LOG MASUK

Email
Kata laluan
   

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
NOTIS KENAIKAN KADAR PENDAFTARAN & PEMBAHARUAN SIJIL PEROLEHAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG (sysP)
Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menaikkan kadar bagi pendaftaran dan pembaharuan sijil sysP iaitu daripada RM50.00 kepada RM100.00 berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa berusaha untuk mengekalkan kualiti perkhidmatan yang terbaik kepada semua Syarikat/Kontraktor yang berurusan melalui sistem sysP dalam perolehan Kerajaan dari semasa ke semasa.

Sekian, harap maklum.
PENAMBAHBAIKAN SISTEM sysP
Senarai Penambahbaikan & Fungsi Baharu

MAKLUMAN
Pelaksanaan Sijil Pematuhan Cukai (TCC)

Pelaksanaan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate- TCC) telah dikuatkuasakan di semua Agensi Kerajaan bagi Perolehan Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja.

Penguatkuasaan sepenuhnya dengan menjadikan pengemukaan TCC sebagai syarat tambahan wajib dalam semua tawaran perolehan Kerajaan di Negeri Pulau Pinang mulai 1 OKTOBER 2025.

Merujuk surat yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, semua Kontraktor/Syarikat perlu mengemukakan sijil Pematuhan Cukai (TCC) bersama-sama borang sebut harga/tender. Sekiranya pematuhan ini tidak dipatuhi, Kontraktor/Syarikat tersebut tidak layak dinilai dalam jawatankuasa penilaian sebut harga/tender.

Pemakluman ini adalah untuk mengingatkan agar pihak kontraktor/syarikat mengambil maklum dan mematuhi arahan ini.

 

PEROLEHAN SEBUT HARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Nombor Rujukan
MBPP.S.NO.217/2025(K)
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Sebut Harga
Tajuk
CADANGAN MEMBINA BUMBUNG GELANGGANG FUTSAL SEDIA ADA DI JETI TELUK AWAK, TELUK BAHANG, MUKIM 1, DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG (JB/PR/GF/JETI TLK.AWAK(B))
Tarikh Iklan
5 - Jan - 2026
Tarikh Jual
12 - Jan - 2026
Tarikh Tutup
19 - Jan - 2026
Masa Tutup
11:00 am
Tempat hantar
Peti Sebutharga di Ruang Legar Kaunter Bersepadu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 11.00 pagi pada tarikh tutup yang berkenaan
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi
04-2592236 / 04-2592
Bahagian/Unit bertanggungjawab
JABATAN KAWALAN BANGUNAN
Pegawai yang bertanggungjawab
KALAIVANAN A/L SALEVELLO
Nombor Telefon Pertanyaan
04 2592216
Syarat-syarat

1.    Penyebut harga adalah dipelawa daripada pembekal yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan masih dibenarkan untuk menyertai sebutharga.


2.   Syarikat perlu berdaftar dengan Sistem ePerolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terlebih dahulu melalui laman web ep.penang.gov.my untuk menyertai sebutharga. Pembayaran untuk pembelian dokumen perlu dibuat secara ’on-line’ selepas taklimat tapak pada 12.01.2026. Harga dokumen sebutharga adalah RM 10.00/senaskah. Dokumen sebutharga boleh dimuat turun (download) melalui akaun ePerolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.


3.   Taklimat untuk sebutharga akan diadakan secara kehadiran fizikal. Pemilik yang menghadiri lawatan tapak WAJIB mengemukakan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK) & Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) asal/salinan secara hardcopy serta dokumen pengenalan diri. Pemilik yang tidak menghadiri taklimat atau hadir selepas masa pendaftaran tidak layak mengambil bahagian dalam sebutharga ini. 


4.   Dokumen Sebutharga yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Ruang Legar Kaunter Bersepadu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 11.00 pagi pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada sebutharga yang lewat diterima.


5.   Syarikat yang menyertai sebutharga DIWAJIBKAN melengkapkan Surat Akuan Pembida.


6.   Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan dan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate –TCC) DIWAJIBKAN disertakan bersama dokumen tender.


7.   Majlis tidak terikat untuk menerima sebutharga yang paling terendah harganya atau sebarang sebutharga.


8.   Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain - lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan penyebut harga akan menyebabkan Sebut Harga tersebut ditolak serta merta.


9.   Syarikat dikehendaki menyemak status tunggakan di dalam aplikasi PEARL. Sekiranya terdapat tunggakan, pihak syarikat hendaklah menjelaskan tunggakan tersebut dan kegagalan berbuat demikian menyebabkan syarikat tidak layak untuk ditawarkan. 

 
 
Kod Bidang CIDB
Kod
Keterangan
Syarat
G2 - B - B04 Keupayaan tidak melebihi RM500,000.00
Pembinaan Bangunan( Bangunan Am dan Penyenggaraan)
DAN
Keperluan Sijil SPKK
Perlu Sijil SPKK
G2 - B - B15 Keupayaan tidak melebihi RM500,000.00
Pembinaan Bangunan( PEMASANGAN BUMBUNG DAN CLADDING LOGAM)
DAN
Keperluan Sijil SPKK
Perlu Sijil SPKK
G2 - CE - CE21 Keupayaan tidak melebihi RM500,000.00
Pembinaan Kejuruteraan Awam( Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam)
Keperluan Sijil SPKK
Perlu Sijil SPKK
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
12 Jan 202610:30 amPENJELASAN TAPAK : Tarikh : 12.01.2026 (Isnin) Masa : 10.30 Pagi
[Pendaftaran: 10.00-10.30 pagi]

TEMPAT : Gelanggang Futsal, Jeti Teluk Awak, Teluk Bahang, Mukim 1,Daerah Barat Daya, Pulau Pina
PENJELASAN TAPAK : Tarikh : 12.01.2026 (Isnin) Masa : 10.30 Pagi
[Pendaftaran: 10.00-10.30 pagi]

TEMPAT : Gelanggang Futsal, Jeti Teluk Awak, Teluk Bahang, Mukim 1,Daerah Barat Daya, Pulau Pina
WAJIB
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
12 Jan 202610:30 am

Penjelasan Tapak: Tarikh: 12.01.2026(Isnin) Masa:10.30 pagi


[Pendaftaran: 10.00-10.30 pagi]


Tempat: Gelanggang Futsal, Jeti Teluk Awak, Teluk Bahang, Mukim 1, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang


Koordinat: 5.459732, 100.210252

 
 
 

© 2026 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.