Agensi Pelaksana |
Majlis Bandaraya Pulau Pinang |
Tajuk |
CADANGAN PENGUBAHSUAIAN BILIK PERDANA DAN TANDAS-TANDAS DI TINGKAT 4 MBPP, KOMTAR, GEORGE TOWN, PULAU PINANG. |
Tempat hantar |
Peti Tender di Ruang Legar Kaunter Bersepadu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang. |
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi |
04-2592236 / 04-2592 |
Bahagian/Unit bertanggungjawab |
JABATAN KAWALAN BANGUNAN |
Pegawai yang bertanggungjawab |
ENCIK AHMAD SHAFIQ BIN MOHAMAD |
Nombor Telefon Pertanyaan |
04-2592020 |
Syarat-syarat |
1. Tender adalah dipelawa daripada pembekal yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan masih dibenarkan untuk menyertai tender.
2. Syarikat perlu berdaftar dengan Sistem ePerolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terlebih dahulu melalui laman web ep.penang.gov.my untuk menyertai tender. Pembayaran untuk pembelian dokumen perlu dibuat secara ’on-line’ selepas taklimat tapak seperti tarikh yang dinyatakan. Dokumen tender boleh dimuat turun (download) melalui akaun ePerolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
3. Taklimat tender diadakan secara kehadiran fizikal. Penama di dalam sijil yang menghadiri lawatan tapak WAJIB mengemukakan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK) & Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) asal/ salinan secara hardcopy serta dokumen pengenalan diri. Penama di dalam sijil diwajibkan menghadiri penjelasan tapak sebelum membeli dokumen Tender. Penama di dalam sijil yang tidak menghadiri taklimat atau hadir selepas masa pendaftaran tidak layak mengambil bahagian dalam Tender ini.
4. Dokumen tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Ruang Legar Kaunter Bersepadu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada tender yang lewat diterima.
5. Syarikat yang menyertai tender diwajibkan melengkapkan Surat Akuan Pembida.
6. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate -TCC) dan Salinan Sijil Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP) - DIWAJIBKAN disertakan bersama dokumen tender.
7. Majlis tidak terikat untuk menerima tender yang paling terendah harganya atau sebarang tender.
8. Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain - lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan penyebut harga akan menyebabkan Tender tersebut ditolak serta merta.
9. Syarikat dikehendaki menyemak status tunggakan di dalam aplikasi PEARL. Sekiranya terdapat tunggakan, pihak syarikat hendaklah menjelaskan tunggakan tersebut dan kegagalan berbuat demikian menyebabkan syarikat tidak layak untuk ditawarkan. |
| G4 - B - B04 | Keupayaan tidak melebihi RM3,000,000.00 Pembinaan Bangunan( Bangunan Am dan Penyenggaraan) | |