LOG MASUK

Email
Kata laluan
   

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENAMBAHBAIKAN SISTEM sysP
Senarai Penambahbaikan & Fungsi Baharu

⚠️ MAKLUMAN ⚠️

PEMAKLUMAN PROSES PENGESAHAN DAN PENGEMASKINIAN SYARIKAT

Tempoh proses pengesahan pendaftaran serta pengemaskinian sijil dan kebenaran khas dalam Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP)
 

PEROLEHAN TENDER

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Nombor Rujukan
MBPP.T.NO.37/2026(P)
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Tender
Tajuk
CADANGAN PROJEK BLUE-GREEN CORRIDOR, DI JALAN PADANG KOTA LAMA DAN MENAIK TARAF LEBUH DUKE, SEBAHAGIAN JALAN TUN SYED SHEH BARAKBAH, GEORGE TOWN, DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG MELALUI PROJEK NATURE-BASED CLIMATE ADAPTATION PROGRAMME FOR THE URBAN AREAS OF PENANG ISLAND, MALAYSIA.
Tarikh Iklan
3 - Aug - 2026
Tarikh Jual
10 - Aug - 2026
Tarikh Tutup
01 - Sep - 2026
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Peti Tender di Ruang Legar Kaunter Bersepadu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang.
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 100.00
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi
04-2592236 / 04-2592
Bahagian/Unit bertanggungjawab
Jabatan Konservasi Warisan
Pegawai yang bertanggungjawab
POON CHIT A/P KELOI
Nombor Telefon Pertanyaan
04-287 9000
Syarat-syarat

1.     Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan masih dibenarkan untuk menyertai tender.
 


2.      Menghadiri taklimat bagi tender ini adalah DIWAJIBKAN dan menjadi syarat mandatori kepada semua kontraktor/pemilik sebelum pembelian dokumen tender. Mana-mana kontraktor/pemilik yang tidak menghadiri taklimat, hadir lewat selepas waktu pendaftaran, atau tidak mengikuti taklimat sepenuhnya dari awal hingga tamat adalah tidak layak sama sekali untuk menyertai tender ini. Sebarang bentuk kehadiran melalui wakil bagi pihak kontraktor/pemilik tidak dibenarkan. 


 


3.      Syarikat hendaklah berdaftar terlebih dahulu dengan Sistem ePerolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web rasmi ep.penang.gov.my bagi membolehkan penyertaan dalam tender ini. Dokumen tender hanya dijual secara dalam talian (on-line) melalui laman web tersebut. Sehubungan dengan itu, kontraktor/pemilik dikehendaki membeli serta memuat turun (download) keseluruhan dokumen tender melalui akaun e-perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian. Keseluruhan dokumen tender yang dimuat turun hendaklah dicetak sepenuhnya dan dikemukakan semasa penghantaran tender.


 


4.      Dokumen meja boleh dilihat di Kaunter Urus Setia Tender, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 17, KOMTAR mulai 11 Ogos 2026 pada waktu pejabat, iaitu dari jam 09:00 pagi hingga 04:00 petang.


 


5.      Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang terletak di Ruang Legar Kaunter Bersepadu MBPP, Tingkat 3, KOMTAR, George Town, Pulau Pinang sebelum jam 12:00 tengah hari pada tarikh tutup yang ditetapkan. Sebarang dokumen yang diterima selepas waktu tersebut adalah tidak akan dipertimbangkan. 


 


6.      Kontraktor/ Pemilik adalah WAJIB mengemukakan dokumen sokong bersama dokumen tender, iaitu Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Salinan Sijil Pematuhan Cukai (TCC) bagi perolehan kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dan Salinan Sijil Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (sysP). Kegagalan mengemukakan dokumen tersebut akan menyebabkan penyertaan tender tidak dipertimbangkan.


 


7.      Syarikat yang menyertai tender adalah diwajibkan untuk melengkapkan dan mengemukakan Surat Akuan Pembida bersama dokumen tender.


 


8.      Syarikat dikehendaki menyemak status sebarang tunggakan melalui aplikasi PEARL : One Touch Penang. Sekiranya terdapat sebarang tunggakan, pihak syarikat hendaklah menjejaskan tunggakan tersebut dengan segera. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan penyertaan syarikat tidak layak ditawarkan.


 


9.      Majlis tidak terikat untuk menerima tender yang menawarkan harga terendah atau mana-mana tender yang dikemukakan. 


 


10.    Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau dorongan lain yang boleh mempengaruhi kedudukan tender akan menyebabkan penyertaan tender tersebut ditolak serta-merta.


 

 
 
Kod Bidang CIDB
Kod
Keterangan
Syarat
G6 - CE - CE21 Keupayaan Tidak Melebihi RM 10,000,000.00
Pembinaan Kejuruteraan Awam( Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam)
DAN
Keperluan Sijil SPKK
Tidak Perlu Sijil SPKK
G6 - CE - CE01 Keupayaan Tidak Melebihi RM 10,000,000.00
Pembinaan Kejuruteraan Awam( Pembinaan Jalan dan Pavmen)
DAN
Keperluan Sijil SPKK
Tidak Perlu Sijil SPKK
G6 - CE - CE14 Keupayaan Tidak Melebihi RM 10,000,000.00
Pembinaan Kejuruteraan Awam( Lanskap)
Keperluan Sijil SPKK
Tidak Perlu Sijil SPKK
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
10 Aug 202612:00 pmTARIKH TAKLIMAT : 10.08.2026 (Isnin)
MASA PENDAFTARAN : 11:30 pagi – 12:00 Tengah hari
MASA TAKLIMAT BERMULA : 12:00 Tengah hari
TEMPAT
TARIKH TAKLIMAT : 10.08.2026 (Isnin)
MASA PENDAFTARAN : 11:30 pagi – 12:00 Tengah hari
MASA TAKLIMAT BERMULA : 12:00 Tengah hari
TEMPAT
WAJIB
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
10 Aug 202612:00 pm

TARIKH TAKLIMAT                  : 10.08.2026 (Isnin)
MASA PENDAFTARAN            : 11:30 pagi – 12:00 Tengah hari
MASA TAKLIMAT BERMULA  : 12:00 Tengah hari
TEMPAT                                    :  Brown Gallery,   Tingkat Bawah Dewan Bandaran (Town Hall),Jalan Padang Kota Lama, 10200 George Town, PULAU PINANG.  

 
 
 

© 2026 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.