Agensi Pelaksana |
Majlis Bandaraya Pulau Pinang |
Tajuk |
SEBUT HARGA TAHUNAN BAGI KERJA-KERJA MEMBEKAL DAN MENYELENGGARA ALAT PEMADAM API DI HARTA/BANGUNAN MAJLIS TAHUN 2024 |
Tempat hantar |
Peti Sebut Harga yang terletak di Bersebelahan Kaunter Penerangan MBPP, Tingkat 3, KOMTAR |
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi |
04-2592236 / 04-2592 |
Bahagian/Unit bertanggungjawab |
JABATAN KEJURUTERAAN |
Pegawai yang bertanggungjawab |
MUHAMMAD AMIR TAUFIQ BIN AZMEE |
Nombor Telefon Pertanyaan |
04 2275033 |
Syarat-syarat |
1. Sebut Harga adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam kod bidang/kelas yang berkenaan yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia beralamat di Daerah Timur Laut dan Barat Daya, Pulau Pinang dan masih dibenarkan untuk menyertai Sebut Harga.
2. Kontraktor/Pemilik diwajibkan menghadiri taklimat sebelum membeli dokumen sebut harga. Kontraktor yang tidak menghadiri taklimat atau hadir selepas masa pendaftaran tidak layak mengambil bahagian dalam Sebut Harga ini.
3. Syarikat perlu berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk menyertai sebut harga. Dokumen sebut harga hanya dijual secara dalam talian (on-line) melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun Perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
4. Dokumen meja boleh dilihat di Kaunter Urusetia Tender, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 17, KOMTAR pada waktu pejabat. [9.00 pagi – 4.00 petang].
5. Dokumen sebut harga yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang terletak di Bersebelahan Kaunter Penerangan MBPP, Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 11.00 pagi pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada sebut harga yang lewat diterima.
6. Syarikat yang menyertai sebut harga diwajibkan melengkapkan Surat Akuan Pembida.
7. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) hendaklah disertakan bersama dengan dokumen sebut harga.
8. Majlis tidak terikat untuk menerima sebut harga yang paling rendah harganya atau sebarang sebut harga.
9. Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan penyebut harga akan menyebabkan sebut harga tersebut ditolak serta merta.
|
G1 - ME - M02 | Keupayaan tidak melebihi RM200,000.00 Mekanikal dan Elektrikal( Sistem Pencegahan dan Perlindungan Kebakaran) | |