LOG MASUK

Email
Kata laluan
   

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENAMBAHBAIKAN SISTEM sysP
Senarai Penambahbaikan & Fungsi Baharu

⚠️ MAKLUMAN ⚠️

PEMAKLUMAN PROSES PENGESAHAN DAN PENGEMASKINIAN SYARIKAT

Tempoh proses pengesahan pendaftaran serta pengemaskinian sijil dan kebenaran khas dalam Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP)
 

PEROLEHAN TENDER

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Nombor Rujukan
PPPP/PHV/B/T11/2026
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Tender
Tajuk
CADANGAN SKIM PENAMBAHBAIKAN TRAFIK DI TAMAN PERINDUSTRIAN BAYAN LEPAS, MUKIM 12, BAYAN LEPAS, DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG.
Tarikh Iklan
3 - Aug - 2026
Tarikh Jual
12 - Aug - 2026
Tarikh Tutup
02 - Sep - 2026
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Bahagian Perolehan, Paras 3
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi
04-6340111
Bahagian/Unit bertanggungjawab
PREMIER HORIZON VENTURE SDN BHD
Pegawai yang bertanggungjawab
Setiausaha Tender Premier Horizon Venture Sdn Bhd
Nombor Telefon Pertanyaan
04-6880642
Syarat-syarat

NO. TENDER : PPPP/PHV/B/T11/2026


CADANGAN SKIM PENAMBAHBAIKAN TRAFIK DI TAMAN PERINDUSTRIAN BAYAN LEPAS, MUKIM 12, BAYAN LEPAS, DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG.


 


Tender adalah terbuka kepada semua kontraktor tempatan yang berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, berdaftar dan memegang Perakuan Pendaftaran CIDB dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah untuk Gred G6, Kategori C dan Pengkhususan CE21 dan memiliki Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate – TCC) berstatus Patuh untuk mengemukakan tawaran bagi tender di atas.


 


Mengemukakan Perakuan pendaftaran CIDB, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah untuk Gred G6, Kategori C, Pengkhususan CE21 dan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate – TCC) berstatus Patuh (dalam format pdf) melalui emel tender@premierhv.com.my bermula 31 Julai 2026 sehingga 10 Ogos 2026 jam 12.00 tengah hari untuk pendaftaran sesi taklimat dan lawatan tapak. Maklumat yang tidak lengkap tidak akan diproses. Sebarang permohonan selepas daripada tarikh tutup tidak akan dilayan. 


 


Taklimat dan Lawatan Tapak akan diadakan pada 11 Ogos 2026 (DIWAJIBKAN), jam 10.00 pagi di Bilik Bunga Raya, Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu, No.1 Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru, 11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang. Pemilik syarikat ATAU wakil dari kalangan Pegawai Teknikal yang sah sahaja dibenarkan (perlu kemukakan sijil kelulusan yang diiktiraf). Permohonan untuk wakil syarikat perlu dikemukakan bersama-sama dokumen-dokumen untuk pendaftaran seperti di atas untuk kelulusan.  


 


Yuran Dokumen: RM10.00 (dibayar melalui Sistem e-Perolehan Pulau Pinang). Salinan resit bayaran melalui Sistem e-Perolehan Pulau Pinang mesti dikemukakan semasa membeli dokumen tambahan.


 


Dokumen Tambahan: boleh diperolehi mulai 12 Ogos 2026 melalui pautan muat turun secara e-mel dengan bayaran RM300.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN). Kaedah bayaran adalah melalui kad debit / kad kredit/ e-wallet/ QR Pay/ pemindahan atas talian (instant transfer) di atas nama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.


 


Hanya kontraktor yang melepasi saringan wajib, LAYAK menghadiri taklimat tender serta lawatan tapak akan menerima e-mel (mengandungi nombor akaun PDC) untuk membuat pembayaran. Kontraktor yang telah mengemukakan slip/resit bayaran akan menerima pautan muat turun dokumen (softcopy) melalui e-mel Syarikat.


 


Harga lndikatif Jabatan: RM5,100,000.00


Harga lndikatif Jabatan adalah merupakan suatu anggaran sahaja dan amaun tersebut tidak mengikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang atau mana-mana pihak lain juga bagi maksud mengelakkan kekeliruan yang mungkin berbangkit. 


 


Pihak Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang tidak menjamin bahawa syarikat akan dipilih atau boleh menyiapkan kerja dengan bersandarkan Harga lndikatif Jabatan.


 


Petender adalah DILARANG membuat sebarang pakatan harga/kartel dengan syarikat-syarikat lain sehingga proses tender selesai dilaksanakan.  


 


Dokumen tender yang dihantar hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditulis Nombor dan Tajuk Tender. Sampul tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang disediakan.  


 


Tarikh tutup penerimaan tawaran ini ialah pada 2 September 2026, jam 12.00 tengah hari di:-


Bahagian Perolehan, Paras 3
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu


No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang


Untuk keterangan lanjut sila hubungi Setiausaha Tender PHVSB melalui emel tender@premierhv.com.my atau telefon di talian 04-6880642.


“Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan petender akan menyebabkan tender tersebut ditolak serta merta”.

 
 
Kod Bidang CIDB
Kod
Keterangan
Syarat
G6 - CE - CE21 Keupayaan Tidak Melebihi RM 10,000,000.00
Pembinaan Kejuruteraan Awam( Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam)
Keperluan Sijil SPKK
Perlu Sijil SPKK
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
11 Aug 202610:00 amBILIK BUNGA RAYA, BANGUNAN TUN DR LIM CHONG EU, NO.1 PERSIARAN MAHSURI, BANDAR BAYAN BARU, 11909 BAYAN LEPAS, PULAU PINANGBILIK BUNGA RAYA, BANGUNAN TUN DR LIM CHONG EU, NO.1 PERSIARAN MAHSURI, BANDAR BAYAN BARU, 11909 BAYAN LEPAS, PULAU PINANGWAJIB
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
11 Aug 202610:00 am

BILIK BUNGA RAYA, BANGUNAN TUN DR LIM CHONG EU, NO.1 PERSIARAN MAHSURI, BANDAR BAYAN BARU, 11909 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG

 
 
 

© 2026 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.