1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat di bawah:
i) Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) serta masih sah tempoh lakunya di bawah kod bidang berikut:
020402 – Peralatan dan Perkakasan Domestik;
ii) Berdaftar dengan Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP); dan
iii) Mempunyai Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate – TCC) yang masih sah dan berstatus “PATUH”; dan
iv) Beralamat di Negeri Pulau Pinang.
2. Syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai tawaran sebut harga ini adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri taklimat yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 06 Ogos 2026 (Khamis)
Masa : 09.30 Pagi (Pendaftaran)
10.00 Pagi (Taklimat)
Tempat : Bilik Anggerik, Kompleks Masyarakat Penyayang (KMP)
Kehadiran : Hanya penama di dalam sijil KKM (Wakil tidak dibenarkan)
3. Tuan/Puan adalah diminta untuk membawa bersama dokumen-dokumen seperti senarai di bawah (dokumen asal dan satu (1) salinan fotostat) semasa sesi taklimat bagi tujuan semakan urus setia.
i) Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) (Kod Bidang ditetapkan) yang masih sah tempoh lakunya;
ii) Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) yang masih sah tempoh lakunya;
iii) Sijil Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP);
iv) Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate – TCC) yang masih sah dan berstatus “PATUH”;
v) Kad Pengenalan; dan
vi) Cop Syarikat.
4. Dokumen sebut harga boleh dibeli dengan harga RM10.00 secara online dan dimuat turun melalui Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP) mulai 06 Ogos 2026 (Khamis).
5. Dokumen sebut harga yang dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditandakan no. sebut harga di sebelah kanan atas sampul surat. Dokumen sebut harga tersebut mestilah sampai sebelum atau pada 12 Ogos 2026 (Rabu) jam 12.00 tengah hari dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Seksyen Perolehan, Paras 30 KOMTAR, 10503 Pulau Pinang. Tawaran yang dikemukakan selepas masa dan tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
6. Bukti penghantaran tidak dianggap sebagai bukti penerimaan dan semua kos berkaitan dengan tawaran sebut harga di atas adalah menjadi tanggungjawab kontraktor terbabit. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah/tertinggi atau sebarang tawaran. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.
7. Setiap tawaran harga adalah sah bagi tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh peti sebut harga ditutup. Iklan ini juga boleh diakses melalui laman web http://ep.penang.gov.my. |