
 
 

© 2026 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.