Agensi Pelaksana |
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang |
Tajuk |
CADANGAN KERJA-KERJA MENAIKTARAF SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN BANGUNAN GBS@MAYANG, 2A, MEDAN BAYAN LEPAS, 11900 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG. |
Tempat hantar |
Bahagian Perolehan, Paras 3
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang |
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi |
04-6340111 |
Bahagian/Unit bertanggungjawab |
BAHAGIAN PENGURUSAN BANGUNAN |
Pegawai yang bertanggungjawab |
PN.MUZLIFAH / EN.VINOD |
Nombor Telefon Pertanyaan |
045103584 |
Syarat-syarat |
Tender adalah terbuka kepada kontraktor tempatan yang berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Memegang Perakuan pendaftaran CIDB DAN Perakuan Pendaftaran dengan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah untuk G4, Kategori B, Pengkhususan B04 untuk menender kerja berikut:-
NO.TENDER : PPPP/B/T6/2023
CADANGAN KERJA-KERJA MENAIKTARAF SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN BANGUNAN GBS@MAYANG, 2A, MEDAN BAYAN LEPAS, 11900 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG.
Kontraktor yang ingin menyertai tender ini perlu kemukakan dokumen-dokumen seperti di atas melalui email kepada sofiah@pdc.gov.my sehingga 06 September 2023, sebelum jam 10.00 pagi untuk pendaftaran sesi taklimat.
Maklumat yang tidak lengkap tidak akan diproses. Sebarang permohonan selepas daripada tarikh tutup tidak akan dilayan.
Taklimat dan Lawatan Tapak akan diadakan pada 06 September 2023 (DIWAJIBKAN), jam 10.00 pagi di Bilik AV, Paras 2, Bangunan PDC, Bandar Bayan Baru, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.
Pemilik syarikat atau wakil dari kalangan Pegawai Teknikal yang sah sahaja dibenarkan (perlu kemukakan sijil kelulusan yang diiktiraf). Permohonan untuk wakil syarikat perlu dikemukakan kepada PDC sekurang - kurangnya tiga (3) hari sebelum hari lawatan tapak untuk kelulusan. Pemilik syarikat yang hadir perlu kemukakan Borang 49 yang terkini dan disahkan oleh Setiausaha Syarikat
Yuran Dokumen: RM10.00 (dibayar melalui Sistem Perolehan). Mesti kemukakan salinan resit bayaran Sistem Perolehan semasa membeli dokumen tambahan.
Dokumen Tambahan (untuk kontraktor yang menyertai taklimat sahaja): boleh diperolehi mulai 07 September 2023, jam 3.00 petang di Bahagian Pengurusan Bangunan, Paras 1, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dengan bayaran RM310.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) secara kad debit/ kad kredit/ e-wallet/ QR Pay/ pemindahan atas talian (instant transfer).
Dokumen Tender boleh dikemukakan secara serahan tangan atau pos berdaftar/kurier. Dokumen Tender yang dihantar hendaklah di dalam sampul surat yang berlakri dan ditulis Nombor dan Tajuk Tender. Dokumen Tender hendaklah dimasukkan di dalam peti tawaran yang disediakan. Dokumen Tender yang dihantar melalui pos hendaklah sampai sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan. Sebarang kelewatan disebabkan masalah pos tidak akan dilayan.
Tarikh tutup penerimaan tender ini ialah pada 02 Oktober 2023, jam 12.00 tengah hari di pejabat:-
Bahagian Perolehan, Paras 3 PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru 11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
“Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan petender akan menyebabkan tender tersebut ditolak serta merta”.
Kontraktor atau wakil kontraktor yang sah hendaklah sentiasa mengambil perhatian dan mematuhi langkah-langkah pencegahan COVID-19 dan penjarakkan Sosial oleh KKM dan MKN. |
G4 - B - B04 | Keupayaan tidak melebihi RM3,000,000.00 Pembinaan Bangunan( Bangunan Am dan Penyenggaraan) | |