Agensi Pelaksana |
Majlis Bandaraya Pulau Pinang |
Tajuk |
Tender Penyewaan “Notebook” Bandaraya Pulau Pinang Tahun 2025 |
Tempat hantar |
Peti Tender di Ruang Legar Kaunter Bersepadu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang |
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi |
04-2592236 / 04-2592 |
Bahagian/Unit bertanggungjawab |
Jabatan Perbendaharaan |
Pegawai yang bertanggungjawab |
PUAN SITI ROHANA BINTI JOHARI |
Nombor Telefon Pertanyaan |
04-2592129 |
Syarat-syarat |
1. Tender adalah dipelawa daripada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) yang dimiliki sepenuhnya oleh warganegara Malaysia dan masih dibenarkan untuk menyertai tender.
2. Syarikat perlu berdaftar dengan Sistem ePerolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk menyertai tender. Dokumen tender dijual secara ‘on-line’ melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun ePerolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
3. Dokumen meja boleh dilihat di Kaunter Urusetia Tender, Jabatan Khidmat Pengurusan, Paras 17 KOMTAR pada waktu pejabat (9.00 pagi – 4.00 petang).
4. Dokumen tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Ruang Legar Kaunter Bersepadu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Tingkat 3 KOMTAR, Jalan Penang, Pulau Pinang sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada tender yang lewat diterima.
5. Syarikat yang menyertai tender diwajibkan melengkapkan Surat Akaun Pembida.
6. Salinan sijil pendaftaran daripada Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dengan kod bidang 210109 hendaklah disertakan bersama dengan dokumen tender.
7. Majlis tidak terikat untuk menerima tender yang paling rendah harganya atau sebarang tender.
|
210109 | ICT (INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY) (Bekalan Dan Perkhidmatan Bagi Sektor Teknologi Maklumat Dan Komunikasi)-Peralatan dan Kelengkapan Komputer, Perkakasan Dan Komponen(Hardware and Software leasing/renting) | |