LOG MASUK

Email
Kata laluan
   

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENAMBAHBAIKAN SISTEM sysP
Senarai Penambahbaikan & Fungsi Baharu

⚠️ MAKLUMAN ⚠️

PEMAKLUMAN PROSES PENGESAHAN DAN PENGEMASKINIAN SYARIKAT

Tempoh proses pengesahan pendaftaran serta pengemaskinian sijil dan kebenaran khas dalam Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP)
 

PEROLEHAN TENDER

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Nombor Rujukan
PPPP/PHV/I/T10/2026
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Tender
Tajuk
PEMBINAAN INFRASTRUKTUR ASAS DAN UTILITI BAGI PEMBANGUNAN INDUSTRI DI LOT PT 6758 MUKIM 12, BATU MAUNG, DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG.
Tarikh Iklan
3 - Aug - 2026
Tarikh Jual
11 - Aug - 2026
Tarikh Tutup
08 - Sep - 2026
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Bahagian Perolehan, Paras 3
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi
04-6340111
Bahagian/Unit bertanggungjawab
PREMIER HORIZON VENTURE SDN BHD
Pegawai yang bertanggungjawab
Setiausaha Tender Premier Horizon Venture Sdn Bhd
Nombor Telefon Pertanyaan
046880642
Syarat-syarat

NO. TENDER:  PPPP/PHV/I/T10/2026


PEMBINAAN INFRASTRUKTUR ASAS DAN UTILITI BAGI PEMBANGUNAN INDUSTRI DI LOT PT 6758 MUKIM 12, BATU MAUNG, DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG.


 


1.     Tender adalah terbuka kepada semua kontraktor tempatan yang berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, berdaftar dan memegang Perakuan Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah untuk Gred G7, Kategori CE, Pengkhususan CE21 DAN CE01 dan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate – TCC) dengan status PATUH untuk mengemukakan tawaran bagi Tender di atas.


 


2.     Kontraktor yang ingin menyertai tender ini perlu kemukakan dokumen-dokumen Perakuan Pendaftaran seperti di perenggan 1 dalam bentuk PDF melalui emel tender@premierhv.com.my bermula 3 OGOS 2026 sehingga 7 OGOS 2026 jam 12.00 tengahari untuk pendaftaran sesi taklimat dan lawatan tapak.


 


3.     Taklimat Tender dan Lawatan Tapak akan diadakan pada 10 OGOS 2026 (DIWAJIBKAN), jam 10.00 pagi di Bilik Bunga Raya, Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu, No. 1 Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru, 11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang. Seterusnya kontraktor DIWAJIBKAN menghadiri Lawatan Tapak pada hari yang sama.


 


4.     Pemilik syarikat ATAU wakil dari kalangan Pegawai Teknikal yang sah sahaja dibenarkan (perlu kemukakan sijil kelulusan yang diiktiraf) untuk hadir taklimat dan lawatan tapak (perlu kemukakan dokumen di perenggan 1). Permohonan untuk wakil Syarikat perlu dikemukakan kepada tender@premierhv.com.my sehingga 7 OGOS 2026, sebelum jam 12.00 tengahari untuk kelulusan. Pemilik Syarikat yang hadir terus (walk-in) perlu kemukakan Borang 49 yang terkini dan disahkan oleh Setiausaha Syarikat dan dokumen-dokumen WAJIB di perenggan 1 untuk pendaftaran seperti di atas untuk kelulusan.  


 


5.     Hanya Kontraktor yang LAYAK SAHAJA (melepasi saringan wajib), menghadiri taklimat tender serta lawatan tapak akan menerima e-mel (mengandungi nombor akaun PDC) untuk membuat pembayaran. Kontraktor hanya dibenarkan membeli satu (1) set dokumen tender dan mengemukakan satu tawaran sahaja. Tawaran alternatif adalah tidak dibenarkan.


 


              i.        Kontraktor hendaklah berdaftar di bawah Sistem e-Perolehan Pulau Pinang. Yuran Dokumen berjumlah RM10.00 (dibayar melalui Sistem e-Perolehan Pulau Pinang) dan;


             ii.        Yuran Dokumen Tambahan berjumlah RM1,000.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) dibayar kepada PDC. Kaedah bayaran adalah melalui kad debit/ kad kredit/ e-wallet/ QR Pay/ pemindahan secara atas talian (Instant Transfer) ke atas nama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.


 


6.     Hanya Kontraktor yang layak yang telah mengemukakan slip resit bayaran akan menerima pautan muat turun Dokumen Tender (softcopy) melalui emel syarikat mulai 11 OGOS 2026. Dokumen Meja Tender akan dipamerkan di Bahagian Teknikal, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.


 


7.     Semua dokumen tender hendaklah dicetak, diisi dengan lengkap dan dikemukakan secara serahan tangan atau pos berdaftar/kurier. Dokumen Tender yang dihantar hendaklah di dalam sampul surat yang berlakri dan ditulis Nombor dan Tajuk Tender. Tender hendaklah dimasukkan di dalam peti tawaran yang disediakan. Dokumen Tender yang dihantar melalui pos berdaftar/kurier hendaklah sampai sebelum tarikh tutup tender yang telah ditetapkan. Sebarang kelewatan disebabkan masalah pos tidak akan dilayan.


 


8.    Petender adalah DILARANG membuat sebarang pakatan harga/kartel dengan syarikat-syarikat lain


      sehingga proses tender selesai dilaksanakan. 


 


9.     Harga Indikatif Jabatan: RM99,000,000.00.


Harga Indikatif Jabatan adalah merupakan suatu anggaran sahaja dan amaun tersebut tidak mengikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang atau mana-mana pihak lain juga bagi maksud mengelakkan kekeliruan yang mungkin berbangkit. Pihak Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang tidak menjamin bahawa syarikat akan dipilih atau boleh menyiapkan kerja dengan berdasarkan Harga Indikatif Jabatan.


 


10.  Tarikh tutup penerimaan tender ini ialah pada 08 SEPTEMBER 2026, jam 12.00 tengah hari di:-


 


Bahagian Perolehan, Paras 3
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu


No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang


 


Untuk keterangan lanjut sila hubungi Setiausaha Tender PHVSB melalui emel tender@premierhv.com.my. atau telefon di talian 04-6880642.


 


“Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan petender akan menyebabkan tender tersebut ditolak serta merta”.

 
 
Kod Bidang CIDB
Kod
Keterangan
Syarat
G7 - CE - CE21 Tiada had
Pembinaan Kejuruteraan Awam( Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam)
DAN
Keperluan Sijil SPKK
Perlu Sijil SPKK
G7 - CE - CE01 Tiada had
Pembinaan Kejuruteraan Awam( Pembinaan Jalan dan Pavmen)
Keperluan Sijil SPKK
Perlu Sijil SPKK
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
10 Aug 202610:00 amBILIK BUNGA RAYA, BANGUNAN TUN DR LIM CHONG EU, NO.1 PERSIARAN MAHSURI, BANDAR BAYAN BARU, 11909 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG.BILIK BUNGA RAYA, BANGUNAN TUN DR LIM CHONG EU, NO.1 PERSIARAN MAHSURI, BANDAR BAYAN BARU, 11909 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG.WAJIB
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
10 Aug 202610:00 am

BILIK BUNGA RAYA, BANGUNAN TUN DR LIM CHONG EU, NO.1 PERSIARAN MAHSURI, BANDAR BAYAN BARU, 11909 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG.

 
 
 

© 2026 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.