Agensi Pelaksana |
Majlis Bandaraya Pulau Pinang |
Tajuk |
SEBUT HARGA UNTUK MEMBEKAL DAN MENYELENGGARA ALAT PENDINGIN HAWA DI HARTA/BANGUNAN MAJLIS TAHUN 2024 |
Tempat hantar |
Peti Sebut Harga yang terletak di bersebelahan Kaunter Penerangan MBPP Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang. |
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi |
04-2592236 / 04-2592 |
Bahagian/Unit bertanggungjawab |
JABATAN KEJURUTERAAN MBPP |
Pegawai yang bertanggungjawab |
MUHAMMAD AMIR TAUFIQ B AZMEE |
Nombor Telefon Pertanyaan |
04-2275033 |
Syarat-syarat |
- Sebut Harga adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam kod bidang/kelas yang berkenaan yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia yang beralamat di Pulau Pinang dan masih dibenarkan untuk menyertai Sebut Harga.
2. Taklimat untuk sebut harga ini adalah DIWAJIBKAN secara fizikal sebelum membeli dokumen sebut harga. Ini bagi tujuan senarai kehadiran. Kontraktor/Pemilik yang tidak menghadiri taklimat atau hadir selepas masa pendaftaran tidak layak mengambil bahagian dalam sebut harga ini.
3. Syarikat perlu berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk menyertai sebut harga. Dokumen sebut harga hanya dijual secara ‘on-line’ melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun Perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
4. Dokumen meja boleh dilihat di Kaunter Urusetia Tender, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 17, KOMTAR pada waktu pejabat. [9.00 pagi – 4.00 petang].
5. Dokumen sebut harga yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang terletak di bersebelahan Kaunter Penerangan MBPP Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 11.00 pagi pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada sebut harga yang lewat diterima.
6. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) hendaklah disertakan bersama dengan dokumen sebut harga.
7. Syarikat yang menyertai sebut harga diwajibkan melengkapkan Surat Akuan Pembida.
8. Majlis tidak terikat untuk menerima sebut harga yang paling rendah harganya atau sebarang sebut harga.
9. Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan penyebut harga akan menyebabkan sebut harga tersebut ditolak serta merta. |
G2 - ME - M01 | Keupayaan tidak melebihi RM500,000.00 Mekanikal dan Elektrikal( Sistem Hawa Dingin dan Pengedaran Udara) | |